Hanya Ibu Memilih Yang Terbaik Bersama Guardian

Seorang ibu tugasnya tidak pernah berhenti..
Tidak ada sijil sakit khas..
Tidak pernah menolak menjadi chef setiap hari..
Tidak pernah mengelak untuk menjadi guru buat anaknya..
Tidak pernah letih mendengar luahan anaknya...
Tidak pernah lelah menjadi pendamai setiap kali anaknya bergaduh..
Tidak pernah berhenti dan penat untuk melakukan terbaik untuk keluarganya...

Yerppp itulah ibu...
Saya seorang ibu..
Ibu kepada 7 orang anak yang mempunyai karektor dan minat mereka yang ternyata berbeza-beza.
Untuk itu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka..
Antaranya menyediakan barangan keperluan yang dapat memenuhi citarasa..

Dan antara produk yang saya sediakan untuk keperluan keluarga saya adalah dari jenama Guardian! Ini kerana  di outlet Guardian  ada menawarkan pelbagai barangan keperluan penjagaan diri, kesihatan dan kecantikan serta perlbagai lagi. Hanya di bawah satu bumbung saya boleh dapatkan pelbagai barangan, bukankah itu satu yang mudah dan menyeronokkan?

Satu sesi bual santai diantara 5 mom blogger bersama dengan Mr. Alfonso Roderos Guardian Malaysia's Own Brand Director telah diadakan bersempena juga dengan Hari Ibu pada 12 Mei 2018.  Antara mom blogger yang hadir seperti mummy Rane, Wui Kathy, Sherry, Nannie Isa dan saya sendiri!

Dalam sesi interaktif ini kami dapat berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu, bagaimana membuat pemilhan barangan dan saling berkongsi tips bersama-sama ibu yang lain. Memang seronok dan meriah. Tambah-tambah lagi acara santai ini juga kami telah dihidangkan dengan jamuan petang yang cukup istimewa :-)

Mr. Alfonso Roderos banyak berkongsi terutama produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak Guardian sendiri. Menurut beliau, ke semua produk dari Guardian sememangnya diberi penelitian yang begitu teliti (QC), bagi memastiskan produk yang dikeluaran benar-benar mengikut piawaian dan memenuhi kehendak pelanggan serta pasaran. Dan ianya secara jelas telah mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa seperti KKM dan Jakim. Semestinya HALAL uolls. So boleh guna tanpa was-was.

Dan di Guardian sendiri terdapat variasi siri rangkaian yang diperkenalkan dan ianya memberi pilihan kepada kita dalam membuat perancangan dan keputusan ketika membeli-belah. 

Kami juga telah diberi penerangan secara ringkas (agak terperinci juga) tentang setiap setiap satu produk yang dikeluarkan oleh pihak Guardian. Ini terutama produk yang sentiasa mendapat permintaan di pasaran. Kenapa dan mengapa ianya cukup istimewa dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Dari thermometer (untuk periksa suhu badan anak terutamanya jika demam), vitamin C, produk penjagaan diri untuk bayi dan banyak lagi sebenarnya yang sememangnya bagi saya ianya perlu untuk setiap ahli rumah.

Apa yang penting dengan kualiti terbaik, harga tetap kekal berpatutan. Di zaman ekonomi tidak menentu ini, pembelian yang bijak adalah penting dalam pengurusan kewangan keluarga. Dan saya antara ibu yang sentiasa menjadi pembuat keputusan dalam setiap perbelanjaan di rumah. Jadi saya kenalah pilih yang terbaik.

Antara produk Guardian yang menjadi feveret saya :-)

Selain daripada barangan penjagaan diri dan kecantikan, adalah penting untuk kita menyediakan barangan keperluan kecemasan. First aid kit! Adalah perlu untuk setiap rumah.Seperti saya memang suami (dedet) menyediakan 1 kotak first aid didalam rumah (letak di bilik utama) dan juga 1 didalam kereta. Alatan seperti pembalut luka, minyak urut, ubat lukan, hand-plast dan sebagainya ada didalm kotak first aid tersebut. Jadi jika tiba-tiba berlakunya kemalangan kecil, sekurang-kurangnya kita membuat ubat yang telah disimpan kemas didalam kotak yang sepenuhnya. Dan kita sebenarnya boleh dapatkan semua ini di Guardian juga tau.

Dari face mask, berus gigi, syampu, sabun mandi dan pelbagai lagi kita boleh dapatkan di Guardian. Antara produk yang best adalah Jeju Facial Mask. Katanay masukkan dalam peti ais dulu, biarkan di benar-benar sejuk lepas itu pakaikan di muka. Benar-benar 'relaxing'. Ini perlu untuk saya sebagai terapi -  dapat kurangkan tekanan kerana kesibukan sebagai seorang ibu, hehe.

