Demam Bola Melanda di Sunway Putra Mall

Dengan kehangatan musim kejohanan bola sepak yang sangat dinantikan, Sunway Putra Mall telah menganjurkan kempen Go for Goal terutama kepada pengunjungnya yang begitu meminati sukan bola sepak. Untuk pengetahuan semua Kempen Go for Goal ini bermula pada 27 April 2018 dan setiap peserta perlu melalui 4 cabaran khas yang telah disediakan oleh penganjur iaitu Target Kick, Speed ​​Kick, Reaction Test dan Skill Test.
Target Kick

Speed ​​Kick

Reaction Test 

Dengan kehangatan musim kejohanan bola sepak yang sangat dinantikan, Sunway Putra Mall telah menganjurkan kempen Go for Goal terutama kepada pengunjungnya yang begitu meminati sukan bola sepak. Untuk pengetahuan semua Kempen Go for Goal ini bermula pada 27 April 2018 dan setiap peserta perlu melalui 4 cabaran khas yang telah disediakan oleh penganjur iaitu Target Kick, Speed ​​Kick, Reaction Test dan Skill Test.


Apa yang menarik hadiah yang ditawarkan adalah cenderahati ekslusif pemain bola sepak terkenal dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Neymar JR, Eden Hazard, Philippe Coutinho dan Luis Suarez. Manakala pemenang hadiah utama adalah pakej ke Moscow Rusia untuk 2 orang bagi menonton perlawanan akhir pertandingan bola sepak, ini termasuklah tiket penerbangan berbayar, penginapan, lawatan yang bernilai lebih kurang RM90,000!
Skill Test

Seramai 20  peserta daripada 400 jumlah peserta telah disenarai pendek untuk bersaing di perlawanan akhir pada 6 Mei 2018. Di acara akhir tersebut turut dihadiri tujuh legenda bola sepak Malaysia iaitu Dato Santokh Singh, Encik Reduan Abdullah, Mr.Razip Ismail, Encik Zainal Abidin Hassan, Encik Kamarul Zaman Yussoff, Encik Shahril Arsat dan Encik A. Jayakanthan.

Turut hadir Cik Phang Sau Lian, General Manager Sunway Putra Mall dan Encik Kevin Wong, Business Head Sunway Pals bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang utama. Selain itu seramai 20 ahli Putra Junior Club yang bertuah juga telah dijemput khas untuk sesi mini latihan bola sepak bersama dengan lagenda bola sepak Malaysia

"Kami berharap anak-anak akan berseronok terlibat dalam sukan dan bukan hanya sekadar hobi. Tidak hanya boleh memberi inspirasi kepada mereka, bahkan dapat membina keyakinan dalam diri mereka, belajar kemahiran baru dan juga  membuat kawan baru, " kata Phang.

Selain itu, mereka yang membeli-belah di Sunway Putra Mall juga dapat menebus USB jersi Bola Sepak Edisi Terhad apabila mereka membelanjakan sebanyak RM250 (RM150 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC dan ahli Sunway Pals) dalam tiga resit pusat membeli-belah. Terdapat 3 rekaan ditawarkan. Dan penebusan berakhir pada 13 Mei 2018.

Tahniah kepada semua pemenang!!

Untuk informasi dan aktiviti di Sunway Putra Mall, boleh layari www.sunwayputramall.com.my atau ikuti di laman rasmi laman sosial di @sunwayputramall 
Demam Bola Melanda di Sunway Putra Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 10, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.