Nikmati Hidangan Selera Warisan Desa Di 9Kedondong
Jika berbuka puasa di kawasan Kuala Lumpur, destinasi pilihan tentunya di 9Kedondong. Ini kerana setiap tahun buffet ramadhan di 9Kedondong tidak pernah menghampakan. Dengan harga buffet yang sangat berpatutan (boleh dikatakan agak murah juga) iaitu RM55 untuk dewasa dan kanak-kanak hanyalah RM28 sahaja.
Paling best, bila datang di sini kita tidak akan ada masalah mencari parking. Surau dengan fasiliti lengkap juga disediakan. Kemudahan lain seperti tandas juga sangat berdekatan. Dan paling best, kawasan berbuka di 9Kedondong ini memang mesra kanak-kanak (child friendly). Dekorasi didalam dewan, termasuk penggunaan kerusi dan meja memang selamat untuk kanak-kanak. Begitu juga lantai didewan ianya ditutupi dengan rumput tiruan. Jadi jika anak-anak berlari dan sekiranya tiba-tiba terjatuh mereka tidak akan mengalami kecederaan :-) Bukan sahaja mesra kanak-kanak, bahkan jika kita hendak membawa ayah dan ibu atau warga emas tentunya tidak ada masalah kerana fasiliti di 9Kedondong sememangnya memudahkan mereka untuk mengambil makanan, beriftar dengan keluarga dengan selesa dan paling penting sekiranya hendak solat begitu dekat dengan dewan makan. Tidak perlu menaiki tangga dan lif seumpamanya.
Siap ada booth untuk pelanggan bergambar. Apa lagi memang melenjanlah kami anak-beranak posing di sini, hehehe. Menarik tentang menu hidangan yang ditawarkan di sini adalah berkonsepkan "Selera Warisan Desa". Di mana pada hari ini menu-menu tradisi yang biasanya boleh kita rasai di kawasan desa agak sukar didapati di kawasan bandar. Antara lain kenapa saya suka berbuka di 9Kedondong sebabnya masakan dihidangkan disini semuanya sedap-sedap dan bervariasi. Memang tahap keterujaan berskala maksima apabila melihat akan lauk-pauk yang disediakan. Ini belum lagi pada kepelbagaian kuih tradisi, citarasa Asean seperti pulut mangga, kambing bakar, udang bakar dan pelbagai lagi.
Susun letak meha serta kerusi dan dekorasi didalam dewan. Nampak begitu esklusif bukan. Seolah-olah menghadiri majlis tertutup. Suasana sangat tenang dan kita boleh berbuka puasa dengan lebih privasi bersama keluarga mahupun sahabat-handai.
Ini adalah antara hidangan di dalam "Selera Warisan Desa" yang ditawarkan di sini. Memang banyak! Sepanjang meja ini tersusun dengan pelbagai lauk-pauk yang membuka selera.
Ikan Keli Berlado- Ini memang feveret my Afiq. Dengan keranggupan ikan keli goreng disaluti dengan sambal istimewa yang ditumbuk.
Daging black-pepper - Lembut betul daging, apatah lagi dimasak dengan perapan lada hitam.
Ayam Percik- Kuah percik yang cukup lemak dan rasa. Makan meratah macam tu pun dah sedap, hiks.
Lala goreng berlada - Hidangan ini pun mantap juga.
Siput sedut masak lemak. Hidangan ini antara yang menjadi tumpuan. Kesedapan kuah yang cukup rasa apatah lagi masakan siput sedut yang sememangnya agak sukar didapati di kedai makan luar, tidak hairanlah hidangan ini sememangnya 'laku-keras' senantiasa.
Sayur brakoli goreng. Feveret anak-anak dan juga orang dewasa.
Kerabu mangga :-)
Kerabu perut. Ini sedap giler, hokeh.
Bagi mereka yang suka berbuka dengan hidangan yang lebih ringan. Bolehlah mencuba hidangan mee di sini.
Antara hidangan yang saya suka adalah laksa Johor.
Dekat gerai ni ada disediakan ABC dan juga pengat dan bubur sebagai pemanis mulut.
ABC yang ada macam-macam isi didalamnya.
Pengat pisang, bubur jagung dan bubur cha cha.
Gerai yang menyediakan hidangan citarasa Asean. Ada pulut mangga dan pengat durian.
Untuk manisan ditawarkan kuih-muih tradisi dan juga kek serta tart.
Mini cheese tart dan apam polkodot
Kek coklat lembap. Sedap hoi!
Tepung pelita.
Kuih koci.
Disediakan 2 jenis minuman panas iaitu teh tarik (ini sedap hoii, saya menambah 3 kali cawan) dan kopi. Dan 2 jenis minuman sejuk (kordial). Di sini juga disediakan air kosong sekiranya pengunjung tidak mahu menikmati air manis.
Surau memang disediakan bersebelahan tempat makan. Ianya adalah kegunaan muslim dan muslimat.
Diadakan juga solat jemaah untuk Maghrib dan Isyak, begitu juga terawih. Kelebihannya apabila berbuka disini, kita tidak perlu menikmati juadah iftar dengan tergesa-gesa. Ini kerana pada masa yang sama kita boleh menunaikan kewajipan kita sebagai umat islam (solat) dan tentunya kita boleh berbuka dengan tenang ini setelah selesai solat dan sebagainya. Dapat solat berjemaah lagi. Ada ustaz jemputan setiap hari tau!
Memandangkan ianya bertemakan 'Selera Warisan Desa', props dekorasi ini memang mempamerkan suasana ala-ala di desa. Ada serambi, basikal tua, pemandangan sawah dan pelbagai lagi.
