Menikmati Ais Krim PINKFONG dan Menonton Konsert PINKFONG dan Rakan, Sememangnya Menggandakan Keseronokan

Baru-baru ini saya telah membawa Ameer dan Yara untuk menyaksikan konsert PinkFong and Friends di 1 Utama. Ramai betul kanak-kanak yang hadir menyaksikan konsert ini bersama ibubapa mereka. Memang meriah sangat!

Selain daripada konsert, aktiviti pentas dan permainan di booth-booth yang disediakan. Terdapat juga jualan aiskrim PinkFong Baby Shark di sini. Paling best! Dengan setiap pembelian aiskrim PinkFong disini, pengunjung berpeluang mendapatkan hadiah seperti sticker PinkFong dan juga buku nota edisi istimewa PinkFong.

Ameer terutamanya sangat teruja apabila menerima buku ini, memandangkan beliau adalah peminat utama PinkFong di rumah.

Oh ya! Saya juga telah jumpa aiskrim PINKFONG Baby Shark. Memandangkan setiap pembeli yang membeli 4 dan lebih akan mendapat 'cooler pack' yang boleh tahan kesejukan sehingga 2 jam.

Istimewanya tentang aiskrim loli PinkFong ini bukan hanya digemari oleh golongan akank-kanak bahkan mereka yang dewasa juga. Ais krim strawberi yang bersalut coklat dan didalamnya terdapat susu dibahagian tengah. Rasa masam-masam manis buah strawberi apabila digabungkan dengan coklat memang terbaik!

Harganya pula sangat berpatutan. Dengan rasa loli ais yang sedap memang berbaloi. Apatah lagi menikmatinya mampu menggandakan lagi keseronokan :-) Jika dilihat pada pembungkusannya juga sudah menarik hati. Ianya berwarna-warni tambahnya pula ada karektor PinkFong yang digemari.

Konsert PinkFong berlansung hampir 1 jam lamanya. Pelbagai lagu-lagu kegemaran kanak-kanak seperti Baby Shark, The Penguin Dance, Cheetah dan banyak lagi telah dinyanyikan oleh PinkFong dan rakan-rakannya. Sepanjang konsert berlangsung terdapat juga selingan pembelajaran secara interaktif bersama PinkFong. Contohnya misi mencari penguin dan banyak lagi.

Salah satu segmen yang saya gemari ialah meneka "Haiwan apakah itu?" Melalui penerangan ciri-ciri yang diberikan oleh pengacara. Seronok melihat gelagat anak-anak yang masing-masing berlumba untuk memberi jawapan yang diteka.

Setiap kali lagu PinkFong dimainkan anak-anak yang hadir di sini akan sama-sama menyanyi dan menari. Dan paling teruja apabila melihat ibu dan bapa mereka turut menari bersama-sama. Dan pastinya karektor yang menjadi tumpuan pada hari tersebut ialah Baby Shark, PinkFong dan Penguin!

Ameer antara kanak-kanak di sini yang memang terhibur dengan gelagat PinkFong dan rakan-rakan. Setiap kali PinkFong dan rakannya menyanyi, beliau turut mengikut gerak tari sepertimana yang biasa beliau tonton video tarian PinkFong di YouTube.


Dan hai PinkFong yang comel. Jangan lupa buat buat konsert lagi ya!

Kehadiran PinkFong dalam dunia kanak-kanak hari ini tidak dinafikan banyak memberikan kegembiraan buat diri mereka. Dengan lirik lagunya yang sememangnya 'catchy' dan juga penuh pengisian yang baik (ada yang memberi informasi mengenai karektor haiwan yang perlu kita ketahui) ternyata mampu memberi pengajaran berguna buat anak.

Dan kini telah adanya aiskrim PINKFONG Baby Shark di pasaran dengan rasa yang cukup digemari anak-anak mampu menggandakan keseronokan dalam diri mereka. Ia hanya berharga RM 1.90 sebatang, dan boleh di dapati di mana-mana sahaja kedai di seluruh negara.

