Promosi Hebat di Jakel Shah Alam Bersempena Dengan #JakelBarulahRaya

Kempen Jakel Barulah Raya di Wisma Jakel Shah Alam menawarkan pelbagai promosi menarik termasuklah lelongan baju sehingga 85% diskaun. Selain itu, Jakel Shah Alam juga menawarkan 1000 pasang baju melayu secara PERCUMA kepada pelanggannya yang terawal.

Memang meriah! Tidak hairanlah pada pagi Ahad 20 Mei 2018, begitu ramai pelanggan sudah berkumpul di hadapan bangunan Jakel Shah Alam bagi merebut pelbagai tawaran yang telah disediakan kepada pelanggannya.

Selain itu, antara asbab kenapa begitu ramai pelanggan yang hadir pada hari tersebut di Jakel Shah Alam ialah dengan kehadiran duta-duta Raya Jakel untuk tahun ini. Antaranya seperti Nabil Ahmad, Awal Ashari, Scha Al-Yahya, Lara Alana, Hairul Azreen, HAnis Zalikha, Yusuf Iskandar, Harith ISkandar dan juga Upin dan Ipin.

Pastinya apabila Dee yang ditugaskan menjadi pengacara diatas pentas memang gamat suasananya. Apatah lagi kehadiran Nabil dan Harith Iskandar yang begitu sinonim dengan dunia lawak di Malaysia. Senda gurauan dan saling berkongsi cerita didalam majlis berkonsepkan sembang santai.

Salah satu tanggungjawab sosial Jakel untuk melibatkan aktiviti kemasyarakatan (CSR) iaitu membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan apatah lagi di musim perayaan ini.

Harrith Iskandar yang tidak pernah mengecewakan setiap kali bercakap di atas pentas memang kelakar habis!

Untuk pengetahuan semua Jakel kini boleh dikatakan sebagai "One Stop Centre" yang mana telah menawarkan pelbagai barangan yang bukan hanya fokus kepada pakaian, bahkan pelanggan juga boleh mendapatkan langsirdan sebagainya. 

Apa yang menarik, berbelanja di Jakel kita akan dapat rasakan 'sense of belonging' yang mana kita boleh dapatkan pelbagai jenis rekaan pakaian, warna dan saiz dari koleksi pelbagai selebriti Malaysia yang cukup dikenali. Dan tidak dinafikan rekaan baju di Jakel memang mengikut peredaran zaman. Dengan pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi, pengggunaan warna yang bersesuaian serta perincian yang sangat kemas dan rapi. Nah! Ternyata gabungan ini menjadikan pemakai lebih berpersonaliti dan bergaya.
Upin Ipin in da house! Pastinya pakaian koleksi kanak-kanak dari label ini sangat dinantikan si cilik. Dengan setiap pembelian baju melayu upin ipin akan diberikan sampin dan juga butang baju melayu yang cantik.

Selain Upin Ipin, terdapat juga baju melayu di bawah label Yusuf Iskandar dan baju kurung kanak-kanak dibawah label Lara Alana.

Paling best di waktu majlis lelongan jualan "Happy Hour", yang mana duta Jakel ini sendiri yang beria mempromosikan pakaian dibawah label nama mereka. Memang harga runtuh uolls. Bayangkan dari harga beratus-ratus boleh jatuh pada harga RM150, RM100 dan ada yang bawah RM100.


Antara yang perlu saya kongsikan kenapa korang kena dapatkan baju melayu di Jakel. Antara sebabnya kain samping di Jakel adalah kain samping benang. Jika kita sudah biasa dengan kain sampin songket, untuk tahun ini cuba ubah kelainan dengan menggayakan baju melayu bersama sampin kain benang yang lebih unik dan cantik. Senang dipakai dan memberi keselesaan sepanjang masa. Dengan pelbagai pilihan warna dan ianya hanya esklusif boleh didapati di Jakel. 

