Ada Apa Dengan Next Food Junction Yang Cukup Popular Bagi Penduduk Klang



Walaupun saya suka memasak untuk berbuka puasa tetapi sekali-sekala saya juga suka membawa keluarga untuk keluar berbuka puasa di luar. Orang kata ambil angin, sambil melayan tekak yang seleranya berlainan terutama pada bulan ramadhan.

Memandangkan saya tinggal di Shah Alam, saya suka keluar berbuka di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Antaranya seperti pusat membeli-belah Klang Parade Mall. Apa yang menarik di Klang Parade Mall bukan hanya ada terdapat banyak butik baju, Parkson, kedai makan dan Econsave, bahkan disini juga ada satu pusat sehenti tempat makan (one stop centre) iaitu Next Food Junction yang mana kita boleh dapatkan pelbagai jenis masakan. 

Saya sangat sukakan konsep kedai didalam Next Food Junction. Ianya seperti kedai-kedai makan di street food cuma ianya adalah dalam saiz yang lebih kecil. Apatah lagi dengan susun atur kerusi meja serta rekaan dalamannya ianya seperti kita melalui pekan lama yang mempunyai deretan kedai makanan. Paling terkesan dengan warna tanah (coklat) sebagai warna utama menjadikan tempat ini hebat dan mempunyai nilai estestikanya yang tersendiri.




Ada pelbagai jenis kiosk yang menjual pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera masyarakat Malaysia. Namakan sahaja apa jenis hidangan yang anda mahukan. Daripada hidangan tempatan seperti masakan gaya masyarakat Cina, Melayu dan juga India  yang cukup popular seperti nasi lemak, nasi ayam bubur asin dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat juga masakan barat seperti spaghetti, chicken chop dan lain-lain. Begitu juga air minuman dan pemanis mulut, pelbagai pilihan ditawarkan. Paling best tentulah ABC Special yang sentiasa menjadi feveret saya. Begitu juga dengan coconut shake yang datangnya dengan bekas minuman jumbo saiz.

Antara hidangan yang saya sangat rekomen dengan korang jika datang berbuka di sini :-

Untuk hidangan barat bolehlah mencuba sphageti olio, spaghetrti marinara, chicken chop dan set berger.



Anla-anak kecil saya memang akan memilih untuk menikmati hidangan barat. Terutama hidangan spaghetti, memang mereka akan makan licin sepinggan seorang.           

Seperti suami saya, beliau cukup gemar hidangan tradisi jadi beliau memilih hidangan laksa di sini

Pelbagai jenis masakan mee ada ditawarkan disini. Antara yang telah saya cuba adalah seperti masakan diatas. Memang sedap!
Anak perempuan saya memang sukakan hidangan yang dimasak didalam claypot. Dan ini adalah antara hidangan yang agak terkenal dikalangan pengunjung Next Food Junction.  Kita boleh nikmatinya samada mee ataupun nasi, bersama kuah kicap pekat bersama sayuran (ada cendawan dan sawi cina) dan lauk seperti ayam. Paling penting ada telur separuh masak untuk lebih rasa 'kick'!

Ini pula menjadi feveret saya.Bubur bersama telur asin. Cukup rasa memang ianyamenjadikan hidangan yang cukup sempurna.
Di sini juga ada hidangan portugese grill. Cukup enak dinikmati bersama nasi putih panas, sambal belacan timun dan keropok sayur. Anak saya Afiq memang sukakan cara masakan ini, terutamanya hidangan masakan asam pedas lala dan ikan pari. Korang juga diberi pilihan untuk mencuba masakan 'portugese gril' ini yang menggunakan ikan lain seperti ikan kembung. Sedap juga. Paling penting ikan yang digunakan adalah yang segar-segar!

Ada juga nasi ayam hainan. Ini pun rasanya memang marveles!

Jika sukakan sesuatu yang lebih nusantara, bolehlah mencuba nasi ayam penyet.

Banyak bukan pilihan hidangan yang enak-enak. Dan saya kalau berbuka di sini, sup gear box juga adalah antara hidangan yang harus order. Samada saya menikmatinya bersama nasi ataupun menghirup supnya panas-panas begitu sahaja.

Seperti yang suami saya selalu katakan 'kalau badan rasa letih ataupun tidak sihat,  kita kena nikmati hidangan untuk rasa lebih bertenaga'. Ini kerana sup ini mempunyai khasiat rempah yang mampu memanaskan badan secara semulajadi. Dan masakan sup gearbox bukannya mudah ya, perlukan skil tertentu dan tempoh masakannya agak lama.

Ayam masak butter ini pun harus dicuba. Antara jenis hidangan yang trending setiap kali bulan ramadhan. Tapi wajib dinikmati bersama nasi yang masih panas-panas.

Terdapat juga bihun sup bersama bakso. Hmmm...1001 macam jenis hidangan boleh kita dapatkan di sini. Dan seperti yang saya rekomenkan adalah sebahagian hidangan yang ditawarkan. Ada banyak lagi sebenarnya.

Biasanya kita sebelum berbuka puasa lebih suka untuk menikmati manisan ataupun pemanis mulut seperti kuih muih tradisional yang boleh kita dapatkan di Bazaar Ramadhan. Menariknya di Next Food Junction ada juga menawarkan pelbagai jenis kuih-muih tradisional seperti kuih sagu, onde-onde, lepat, seri muka, karipap dan pelbagai lagi. Jadi kita boleh dapatkan semuanya di sini.

Untuk pilihan minuman terdapat juga sejuk dan panas. Tetapi antara yang menjadi pilihan saya ianya coconut shake, air asam boi dan sirap limau.



Coconut Shake di sini memang ada yang didalam saiz jumbo. Memang sangat puas minum dalam kuantiti banyak ini. Adalah sangat disyorkan agar dikongsi bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, sebab ianya memang benar-benar bersaiz jumbo wuhuu.