Apatah lagi, PINKFONG Baby Shark baru sahaja melancarkan video terbaru mengenai..

Jeng..jeng..jeng..

AIS KRIM PINKFONG BABY SHARK!


Saya sendiri sudah menikmatinya beberapa kali kerana kesedapannya membuatkan saya tidak jemu menikmatinya terutama di waktu bersantai bersama-sama anak yang dikasihi. Sangat syiokkk!
Menikmati Ais Krim PINKFONG dan Menonton Konsert PINKFONG dan Rakan, Sememangnya Menggandakan Keseronokan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 16, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. Ada asikrim baby shark dududu..kalau anak tahu mesti dah kena pow ni..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Anak buah SA dah berzikir dah kat telinga SA nak eskrem ni..aduhai..bukan x nak beli anak buah seramai- ramainya..dengan mak diorang x nak mintak...mintak time SA balik je..hahaha...comel eskrem ni..masih lom jumpa lagi..

    ReplyDelete
  3. Bestnya tengok ice cream dia nampak sedap.airah rasa dah lama sangat tak makan ice cream hahaha bebudak suka la tengok banyak patung pergi event macam ni kan

    ReplyDelete
  4. Xprasan lg eskrem ni tp nmpk la Geng bloggers dok update.. Nanti bole la try.. Tisya kn suka pinky tu.. Nk plak ada shark do do hehe

    ReplyDelete
  5. Untung nya anak-anak sekarang, macam-macam aSeronoklah tengok concert cam gitu ekk..hehehe.
    Aiskrim tu nampak sedap je..nanti nak beli lah, nak buat stock untuk berbuka puasa..hehehe

    ReplyDelete
  6. Anak anak saya memang suka aiskrim pinkgong nih.saya pun suka sebab aiskrim nih lembut dan tengah tengah dia memang rasa sedap. Memang suka lah aiskrim nih tapi payah pula nak cari dekat kedai. Cepat sangat habisnya

    ReplyDelete
  7. we love eating this ice cream. I saw one near school the shop has sell but its sold out :(

    ReplyDelete
  8. Lovely attractive pinky swirl. I'm sure the kids will love this. Maybe I need to stock up a few in my chiller

    ReplyDelete
  9. Anak2 liez duk bising suruh beli ice cream shark doo doo ni. Pantang nampak iklan mmg je uh taban telinga. Dah rasa sekali terua beli byk utk atock dkt rumah. Sedap katanya

    ReplyDelete
  10. Hari tu balik Rawlins pun kena paksa untuk membeli aiskrim Pinkfong dan membeli CD lagu-lagu mereka. Haha. Sudahnya, setiap kalimemandu, kena pasang CD lagu Pinkfong sampai Rawlins pun hafal. Haha

    ReplyDelete
  11. Ramai dah update aiskrim pinfong ni. Rasa nk cuba jugalah nampak menarik je nampak. Bukan kanak-kanak je suka, orang dewasa pun suka jugak.

    ReplyDelete
  12. Seronoklah budak2 dpt menyksikan konsert pinkfong nie. Mesti dorang teruja. Comel je maskot pinkfong nie kan. Sy belum dpt cuba lagi ais krim dia. Nanti balik kerja nk carilah

    ReplyDelete
  13. best yer dapat tengok konsert pink fong. kalau anak-anak huda tahu ni, mesti diorang teruja. dah try makan aiskrim pink fong yang baru ni, memang sedap

    ReplyDelete
  14. sedap sangat ke weh? tengok ramai yang share .dekat mana lagi erh ada jual;? rasa macam nak try pula hahaah

    ReplyDelete
  15. Wow! memang best for the kids and mom too. It a fun day out with movie and ice creams.

    ReplyDelete
  16. eh eh, i nak makan ice cream jugak.. hahahahahaha~ tak pernah try lagi pinkfong ni... boleh try try.. I love ice cream..

    ReplyDelete
  17. wah comelnya kak, menarik ni, nanti nak try lah. nampak sedap je

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.