Acara "Super Mom Mother's Day Contest" di The Mines Memang Ohsem

Pada hari Sabtu 19 Mei 2018 yang lepas, gigih tau saya dan anak-anak menyertai acara ala-ala treasure "SUPER MOM", Mother's Day Contest di The Mines Seri Kembangan Selangor. Acara anjuran CapitaLand dengan tajaan beberapa pihak syarikat gergasi lain seperti Oliver Goumet, Mr. DIY, Giant, NHF, Sipiring, Starbucks, Fun Factory dan banyak lagi.

Seramai 10 pasangan ibu dan anak menyertai acara ini yang dianjurkan bersempena dengan Hari Ibu. Apa yang menarik setiap pasangan perlulah menghadapi cabaran dan melakukan tugasan tertentu di setiap check point yang telah ditetapkan. Memang meriah! Melihatkan gelagat ibu dan anak yang bertungkus-lumus menjayakan cabaran yang diberikan memang terbaik. Menerusi pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang peserta, sepanjang acara berlangsung kami memang 'enjoy' bahkan tidak ada rasa stress langsung. Ini kerana menyertai aktiviti ini bukan sahaja kita dapat menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak bahkan kita dapat banyak belajar perkara yang baru. Paling best! Saya bersama peserta-peserta lain dapat mengenali lebih dekat antara satu sama lain dan membina komuniti ibu yang baru. Bukankah ini sesuatu yang hebat! Hiks.

Check Point 1: Oliver Gourmet

Memasak menggunakan bahan yang disediakan oleh penganjur. Apa yang menarik setiap peserta perlu menyediakan satu hidangan istimewa untuk dinilaikan dalam tempoh 1 jam. Dan sebagai ibu kita pasti akan menyediakan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Di dalam cabaran ini para ibu perlu berkerjasama dengan anak bermula dari penyediaan, mengolah masakan, memasak (jika perlu) sehingga menghidang. Ramai dikalangan peserta memang hebat dalam 'food art', hasilnya hidangan akhir memang semua peserta dapat memberikan yang terbaik dan hebat.
Kami di stesen 3, bersempena dengan kumpulan kami yang bernombor 3. Heheheh. Kali ini saya menyertai aktiviti bersama Afiq, walaupun beliau puasa tetapi semangat berpasukan dengan ibu tu memang nampak Afiq cukup bertenaga dan ceria. Hihi.

Pada asalnya, memang kitaorang macam 'blank'...Eh nak masak apa ya...Sebab melihatkan semua peserta lain sudah bersungguh-sungguh mengambil bahan masakan tetapi kami tetap 'clueless' nak masak apa. Akhirnya, kami menggunakan sahaja apa bahan yang ada, maka terhasillah hidangan yang cukup istimewa ini.

Antara sempat dihasilkan dalam masa 35 minit. Garlic Bread berkeju, salad perancis, sup cendawan istimewa berkeju (didalam tomato) dan buah-buahan segar sebagai pemanis mulut.

Hidangan lain yang disediakan oleh peserta. Semuanya hebat-hebat belaka :-)

Check Point 2: Natural Health Farm (NHF)

Di check point sini kami telah diberi penerangan tentang produk yang ada di NHF. Untuk pengetahuan semua pengasas NHF adalah Dr Jessie Chung dan jenama ini sebenarnya sudah ada pasaran hampir 20 tahun lamanya. Pelbagai informasi menarik telah dikongsikan terutama yang berkaitan dengan kesihatan. Kebanyakan produk NHF adalah berunsurkan organik dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.

Untuk di check point ini kami perlu menjawab kuiz yang diberikan sebanyak yang boleh. Bersungguh-sungguh kitaorang mencari jawapan berdasarkan barangan yang ada di rak farmasi NHF.

Check Point 3 : Fun Factory

Anak saya masa tiba di sini memang dan teruja. Maklumlah Fun Factory adalah 'indoor park' yang menawarkan pelbagai permainan mesin seperti 'car racing', zombies, motorsport champion dan banyak lagi. Tapi cabaran kami di sini adalah untuk bermain roller-blade.

Memang kelakar! Bayangkan ada yang diantara kami para ibu ini untuk seumur hidup inilah pertama menyarung kasut roller-blade. Ya ampunnn...Tergelak-gelak besar kami di situ. Hendak berdiri pun tak mampu, hahahahahaha.