Harga buffet yang ditawarkan cukup berpatutan seperti:-
RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C Kanak- kanak ( 0-6 tahun)
RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C Kanak- kanak ( 0-6 tahun)
Selain tu 9Kedondong juga menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa esklusif (private iftar) atau perjumpaan berkumpulan sempena ramdhan dan sebagainya. Kalau korang ada perancangan nak buat majlis iftar, makan-makan dan sewaktu dengannya bolehlah adakan di 9Kedondong yerpp.
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :
018-7669065 ( Cik Rabia) atau 017-2250705 ( En Haziq)
Alamat:
9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur
Waze : 9Kedondong
Beroperasi setiap hari bermula 6.00pm - 10.00pm
Facebook : https://www.facebook.com/9Kedondong/
Instagram : https://www.instagram.com/9Kedondong/
Kalau korang berbuka di sini, bolehlah guna promo kod = surayax9kedondong dan korang akan dapat 10% diskaun dari jumlah bayaran yang dikenakan.
Facebook : https://www.facebook.com/9Kedondong/
Instagram : https://www.instagram.com/9Kedondong/
Kalau korang berbuka di sini, bolehlah guna promo kod = surayax9kedondong dan korang akan dapat 10% diskaun dari jumlah bayaran yang dikenakan.
Jom berbuka di 9Kedondong!
Nikmati Hidangan Selera Warisan Desa Di 9Kedondong
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 23, 2018
Rating:
Menarik la berbuka puasa kat sini sebab menunya banyak dan nampak menarik dah la harganya agak murah..maklumlah kebanyakan tempat harga buffetnya cecah rm100 biasanya. Boleh la cuba berbuka puasa di sini pulak nanti
ReplyDeleteSukalah menu kat sini siap ada gerai western tu. First time jumpa buffet ramadhan siap ada mashed potatoes.
ReplyDeleteBerbuka di tengah KL dengan harga RM55? Wajib Rawlins pergi nie. Dah la nampak kuih tradisi kegemaran ada kat situ. Lazat wei
ReplyDeleteunik betuk nama tempat dia! harga pun berpatutan fuh sedap=sedap nampaknya kan? boleh la datang dan cuba nanti
ReplyDeleteWahhh... Murah juga tu RM55! Banyak sangat tempat berbuka puasa sekarang tapi yang ini nampak unik! Dekorasi dalaman dia pun nampak macam weddding dah. Makanan pun bukan setakat nampak sedap, bahkan banyak pilihan juga. Bolehlah sesekali nak mencuba nanti!
ReplyDeleteBest kan berbuka kat sini, banyak pilihan makanan dan tak crowded sangat..SA lepas makan terus balik sebab cik abe nak pi terawikh ngan mak ayah dia..sebab tu laju je makan..hehehe..bagus kat sini sebab harga mampu milik dan banyak kemudahan disediakan
ReplyDeletewow makanan buffet dia lain dr yg lain la.. bnyak menu yang ssah nak dapat.. tergida betul tgok siput masak lemak tu.. pulut mangga.. aduhai mmg kna pergi ni.. yg penting harga dia sgt berbaloi
ReplyDeleteSo many authentic local cuisine and all the food look nice. Saw some rending and seafood masak lemak. Make my saliva drooling and hungry. And the price is a wow as it less than RM100. Nice set up of the place and got Surau for prayer.
ReplyDeletesedap tgk lauk pauk tu..fav ikan keli berlado ngan lala tu..dessert kuih muih dapnye...siap ada photobooth utk bergmbr ye
ReplyDeletemurah sungguh tu..RM55 tu memang payah nak dapat dah harga gitu..sajian pun nampak tersangat sedap siap ada siput sedut...my favorite tuu
ReplyDeleteCantiknya dekorasi dewan di 9Kedondong ni. English style gittew. Banyak juga pilihan makanan. Harga pon kira ok juga tu.
ReplyDeleteNama 9 kedondong ni agak famous kan. Kalau nak bawa family memang sesuai sebab ada kemudahan lengkap salah satunya surau. Harga makanan juga main peranan jika famili ada kuantiti ramai. Harga kat sini memang berpatutan. Makanan pun nampak sedap dan menyelerakan.
ReplyDeletePenah sekali je sis cuba makanan kat sini, lepas tu tak ada dah. Not bad jugaklah makanan dia, harga pun tak lah mahal sangat. Tengoklah kalau ada kelapangan nak repeat jugak berbuka kat sana
ReplyDeletemurah betul buffet berbuka puasa di sini ye Kak Ayu. 55 ringgit mana nak dpt. tambah2 lauknya meriah gitu. susah nak jumpa. ya Allah amsakan lala tu buat saya terliur menengoknya
ReplyDeleteSlurp.. banyaknya makanan untuk dipilih.. paling sesuai sekali untuk berbuka puasa ni... dah rasa lapar
ReplyDeleteWow, bila tengok siput sedut dia teringat zaman kecik2 dulu. Suman ya lauk2 kampung idaman kalbu. Mengimbau kenangan zaman kecik2.
ReplyDeleteOh dekat ampang rupanya. Dah dekat tu dengan bandar tun razak. Nanti leh cuba berbuka kat sini nanti
ReplyDeleteWow the kuihs looks delish! Especially the kuih koci, those are my favorite. Buffet at 9Kedondong is pretty affordable, I'll recommend to my buddies in Ampang.
ReplyDeleteseronoknya murah la harga RM55 utk set buffet dewasa..lagi best tengok banyaknya especially bahagian dessert tu..meriah!!ciktom pun suka keli berlado dengan mashed potato..nanti boleh try buka sini..
ReplyDelete