Tidak dinafikan ada sesetengah produk terutama produk kecantikan agak mahal di pasaran. Namun di Guardian ada menawarkan produk agak esklusif ini di bawah label jenama korporatnya sendiri iaitu Guardian pada harga cukup berpatutan.

Sepanjang sesi ini kami juga telah diberi 2 cabaran yang menyeronokkan. Kami perlu memilih 3 produk Guardian yang paling digemari oleh Mr. Alfonso Roderos , ambil gambar dan seterusnya muat naik ke sosial media instagram bersama hashtag yang perlu dimasukkan sekali.

Cabaran ini telah dimenangi oleh Wui Kathy dan Rane. Hahahaha. Hebat mereka telah meneka produk vitamin C dan ianya tepat kerana produk tersebut paling digemari oleh Mr Mr. Alfonso Roderos. Dapatlah hamper yang sangat best!

Seterusnya kami perlu menyiapkan satu hamper menggunakan produk dari goodies bag yang telah diberikan kepada kami. Memang kelakar. Sebab masing-masing tidak mempunyai bakat seni dalam menghias apatah lagi membalut hadiah.

Hasilnya 5 hamper dari 5 mom blogger. Heheheheh

Dan Wui Kathy sekali lagi memenangi acara membuat hamper. Hahahah. Hebatkan. Hamper Wui Kathy memang cantik dan kemas. Sebenarnya hamper lain juga cantik-cantik, tapi antara yang cantik kita perlu mencari yang terbaik. Hadiah yang dimenangi oleh Wui Kathy adalah 5 tiket ke Hello Kitty di Johor!

Kek Gula Melaka rasanya. Sedap sangat! Siap kitaorang tapau bawa balik, hehehehehe

Terima kasih kepada pihak Guardian Mr Mr. Alfonso Roderos  dan Farah serta tidak dilupakan PR yang begitu dedikasi menjadikan sesi bual bicara santai ini sukses. Saya dan mom blogger lain yang menghadiri benar-benar seronok. Ini kerana bukan sahaja kami dapat mengenali produk Guardian dengan lebih dekat lagi bahkan dapat berkongsi cerita serta bertukar fikiran tentang kehidupan sebagai seorang ibu setiap hari.

Moga bertemu lagi di acara yang lain bersama Guardian!

Hanya Ibu Memilih Yang Terbaik Bersama Guardian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 11, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. Guardian memang memahami mak-mak ni! Sesi Perkongsian Guardian-Ibu memang sangat berinformasi dan interaktif buat semua! Seronoklah dapat “Me Time” dan “Mommies Chat Time” together! Antara 525 produk Guardian, fav produk sy pun Guardian Vitamin B-Complex+ Vitamin C +Minerals Effervescent Tablets, Guardian cotton facial squares dan jugak Botaneco Eco range ! Kualiti mutu tinggi dengan harga yang sangat berpatutan!

    ReplyDelete
  2. bestnya aktiviti ni...wuuuu...betul tu drugstore ni mmg mahal skit tp berkualiti dan bagus dari krim.kilo yg xde lab test.. sy suke guardian selalu offer wet tissu, floss dan tissue. ehehehehehehehehe.. dan produk himalaya jugak

    ReplyDelete
  3. So jealous seeing the good product from Guardian. Is a good knowledge to learn more about parenting and Guardian products. I am using Guardian products. Good quality products and price is reasonable.

    ReplyDelete
  4. Ty sendiri pernah nampak akak dgn anak2. Ty memang salute habis. You are such a supermom. I understand u sis. Dengan adanya program curhat bersama Guardian ni Ty percaya banyak yang dikongsikan. Well, lotsa of things from Guardian memang boleh digunapakai untuk daily use for those mom out there to apply for their children. Great one.

    ReplyDelete
  5. Betul tu! Setuju sangat. Kalau takde ibu sehari, dah macam-macam ragam ayah dengan anak-anaknya.

    Rupanya banyak juga produk Guardian yang saya tak tahu. Tapi so far memang yang jenama Guardian ni memang lebih murah & pakai pun puas hati. Saya sendiri pun guna beberapa produk Guardian. Cuma untuk baby, saya lebih suka guna yang natural. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat peluang macam ni sesekali kan..Wui Khaty mmg bertuah la..selain dapat hamper dpt plak tiket ke Hello Kitty town..SA suka je guna beberapa barangan guardian..selalu beli keperluan kat situ..