Tapi bukan nak puji memang realiti. Setiap ibu (peserta) bersungguh-sungguh mencabar diri mereka berjalan mengguna roller-blade. Ada yang merangkak juga (macam saya, hahahahaha). Tapi akhirnya dengan jasa baik penganjur, menukar cara permainan iaitu hanya anak sahaja yang perlu menyarung kasut roller-blade.
Afiq dia memang excited sebabnya dia seorang anak yang sukakan cabaran. Seorang anak lelaki yang suka dunia lasak. Mungkin pendedahan suami terhadap anak-anak dengan kerap membawa mereka melakukan aktiviti lasak seperti 'wall climbing'. parasailing (pun pernah), jungle trekking dan macam-macam lagi. Yang bestnya Afiq walaupun first time pakai roller- blade tapi beliau mudah belajar dan senang sahaja membuat imbangan berbanding dengan mak dia yang asyiklah nak jatuh sahaja. Tiba-tiba lepas main roller-blade terus bercita-cita nak dapatkan satu untuk Afiq dan anak-anak lain. Memang 'fun' sebenarnya kalau tahu guna :-)
Cabaran di sini, pasangan ibu dan anak perlulah melepas satu garisan yang ditetapkan. Dan untuk 3 pasukan yang terpantas akan mendapat markah. Dan alhamdulillah saya dan Afiq berserta Kylie dan anak serta Zharif bersama ibunya mendapat markah untuk cabaran ini.

Check Point 4 : Mr. DIY
 Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kedai serbaneka yang menjual pelbagai alatan pertukangan, kraftangan dan barangan rumah. Macam-macam ada! Mr. DIY ini memang antara kedai feveret saya dan keluarga.

Di check point ini apa yang kami lakukan adalah menghasilkan satu seni kraftangan. Yang sebenarnya aktiviti ini perlu melibatkan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan yang konsisten. Hahahaha. Seriously! Untuk orang macam saya yang jarinya keras tidak berseni langsung memang memakan masa yang lama hendak menyiapkan sesuatu hasul kraftangan.
Namun berkat rakan sokongan, my Afiq berjaya jugalah kami bertukang dan bersama-sama berhempas pulas menggunakan benang yang disediakan menghasilkan satu seni karf bolehlah kami berdua banggakan, hahaha. Tapi kalau tengok pada hasil kraf Kylie dan Mira memang cantik sangat. Tapi pujian harus diberikan kepada semua peserta kerana berjaya menyiapkan aktiviti ini tidak sampai 30 minit. Hasil kraf semuanya dapat dihasilkan secara kreatif dan menarik.

Bahan-bahan yang disediakan oleh pihak pengajur.

Tadaaaaaaaaaaaaa,,,Hasil seni kraf saya hehehehehe...Si rama-rama dan bunga tulip...

Check Point 5 : Pasaraya Giant

Check point yang terakhir. Untukcheck point ini memang memerlukan tenaga dan semangat kerjasama berkumpulan yang tinggi. Ecececece. Apa yang kami perlu lakukan adalah mencari 10 barangan di dalam gambar yang diberikan di dalam Pasaraya Giant selama 5 minit. 

Dan Giant kat sini agak besar jugak tau. Tetapi semangat kami peserta untuk menghabiskan semua tugasan dengan cemerlang, memang sebaik sahaja bunyi wisel kedengaran memecut pantas mencari semua barangan yang telah disenaraikan.

Gambar sebelum wisel dibunyikan. Wajah muka ni helok lagi...Tapi lepas habis sahaja acara berlari-lari, tudung senget abis, hahahahaha.



Dan paling tidak disangka, kumpulan saya dinobatkan sebagai Juara. rasa terharu dan 'speechless' juga. Ini kerana pada mulanya saya menyertai sekadar suka-suka bersama rakan ibu yang lain (mom bloggers). Rezeki manis buat saya sekeluarga kerana telah memenangi hadiah cash RM500 berserta hamper-hamper dari penaja yang lain.
Tahniah juga buat  Miera untuk tempat kedua serta Kylie di tempat ketiga. Untuk tempat kedua hadiahnya adalah cash RM300 dan hamper. Manakala tempat ketiga cash RM200 dan hamper.

Hakikatnya semua peserta yang menyertai acara ini adalah "SUPER MOM", mereka tetap menjadi JUARA di hati anak-anak mereka. Pelbagai tugasan dapat dilaksanakan dengan baik melalui kerjasama, berkomunikasi dengan baik dan paling penting sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain. Semua pemenang saguhati turut menerima cash dan goodies bag yang menarik.