Saya suka beli pakaian raya di JAkel sebab ianya menawarkan pakaian yang berkonsepkan kekeluargaan. Contohnya kalau kita nak pakai sedondon dari segi warna dan rekaan bersama anak, memang mudah mendapatkannya di sini. Paling best sebab banyak betul pilihan warna dan rekaan yang ditawarkan. Jadi kita akan rasa puas dan mampu membuat pilihan yang terbaik buat keluarga. Antara koleksi berkonsepkan kekeluargaan seperti koleksi Schawalara (koleksi scha, awal dan lara) dan koleksi keluarga Hairul (koleksi Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar).

Koleksi kurta antara yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Untuk tahun ini koleksi kurta adalah dari label Hairul Azreen dan Awal Ashaari antara rekaan yang 'up-to-date' yang mana menggunakan kain fabrik cotton yang berkualiti tinggi, serta kekemasan yang terserlah di bahagian potongan leher dan bahu. Palinng 'cool' kurta ini juga didatangkan dengan detailing pocket dan butang pada sisi lengan. Ada puluhan jenis rekaan kurta dan juga variasi pilihan warna yang boleh dipilih.

Koleksi baju melayu Aaron Aziz untuk tahun ini telah memperkenalkan warna baru yang lebih segar iaitu warna hijau burung merak ataupun dikenali sebagai warna teal green. Manakala baju melayu Nabil Ahmad berkonsepkan rekaan kontemporari yang menekankan potongan slim fit dan juga kekemasan pada bahagian leher dan tangan. Warna yang bakal mendapat perhatian dari koleksi ini ialah warna merah hati.

Terdapat juga baju melayu Awal Ashaari, trademarknya mempunyai tanda AA di bahagian poket. Dan untuk rekaan tahun 2018, warna dan jenis fabrik banyak diberi penekanan untuk label Awal. Warna yang bakal menjadi permintaan tinggi dari label ini ialah warna navy blue.

Untuk mereka yang plus size, bolehlah dapatkan koleksi Baju Melayu Harith Iskandar. Warna hangat yang pasti dicari oleh pelangan dari koleksi ini adalah warna yellow buttercup.

Untuk makluman korang, harga baju melayu yang ditawarkan dari Jakel adalah serendah RM89 dan lebih. Dan setiap pembelian baju melayu didatangkan juga dengan sampin yang diberikan secara PERCUMA. Pelanggan juga boleh mendapatkan butang baju melayu disini. Mudahkan semuanya di bawah satu bumbung, kita boleh dapatkan terus set pakaian raya :-)


Koleksi baju kurung di JAkel kebanyakannya adalah baju kurung moden. Pelbagai rekaan menarik dan sememangnya cantik. Setiap koleksi baju kurung diberikan sentuhan esklusif pada setiap rekaannya. Baju kurung moden ini mensasarkan kepada golongan remaja sehingga dewasa. Sebagai contoh untuk koleksi Ayda Jebat didatangkan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.

"Ingat Kain, Ingat Jakel"

Jom dapatkan koleksi raya anda di Jakel Shah Alam - memang berbaloi dengan kualitii dan rekaan pada harga yang cukup menarik!

Sosial Media Jakel Shah Alam:
https://www.facebook.com/jakelshahalam/
https://www.instagram.com/jakel_shahalam/

#JAkelBarulahRaya

Kredit Some Pics From: dboystudio, Bonda Zaidalifah
Promosi Hebat di Jakel Shah Alam Bersempena Dengan #JakelBarulahRaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 22, 2018 Rating: 5

22 comments:

  1. Raya sakan tahun ni dgn Jakel ><

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi beli, time lelong harga mur mur sahaja.. Bole beli lebih dr 1 buat persalinan raya.

    ReplyDelete
  3. Ramai yang tunggu kalau happy hour tu. Hihihii.. Memang harga berbaloi apatah lagi beli dengan duta tu sendiri

    ReplyDelete
  4. gila la masuk jakel ini.. rambang mata... lagi2 happy hour cmni.. nk gi sesak2 juga la.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Do you manage grab the free baju Raya for the earliest shoppers. I saw they have a lot of choices with different design. Price really mark down kao kao. Everyone can own a good quality of Raya clothes at Jakel.

    ReplyDelete
  6. ramainya oranglah kan... cantik-cantik bajunya

    ReplyDelete
  7. Memang promo di Jakel Shah Alam saja atau semua cawangan jakel? Nak juga satu design baju tu.