    ReplyDelete
  7. Memang suka beli barang kat Guardian sebab macam 1 stop center sume ada. Tak payah nak pegi banyak2 tempat. 1 tempat semua ada senang. Jimat masa. Aktiviti macam ni best la. Tahniah buat Wui Kathy!!! Hebat ye.

    ReplyDelete
  8. Produk Guardian sangat dekat dengan rakyat ya... dengan memberikan harga yang bersahabat dan kualitas bagus saya kira ini sangat membantu para konsumen Guardian sendiri.

    ReplyDelete
  9. Liez pun mmg beli barangan bayi dr guardian.. terutama sekali thermometer tu sbb mmg penting bila ada anak kecik. Most of brg dr guardin mmg liez beli sbb senang nak didapati dan murah

    ReplyDelete
  10. Banyaknya produk yang ada.macam macam. Beli barang di Guardian nih memang bagus kak. Sebab drugstore kan memang diyakini lah selamat. Kalau pergi guardian tuh memang rambamg mata dibuatnya

    ReplyDelete
  11. Wah syoknya event, only mom..mesti dapat kongsi banyak benda kan.Suka shopping dekat guardian juga, banyak pilihan dan murah. Terbaikla guardian..lepas ni kena cari first aid pulak..kat rumah ni kurang..kena cari kat guardian la, semua barang ada kan..menarik aktiviti you alls lakukan..hehehe..

    ReplyDelete
  12. Seronok dapat kongsi pengalaman cuba produk dan tukar-tukar pendapat dengan org lain. Selalu juga pakai produk Guardian ni, murah dan berkualiti.

    ReplyDelete
  13. Banyak barang yang ada tu hehehe bila ibu-ibu yang tengah bersembang dan berkongsi ilmu ini dan juga mencari terbaik untuk anak-anak dan keluarga lepas ni boleh beli juga....

    ReplyDelete
  14. Bestnya bila berpeluang untuk join sembang santai macam ni. Banyak info dan new knowledge boleh dapat.
    Lepas baca entri ni rasa lebih yakin nak beli barangan jenama guardian. Selain dari kualiti yang baik dan harga berpatutan, yang penting halal.

    ReplyDelete
  15. Eh? Mom blogger je... Pap blogger tak nak ajak ke? Benda macam nie, kami as bapa perlu juga tahu.

    Apa2 pun memang selalu beli barang dekat Guardian

    ReplyDelete
  16. Bestnya dpt dgr penerangan dr mr alfonso roderos skli mngenai produk2 yg tlg guardians keluarkan. Brg first yg wawa tau sblm ni hanya wet tissue je.. Xsangka rupanya dh banyak guardians keluarkan produk sendiri dan memahami ibu2 yg memerlukan brg sedemikian.. Seronok pula dpt event yg simple cmni... Sbb lebih sng utk bertanya lebih lanjut lagi kan...

    ReplyDelete
  17. Okayyyy, kang kita p terjah esokkkkkkkkk kat Guardian. Mesti best-bestkan produk baru dari Guardian. Mengundang betoi la, ishhhhh... Harga depa pun berpatutan dan banyak pilihan ikut pilihan sendiri yang kita nakkan :D

    ReplyDelete
  18. Kita beruntung sebab masa kita membesar memang dah ada Guardian. Dari beli sikit-sikit barang keperluan. Terus tahu apa yang diinginkan keluarga. Dulu ruby kerja di supermarket. Mesti balik rumah bawa balik sesuatu dr guardian. Shampu la, plaster Comel la, losyen la dan nak ruby suka kirim utk belikan tisu guardian. Dr bujang dah tahu apa ada di Guardian. Bila dah kahwin? Haaaa lg lah senang. Baby Wipes, vitamin c semua dari Guardian. Jika tiada stok di Guardian, Ruby ke Watsons. Dua farmasi ni tidak dapat dipisahkan dan melengkapkan kehidupan ruby. Beruntung akak dapat jumpa mereka.

    ReplyDelete
  19. Bella selalu juga suka guna produk Guardian ni. Walaupun packaging biasa je tapi produk tu sama baik macam produk brand2 lain.. Kali ni, bagus lah Guardian buat range Bayi/kanak2 ni. Sebab sebagai seorang ibu, mesti nakkan produk2 yg tidak memberi kesan negatif kepada baby especially untuk jangka masa panjang. Anyways, tahniah Wui Kathy kerana menang!

    ReplyDelete
  20. Bestnya jadi blogger terpilih untuk produk Guardian. Produk dari Guardian ni memang menjadi pilihan sebab pelbagai produk yang ada dari penjagaan wajah dan badan dan banyak lagi. Memang pilihan untuk seisi keluarga.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.