Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) meneruskan misi Road To MAHA 2018 ke Zon Utara di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak yang bermula pada 31 Mac hingga 2 April 2018.  Untuk pengetahuan semua siri jelajah Road to MAHA 2018 adalah program bagi mempromosikan penganjuran MAHA 2018 yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang.


Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada 31 Mac 2018 (Sabtu) Jam 8 malam . Turut hadir ke majlis,  YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


Kemeriahan karnival dengan kehadiran pengunjung tempatan dan juga dari luar daerah. Suasana bertambah meriah di waktu malam terutama di waktu malam dengan adanya pertunjukan bunga api.

Road to MAHA 2018 diadakan mengikut zon iaitu:

 Zon Sabah/Sarawak: 24-25 Mac, Waterfront Lundu, Sarawak
 Zon Utara: 31 Mac – 1 April, Menara Condong, Teluk Intan, Perak 
 Zon Timur: 5 April – 7 April, Pantai Kuala Kerteh, Terengganu 

Dan pastinya, orang-orang Terengganu terutamanya penduduk Kerteh pasti tidak sabar menunggu kehadiran karnival Road To MAHA 2018 di hujung minggu ini.

Antara keistimewaan serta kelainan Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak, antaranya seperti :-

a. Pengisian utama adalah mengikut 7 kluster:-

 Kluster Produk IAT 
 Kulinari 
 Live Showcase dan Jimat Belanja Dapur
 Kesihatan dan Kraf 
 Agropelancongan 
 Florikultur 
 Perkhidmatan – Pembiayaan, Klinik TEKUN

Ke semua 7 kluster ini memberi peluang pengunjung untuk mengenali dan mendapatkan produk tempatan. Selain daripada barangan segar dan unik, harga yang ditawarkan juga jauh berpatutan.

b. Booth pameran dan jualan

Terdapat pelbagai pameran dari agensi pelancongan, perikanan, perladangan dan banyak lagi. Selain itu kehadiran usahawan agromakan tempatan yang menawarkan pelbagai hidangan makanan yang sedap dan unik, membolehkan pengunjung karnival dapat membeli dan merasai sendiri.

Antara hidangan makanan yang viral sepanjang karnival dijalankan adalah seperti:-

1. Kelapa leleh kampor 
2. Laksa telur bersarang botani ipoh 
3. Burger sotong batu gajah 
4. Chillax concept cafe


Pisang bakaq, harga biasa dijual RM7.50. tetapi di Karnival MAHA harga yang ditawrakan adalah RM7.00.  Untuk edisi istimewa, pisang dibakar serbe vanilla ice cream, ceri dan sirap karamel. Serius sedap giler!


Roti john mozzarella cheese harga asal RM15, tetapi untuk di MAHA harganya adalah RM10 sahaja. Ad a2 pilihan samada ayam atau daging. Semua hidangan ini boleh didapati dari Chillax concept cafe

Kelapa leleh kampor 


Laksa telur bersarang botani ipoh 




Burger sotong batu gajah 

 12 mobile food kiosk





 15 booth gerai jualan dan pameran usahawan

 1500 jualan benih anak pokok kelapa

 jualan pelbagai hasil tempatan, termasuk bahan segar seperti ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan, jualan produk-produk asas tani



c. Penyerahan Geran :

Penyerahan geran kepada organisasi yang terlibat didalam industri agromakanan Malaysia.  Pengagihan penyerahan geran adalah seperti berikut:-



d. Pertandingan dan demontrasi 

Turut diadakan beberapa pertunjukan dan demonstrasi secara 'live' bagi membolehkan pengunjung melihat sendiri pertunjukan seni seperti seni bela diri, seni tenun, pembuatan labu sayong dan banyak lagi.


 Pelepasan berakit dari Teluk Intan ke Bagan Datuk, Perak


 Demo masakan popular Negeri Perak – Pekasam, Pecal, Rendang Tok Udang Galah, Laksa Kelapa, Masakan Jagat, sedut Kelulut






 Demo penghasilan kraf – seni tekat Perak, Produk Buloh, Labu, Sabun Herba,

 Demo tanaman – cantuman pokok durian, cendawan,


 Petting zoo, Jebak burung, Teknik memancing.

 Pameran hidupan laut seperti penyu



e. Konsert dan Persembahan 

 Turut diadakan  Konsert Gegar Peladang . Antara artis yang hadir membuat persembahan seperti Syamel, Amira Othman, Ara AF dan Maharajalawak Mega Mamak Puteh dan Hazonexoxo!


 Persembahan Gendang Silat

 Permainan Tradisional - Gendang Silat Wanita

 Persembahan Nyanyian dan Muzik Storm.

Pelanggan juga dapat menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan di booth-booth terpilih.

Di siri jelajah Road To MAHA 2018 turut diadakan pertandingan selfie/wefie. Dengan hanya memuat naik gambar ketika berada di karnival di instagram dengan memasukkan juga hash tag (rujuk poster) dan tag pada @maha2018my, dapatkan sokongan LIKE daripada rakan/keluarga dan sekiranya gambar mempunyai jumlah LIKE tertinggi, maka anda boleh menjadi pemenang.

