Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada 31 Mac 2018 (Sabtu) Jam 8 malam . Turut hadir ke majlis, YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kemeriahan karnival dengan kehadiran pengunjung tempatan dan juga dari luar daerah. Suasana bertambah meriah di waktu malam terutama di waktu malam dengan adanya pertunjukan bunga api.
Road to MAHA 2018 diadakan mengikut zon iaitu:
Zon Sabah/Sarawak: 24-25 Mac, Waterfront Lundu, Sarawak
Zon Utara: 31 Mac – 1 April, Menara Condong, Teluk Intan, Perak
Zon Timur: 5 April – 7 April, Pantai Kuala Kerteh, Terengganu
Dan pastinya, orang-orang Terengganu terutamanya penduduk Kerteh pasti tidak sabar menunggu kehadiran karnival Road To MAHA 2018 di hujung minggu ini.
Antara keistimewaan serta kelainan Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak, antaranya seperti :-
a. Pengisian utama adalah mengikut 7 kluster:-
Kluster Produk IAT
Kulinari
Live Showcase dan Jimat Belanja Dapur
Kesihatan dan Kraf
Agropelancongan
Florikultur
Perkhidmatan – Pembiayaan, Klinik TEKUN
Ke semua 7 kluster ini memberi peluang pengunjung untuk mengenali dan mendapatkan produk tempatan. Selain daripada barangan segar dan unik, harga yang ditawarkan juga jauh berpatutan.
b. Booth pameran dan jualan
Terdapat pelbagai pameran dari agensi pelancongan, perikanan, perladangan dan banyak lagi. Selain itu kehadiran usahawan agromakan tempatan yang menawarkan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan unik, membolehkan pengunjung karnival dapat membeli dan merasai sendiri.
Antara hidangan makanan yang viral sepanjang karnival dijalankan adalah seperti:-
1. Kelapa leleh kampor
Ke semua 7 kluster ini memberi peluang pengunjung untuk mengenali dan mendapatkan produk tempatan. Selain daripada barangan segar dan unik, harga yang ditawarkan juga jauh berpatutan.
b. Booth pameran dan jualan
Terdapat pelbagai pameran dari agensi pelancongan, perikanan, perladangan dan banyak lagi. Selain itu kehadiran usahawan agromakan tempatan yang menawarkan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan unik, membolehkan pengunjung karnival dapat membeli dan merasai sendiri.
Antara hidangan makanan yang viral sepanjang karnival dijalankan adalah seperti:-
1. Kelapa leleh kampor
2. Laksa telur bersarang botani ipoh
3. Burger sotong batu gajah
4. Chillax concept cafe
Pisang bakaq, harga biasa dijual RM7.50. tetapi di Karnival MAHA harga yang ditawrakan adalah RM7.00. Untuk edisi istimewa, pisang dibakar serbe vanilla ice cream, ceri dan sirap karamel. Serius sedap giler!
Roti john mozzarella cheese harga asal RM15, tetapi untuk di MAHA harganya adalah RM10 sahaja. Ad a2 pilihan samada ayam atau daging. Semua hidangan ini boleh didapati dari Chillax concept cafe
Kelapa leleh kampor
12 mobile food kiosk
jualan pelbagai hasil tempatan, termasuk bahan segar seperti ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan, jualan produk-produk asas tani
c. Penyerahan Geran :
Penyerahan geran kepada organisasi yang terlibat didalam industri agromakanan Malaysia. Pengagihan penyerahan geran adalah seperti berikut:-
c. Penyerahan Geran :
Penyerahan geran kepada organisasi yang terlibat didalam industri agromakanan Malaysia. Pengagihan penyerahan geran adalah seperti berikut:-
d. Pertandingan dan demontrasi
Turut diadakan beberapa pertunjukan dan demonstrasi secara 'live' bagi membolehkan pengunjung melihat sendiri pertunjukan seni seperti seni bela diri, seni tenun, pembuatan labu sayong dan banyak lagi.
Demo tanaman – cantuman pokok durian, cendawan,
Pameran hidupan laut seperti penyu
e. Konsert dan Persembahan
Turut diadakan Konsert Gegar Peladang . Antara artis yang hadir membuat persembahan seperti Syamel, Amira Othman, Ara AF dan Maharajalawak Mega Mamak Puteh dan Hazonexoxo!
Persembahan Gendang Silat
Permainan Tradisional - Gendang Silat Wanita
Persembahan Nyanyian dan Muzik Storm.
Di siri jelajah Road To MAHA 2018 turut diadakan pertandingan selfie/wefie. Dengan hanya memuat naik gambar ketika berada di karnival di instagram dengan memasukkan juga hash tag (rujuk poster) dan tag pada @maha2018my, dapatkan sokongan LIKE daripada rakan/keluarga dan sekiranya gambar mempunyai jumlah LIKE tertinggi, maka anda boleh menjadi pemenang.