Dan paling best tentulah ABC Special di sini. Memang besar dan puas dinikmati. Saya memang akan berkongsi dengan anak-anak lain jika menikmati pemanis mulut ini. Lebih banyak berkongsi lebih kegembiraan dirasai..gitewww..


So korang bolehlah sekiranya hendak mencari kelainan tempat berbuka puasa yang ada menawarkan segala macam hidangan yang membuka selera, mohon terjah Next Food Junction di Tingkat 5, Klang Parade Mall Selangor. Terbaik baq angg!!

Sememangnya ini adalah antara tempat makan pilihan penduduk Klang Selangor.


Dah sekiranya kalau korang berkesempatan untuk datang ke Klang Parade pada 3 Jun 2018, bolehlah melihat sekali persembahan artis seperti Hael Hussaini (pastikan anda tidak kena 'jampi', hehe), Khai Bahar, Kilafairy, Beki Zainal dan Adibah Noor.

Untuk keterangan lanjut boleh klik SINI!

Ada Apa Dengan Next Food Junction Yang Cukup Popular Bagi Penduduk Klang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 21, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Kita suka kena jampi dengan lagu Jampi dia wakkkk.... HAhaha..
    Nak save date pi sana nanti. Anak-anak minag sungguh ngan dia.
    Suka laa tengok suasana food junction dia. Tenang dan banyak pilihan menu kita boleh pilih. Boleh la plan berbuka kat sini nanti

    ReplyDelete
  2. I paling suka bubur nasi dan bihun bakso dia u. Nyumsss sangat. Kalau la Klang Parade ni dekat sure boleh berbuka kat sini. Harganya pun berpatutan. ABC tu sedap. Secukup rasa. Kalau I kena kongsi gak tu. Portion sangat banyak.

    ReplyDelete
  3. I've not been to Klang Parade before but I have tried Next Food Junction at other malls. Hope I can drop by one day soon to try ll the delicacies here!

    ReplyDelete
  4. rasanya pernah dgr pasal tempat ni. fuhhh bolehlah try nanti since dah dekat dengan rumah! pilihan pun nampak banyak kan? serius nampak seleraa sangat

    ReplyDelete
  5. Dugaan betul harini. Asyik baca pasal makanan jer... huhuhu... Banyak nya pilihan makanan, Semuanya nampak sedap. Kalau pergi Klang Parade Mall boleh lah singgah next food junction ni.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya mknn sedap2! Sesuai utk seisi keluarga.

    ReplyDelete
  7. Banyak giler la plak makanan kat sini..Banyak pilihan ye..bestnya..SA teruja tengok ABC tu ha..dah la buka puasa tahun ni rasa x berapa nak suka makan berat2..buka puasa dengan air je dulu..jauh la Klang Parade, tengok stall macam kat CM jer..hehehe..rupanya jauh kat Klang Parade

    ReplyDelete
  8. Another Food court that offer a variety of choices to satisfied your craving time. It looks like the food junction offer nice Asian food. I believe the price is acceptable. Next time when visit Klang Parade, will drop by The Food Junction.

    ReplyDelete
  9. Hi Kak Ayu! Yessss! Sekarang kita suka pergi Klang Parade sebab dah banyak restoran dekat area atas tu.. Food court ada pun cukup menyenang dah kan...cuma aras bawah pilihan makanan dan restoran masih tak banyak. Tapi okay la Klang Parade dah maju sekarang :D

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi sampai Kland Parade ni sebab jauh dari rumah tapi bila tengok tempat makan Food Junction ni banyak pilihan makanan rasa macam boleh juga kalau sampai sana kita cuba kat sini mudah shopping dan makan-makan...

    ReplyDelete
  11. Fav hot plate nasi claypot tu dengan mee sizzling... kalau dapat makan panas-panas dengan cili kicap dia lagi best.. dah lama tak makan dekat Klang Prade ni.. dulu memang selalu datang situ main bowling dan lepak makan dekat foo court

    ReplyDelete
  12. I like the concept too, it's like all our favorite food under one roof top, I've not been to Klang Parade before but for this food court it's worth a visit.

    ReplyDelete
  13. Klang Parade ada macam2. Mesti seronok orang Klang pergi mall ni. Makanan best dan bleh la berbuka puasa di food court. Kerusi meja banyak dan selesa. Bleh duduk makan bersama family. Shopping barang keperluan raya pun senang. Parkson ada. Hehehe. Nasib baik saya ni jauh di KL. Kalau duk Klang memang ke Mall ni je la.

    ReplyDelete
  14. Wahhhh banyaknya pilihan yg boleh dipilih di food junction klang parade nie. Selalu gak datang sni masa praktikal di puncak alam dulu. Dulu macam hambar sgt klang parade, sekarang sudah semakin baik. Nak singgah lah nanti

    ReplyDelete
  15. I ate there before both the halal and chinese section. All the food choices menang best best because its delicious and price also good.

    ReplyDelete
  16. Banyak stall dengan pelbagai pilihan makanan. Memang boleh puaskan selera orang yang pelbagai. Nak makan apa je boleh pilih yang mana suka. Kadang-kadang suka juga makan di luar bersama family .

    ReplyDelete
  17. Suka jugak dengan bubur dan terlur masin tu hahah memang selalu uzu smbik kat kat buffet ramadhan. Boleh tahan kan makanan-makanan kat sini. sedap sedap nampaknya! Harga pon tak mahal.. Tapi terlalu jauh haha melainkan kang nak shopping kat gm klang, boleh lah singgah

    ReplyDelete
  18. Wow macam-macam pilihan ada. Kawasan pun bersih. Senang lepas shopping terus pi makan sinii kan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.