    ReplyDelete
  8. Ayu dapat grab x baju or kain free yang diorang bagi tu..kalau dapat tu untung betul kan..Jakel memang every year buat program macam ni kan..SA tak dapat join last week sebab jauh..kat jakel cawangan lain sama tak promo dia?

    ReplyDelete
  9. Amboihhh sakan eh Jakel pada tahun ni. Tapi kalau ikutkan promosi Jakel memang hebat2 belaka. Nak nak ramai duta yang dipilih kali ni. Alahhh comelnya Yusuf dengan baju tu. Tak silap I baju yang sama Yusuf pakai masa program Meletop.

    ReplyDelete
  10. shah alam ni kan kalau jem mesti sebab jakel! dia punya lelong tu bikin stress hahaha baik yang beli atau yang lalu kawssan situ

    ReplyDelete
  11. Kita memang sejak 3 tahun lepas shopping kat sini jer mudah dan senang nak cari semua ada pakaian yang kita nak warna dan tema best lah kat sini cuma nak datang kena waktu yang tak ramai orang baru selesa nak shopping...

    ReplyDelete
  12. Wahh menjadi2 promosi Jakel tahun ni. Artis pon sporting lelong pakaian. Mcmni lah bagus dekat dengan peminat. Senang nak cari pakaian sedondon. Bertuahlah ayu dapt grab happy hour jauh lebih murah.

    ReplyDelete
  13. Jakel has always been good with their lelong and giveaways. Hope this year I can go and grab some great deals

    ReplyDelete
  14. Rugi pulak tak dapat join hari tu sebab ada event lain. Dah lah baju Raya lom beli lagi ni..kalau gi hari tu boleh lah rembat sehelai dua time lelong..rugi betoi

    ReplyDelete
  15. Nampak member2 pergi jakel ni haritu, tapi emi sendiri tak pergi pun sebab dh setel shopping raya awal2 lagi. Hehe, malas nak bersesak masa bulan puasa. So dah setelkan sebelum bulan puasa.

    ReplyDelete
  16. Jakel memang terbaik sebab pilihan warna dan baju sangat banyak. Pernah beli baju melayu untuk adik lelaki pilih warna biru banyak samai confuse dah. Biru muda pun banyak jenis. Harga pun berpatutan Dan mampu milik. Tak sabar nak shopping kat jakel lagi.

    ReplyDelete
  17. Pernah beli baju raya dkt jakel... Mse tu blikn husband punya baju... Baju dr Aaron Aziz.... Tp bju pmpuan mahal skit. Hehe..tp oklah sekali sekala jakel buat jualan macam ni. Brulab meriah je suasana kan? Banyak warna pilihan kt sana sampaikan rambang mata nk memilihnya..hehe.

    ReplyDelete
  18. memang terbaiklah jakel buat sales gila2 masa artis2 tu datang. dari harga 200++ jadi 150 ringgit je. mana tak royan org2 kat situ. best dpt berjumpa artis terkenal tanah air sambil membeli belah baju raya di jakel

    ReplyDelete
  19. Meriah yer event Jakel ni rugi pulak tak dapat join. Huda suka jugak shopping happy hour. kadang-kadang tu, memang boleh jimat banyak sangat! Baju raya dari Jakel kali ni memang tip top! Wajib terjah ni

    ReplyDelete
  20. Ruby perhatikan Jakel ni. Setiap tahun kalau pergi. Elok pergi masa ada event macam ni. Masa ni happy hour ada. Lelongan ada. Kalau pergi hari biasa. Entah bila happy hour dan tiada diskaun. Acara begini bukan khas utk media dan pengunjung sekitar kawasan tu je. Kita dari KL pun patut ke sana. Memang jauh beza harga dia.

    ReplyDelete
  21. Oh yes! last year I think i bought 1 set of baju raya from Jakel. Their material is good and jahitan pun kemas.

    ReplyDelete
  22. Kita setiap tahun singgah Jakel, tengok pilihan baju memang buat mata terus kelabu wak... Tahun ni kita tengok baju apa yang nak disambar lak.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.