Terima kasih CapitaLand, penaja-penaja dan juga penyelaras acara iaitu Scoops Mediacom atas kecemerlangan menjayakan acara yang cukup bermakna ini sehingga sukses.
Acara "Super Mom Mother's Day Contest" di The Mines Memang Ohsem Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 24, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. berbaloi2 lah datang dari shah alam, semua ko sapu ek... jeles ahkak wokehhh

    ReplyDelete
  2. bestnya tgk ibu-ibu hebat ni..dah la dapat habuan, dapat lak spend masa dgn anak2..pastu boleh tambah networking lg..best-best

    ReplyDelete
  3. Semua happy ha..seronok tgok kemeriahan event ni..tahniah Ayu sebab menang contest..bukan main lagi masing2 sporting kan SA suka kalau event2 meraikan ibu- ibu ni diperbanyakkan lagi..at least semua happy kan

    ReplyDelete
  4. Activity memasak tu mmg supermom hahaha dgn beli barang kat giant..hahahhaa...kan hilma if beli brg mmg lama sbb masuk satu2 lorong hahahaha..if masuk ni mmg menang kot bari brg dlm giant hahhahaa...blh baca susunan dia..yg penting budak pun enjoy dgn event mcm ni

    ReplyDelete
  5. Congrats on your winning. The activities there look interesting and I'm sure you had enjoyed it so much with your children.

    ReplyDelete
  6. Wow! Menang ye. Tahniah Ayue. Belanja Rawlins plak next time please. Jangan simpan sorang2 hehe

    ReplyDelete
  7. wow aemua nya hot mama! baguslah event ni sebab dapat eratkan lagi hubungan anak beranak. kena banyakkan lagi acara mcm ni la in future

    ReplyDelete
  8. Congrats Kak Ayu! There is another Supermom contest this Sunday. I forgot which mall. All the Best!

    ReplyDelete
  9. Happening betui aktiviti ni. Kinah kalau ada peluang nak join jugak hihi. Best. Harap lepas ni ada la lagi aktivitu macam ni pada tahun2 akan datang. Tahniah kak ayu jadi juara. Banyak jugak dapat hadiah tu.

    ReplyDelete
  10. Seronok betul aktiviti pada event mother days ni, rugi tak dapat join masa tu ada hal lain, seronok tengok aktiviti ibu dan anak wahh banyak menang hadiah tu Tahniah, tahniah diatas penganjuran ini..

    ReplyDelete
  11. Seronok dpt spend time mcm ni dgn anak2 kan... sesekali join jd juara... wow mmg seronok lagi.. bagus selalu buat aktiviti dgn anak2 ni.. boleh eratkan hubungan

    ReplyDelete
  12. Tahniah! Rezeki Ramadan untuk akak sekeluarga. bertuah yer dapat hamper, dapat duit lagi. Rezeki memang tak pernah salah alamat kan? All the best

    ReplyDelete
  13. Menang best acara2 mcm nie kan kak ayu. Ibu dan anak beraksi menyelesaikan tugasan. Anyway, tahniah lg sekali kak ayu sbb merangkul sbg juara !

    ReplyDelete
  14. Saya tengok pun rasa seronok. Yelah dapat buat aktiviti bersama anak anak. Mesti anak anak pun seronok kan. Tahniah buat akak dan anak kerana menjadi juara. Rezeki akak dan anak anak

    ReplyDelete
  15. Bagus program mcm ni lagi menguatkan bonding anak Dan ibu. Sukanya tengok aktiviti mcm ni. Lagi lah bertambah meriah Dan kecoh. Bukan senang dapat peluang bersama anak macam ni bukan.

    ReplyDelete
  16. Wahh. Tahniah sis. Rezeki dapat bonding dengan anak-anak, siap menang jadi juara pulak tu. Satu kenangan manis untuk sis dan anak.

    ReplyDelete
  17. Congratulations Kak Ayu! Well deserved it. Look like you all had a fun time at the shopping mall. :)

    ReplyDelete
  18. Wow, seem mother and their children enjoy the event. Congrats Kak Ayu for winning. Your children enjoy all the program and very active in participant with mummy. Brave to both of your kids.

    ReplyDelete
  19. Wahhh tahniah Ayu..apa2 pertandingan kalau Ayu n anak2 masuk kebanyakkan menang, alhamdulillah rezeki anak-anak. Bagus program sebegini..sekurang kurangnya dapat luangkan masa dengan anak2 dengan macam2 aktiviti

    ReplyDelete
  20. Congrats Kak Ayu and all her baby, nampak seronok semua having fun tu. Baguslah diorang ni organized event macam ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.