Dan untuk siri jelajah Road to MAHA 2018 ke Teluk Intan sudah menemui pemenangnya ya! Tahniah diucapkan :-)

Selain itu setiap pengunjung yang hadiri turut berpeluang menyertai pertandingan cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan adalah kereta Myvi, barangan elektrik dan banyak lagi.

 Gameshow



f. Jualan Happy Hour 

Ini sememangnya sangat dinantikan oleh pengunjung yang mana banyak produk/barangan tempatan ditawarkan harga yang memang berbaloi. Ini terutama ketika Jualan Happy Hour.


 Jualan Jimat Belanja Dapur


 Jualan Penghabisan stok ikut masa yang ditetapkan.

Dengan adanya karnival seperti ini jelas pihak Kementerian sentiasa manhu meningkatkan hasil pengeluaran dalam sektor agromakanan negara demi untuk rakyat serta membantu mewujudkan jaringan perniagaan dengan pelbagai pihak untuk pembangunan dalam sektor pertanian negara.


Antara booth yang mencuri perhatian di sini - acara main dam haji

Selaras dengan tema MAHA 2018 iaitu segalanya wanita,  pihak Kementerian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyeru semua pihak terutamanya golongan wanita untuk merebut peluang yang disediakan oleh MOA dan agensi-agensi Kerajaan yang lain. Dan diharapkan agar matlamat Tahun Memperkasa Wanita dapat dicapai bersama.

Dan jika korang nak menjadi sebahagian usahawan/usahawanita bersama-sama menjayakan MAHA 2018 bolehlah hubungi :-



Road To MAHA 2018 Teluk Intan Perak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 03, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Alaaaaa....bestnya MAHA kan...macam- macam ada..burger sotong ngan kelapa leleh tu memang tangkap lelah la..terus terkenang2 dan dah 2 kali SA scroll entry ni..nasib x pregnant..kalau tak sure pening nak cari..

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat join MAHA.makanan dekat teluk intan memang bestbeat.airah dah lama tak berjalan ke teluk intan

    ReplyDelete
  3. bestnye udang tu sangat membangkitkan selera. Cabutan bertuah hadiahnya pun mengancam

    ReplyDelete
  4. menarik aktiviti yang dijalan di MAHA ni. Bab makan tu yang paling best. Tak pernah lagi sampai ke Teluk Intan

    ReplyDelete
  5. bestnya tgok yg pergi MAHA ni.. jeles kita.. sbb johor takde lg.. kalau dpt ni mmg meriahlah..mcm2 ada dijual disana.. bagus juga ada aktiviti atau program macam MAHA ni kan..

    ReplyDelete
  6. Bestnya.. Banyak betul aktiviti kat sana.. Udang galah tu kecur liur tengok.

    ReplyDelete
  7. ainy paling suka pergi maha sebab banyak jenis makanna ada jual kat sana. dah nmacam pasar malam tapi lebih banyak pilihan gerai. dah lah ainy suka food hunting. sesuailah nak food hunting kalau ke sini.

    ReplyDelete
  8. Apa rasa burger sotong tu? Sedap tak? Baru first time dengar burger sotong. Nanti boleh cari lah slow slow. Nasib bukan mengidam...hihi

    ReplyDelete
  9. Roti john mozarella?burger sotong? Wow...lain daripada yang lain. Istimewa sangat menunya. Bestnya kalau dapat koin Maha di Perak nih

    ReplyDelete
  10. Menarik burger sotong tu..tp yg pasti mesti beli laksa sarang jugak..mmg fan laksa..tak sabar tggu MAHA akhir thn ni..

    ReplyDelete
  11. sekarang baru i tahu teluk intan ni ada banyak tempat menarik untuk jalan-jalan.. dan jugak makanan yang enak sekali..

    ReplyDelete
  12. Tergoda betul tengok burger sotong tu. Adoi.. Mana boleh cari kat kl ni? Entah apalah rasanya kan

    ReplyDelete
  13. saya suka pergi event mcm ni. banyak makanan menarik

    ReplyDelete
  14. Senyum besau TPM kita...

    Laksa sarang tu mcm sedap ja
    Lama plak xmkn laksa

    ReplyDelete
  15. Baru jelajah nak ker MAHA 2018 dah banyak jenis makana dan juga aktiviti menarik kalau karnival sebenar MAHA hujung tahun ni tak tahu lagi macam mana meriahnya tak sabar nak pergi...

    ReplyDelete
  16. Bila sampai part makanan, rasa menyesal melawat waktu ini. Berkeroncong terus perut. Macam-macam ada di MAHA ni. Untung mereka yang berkesempatan pergi

    ReplyDelete
  17. Bagus ye ada jelajah MAHA macam ni. At least orang2 luar KL/Sel berpeluang merasa pergi ke jelajah maha ni. Walau jelajah Maha je tapi banyak aktiviti dan booth jualan. Memang nampak sangat meriah.

    ReplyDelete
  18. last year g event maha macam ni. seronok tapi maha kat maeps. lagi sonok sebab besar. Payment pon besr. heehe. Ni baru balik juga dari event maha kat kedah. fuhhh maha punya event semua yang jenis besar2an kan. Syok pulak tu

    ReplyDelete
  19. diorang ni guna gambar kite. tapi tak ajak pun join kempen dorang. sentappp

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.