Dan untuk siri jelajah Road to MAHA 2018 ke Teluk Intan sudah menemui pemenangnya ya! Tahniah diucapkan :-)
Gameshow
f. Jualan Happy Hour
Ini sememangnya sangat dinantikan oleh pengunjung yang mana banyak produk/barangan tempatan ditawarkan harga yang memang berbaloi. Ini terutama ketika Jualan Happy Hour.
Jualan Jimat Belanja Dapur
Dengan adanya karnival seperti ini jelas pihak Kementerian sentiasa manhu meningkatkan hasil pengeluaran dalam sektor agromakanan negara demi untuk rakyat serta membantu mewujudkan jaringan perniagaan dengan pelbagai pihak untuk pembangunan dalam sektor pertanian negara.
Selaras dengan tema MAHA 2018 iaitu segalanya wanita, pihak Kementerian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyeru semua pihak terutamanya golongan wanita untuk merebut peluang yang disediakan oleh MOA dan agensi-agensi Kerajaan yang lain. Dan diharapkan agar matlamat Tahun Memperkasa Wanita dapat dicapai bersama.
Dan jika korang nak menjadi sebahagian usahawan/usahawanita bersama-sama menjayakan MAHA 2018 bolehlah hubungi :-
Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 03, 2018
Rating:
Alaaaaa....bestnya MAHA kan...macam- macam ada..burger sotong ngan kelapa leleh tu memang tangkap lelah la..terus terkenang2 dan dah 2 kali SA scroll entry ni..nasib x pregnant..kalau tak sure pening nak cari..
ReplyDeleteBestnya dapat join MAHA.makanan dekat teluk intan memang bestbeat.airah dah lama tak berjalan ke teluk intan
ReplyDeletebestnye udang tu sangat membangkitkan selera. Cabutan bertuah hadiahnya pun mengancam
ReplyDeletemenarik aktiviti yang dijalan di MAHA ni. Bab makan tu yang paling best. Tak pernah lagi sampai ke Teluk Intan
ReplyDeletebestnya tgok yg pergi MAHA ni.. jeles kita.. sbb johor takde lg.. kalau dpt ni mmg meriahlah..mcm2 ada dijual disana.. bagus juga ada aktiviti atau program macam MAHA ni kan..
ReplyDeleteBestnya.. Banyak betul aktiviti kat sana.. Udang galah tu kecur liur tengok.
ReplyDeleteainy paling suka pergi maha sebab banyak jenis makanna ada jual kat sana. dah nmacam pasar malam tapi lebih banyak pilihan gerai. dah lah ainy suka food hunting. sesuailah nak food hunting kalau ke sini.
ReplyDeleteApa rasa burger sotong tu? Sedap tak? Baru first time dengar burger sotong. Nanti boleh cari lah slow slow. Nasib bukan mengidam...hihi
ReplyDeleteRoti john mozarella?burger sotong? Wow...lain daripada yang lain. Istimewa sangat menunya. Bestnya kalau dapat koin Maha di Perak nih
ReplyDeleteMenarik burger sotong tu..tp yg pasti mesti beli laksa sarang jugak..mmg fan laksa..tak sabar tggu MAHA akhir thn ni..
ReplyDeletesekarang baru i tahu teluk intan ni ada banyak tempat menarik untuk jalan-jalan.. dan jugak makanan yang enak sekali..
ReplyDeleteTergoda betul tengok burger sotong tu. Adoi.. Mana boleh cari kat kl ni? Entah apalah rasanya kan
ReplyDeletesaya suka pergi event mcm ni. banyak makanan menarik
ReplyDeleteSenyum besau TPM kita...
ReplyDeleteLaksa sarang tu mcm sedap ja
Lama plak xmkn laksa
Baru jelajah nak ker MAHA 2018 dah banyak jenis makana dan juga aktiviti menarik kalau karnival sebenar MAHA hujung tahun ni tak tahu lagi macam mana meriahnya tak sabar nak pergi...
ReplyDeleteBila sampai part makanan, rasa menyesal melawat waktu ini. Berkeroncong terus perut. Macam-macam ada di MAHA ni. Untung mereka yang berkesempatan pergi
ReplyDeleteBagus ye ada jelajah MAHA macam ni. At least orang2 luar KL/Sel berpeluang merasa pergi ke jelajah maha ni. Walau jelajah Maha je tapi banyak aktiviti dan booth jualan. Memang nampak sangat meriah.
ReplyDeletelast year g event maha macam ni. seronok tapi maha kat maeps. lagi sonok sebab besar. Payment pon besr. heehe. Ni baru balik juga dari event maha kat kedah. fuhhh maha punya event semua yang jenis besar2an kan. Syok pulak tu
ReplyDeletediorang ni guna gambar kite. tapi tak ajak pun join kempen dorang. sentappp
ReplyDelete