Sedap dan Sihat Memasak Menggunakan Ikan Trout Fjord Norway
Antara kenapa saya menyambut baik jemputan ini kerana saya peminat masakan ikan. Apa sahaja jenis ikan yang terdapat di pasaran saya memang menyukainya, apatah lagi masakan orang Malaysia sememangnya banyak boleh menggunakan ikan sebagai bahan utama.
Untuk acara kali ini saya telah diperkenalkan dengan secara terperinci rahsia dan khasiat ikan Trout Fjord Norway yang ramai orang tidak mengetahuinya. Dan juga saya telah dapat melihat sendiri demostrasi mmemasak hidangan enak menggunakan ikan Trout Fjord Norway ini oleh pakar nutrisi Alexandra Prabaharan.
Mr Jon Erik Steenslid, Regional Director (Southeast Asia) Norwegian Seafood Council turut mengalukan kehadiran para media dan juga telah memberi penerangan agak terperinci mengenai kehidupan Ikan Trout Fjord Norway.
Ini adalah khasiat yang kita perolehi dari seekor ikan Trout Fjord Norway. Ianya sememangnya sumber protein tetapi juga kaya dengan omega, iodine, selenium dan vitamin (A, B12 dan D). Yang mana setiap satu khasiat ini mampu memberi kebaikan kepada badan.
Saya juga dapat mengetahui sedikit sebanyak cara pembiakan ikan ini dan juga bagaimana persekitaran habitatnya yang terbaik. Ikan ini hidup di pearairan ais yang sejuk dan jauh ke dalam garisan pantainya. Ianya diternak didalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji mengikut satu proses piawaian tertinggi yang saling berkait dengan alam sekitar dan kemampanan.
Mr Jon Erik Steenslid juga menegaskan "Untuk mendapatkan kualiti ikan yang terbaik kita perlu pastikan ikan ini hidup dengan gembira".
Ikan yang terletak paling atas adalah ikan trout. Badan ikan trout lebih 'chubby' (berisi) dan mempunyai kepala yang kecik. Manakala ikan salmon mulutnya lebih muncung. Dari segi rasa pula salmon lebih lembut dan berkrim berbanding dengan trout yang lebih pejal isinya. Ikan trout berwarna merah jingga yang agak pekat bersama sedikit warna keputihan. Dari segi kulit ianya berwarna keperakan seakan salmon namun ianya lebih berkilat.
Untuk setiap ekor ikan trout yang dihantar ke Malaysia akan diberi sijil khas (sijil pengesahan eksport). Ini memang sangat esklusif tau! All the way from Norway :-)
Dan saya telah berkesempatan belajar beberapa resepi mudah dari pakar nutrisi Alexandra Prabaharan. Paling menarik semua resepi ini diberi suntikan citarasa masyarakat Malaysia seperti rasa percik, kerabu dan sebagainya.
Bahan-bahan ramuan yang digunakan semuanya mudah didapati di Malaysia. Paling mengujakan, apabila saya melihat bagaimana Cik Alexandra Prabaharan menunjukkan perapan ikan ini dengan meletakkan sedikit cili api, hehehe (sedap wooi)
Dan semua resepi yang disediakan memang mudah dan tidak memakan masa yang lama.
Tadaaaaa...
Antara hidangan yang disediakan oleh pakar nutrisi Alexandra Prabaharan :-
- Kaffir Chilli Norwegien Fjord with Quinoa Bubur
- Seared Norwegian Fjord dan Asian Potato Salad
- Norwegian Fjord Trout Bakar in Banana Leaf
Saya juga berpeluang merasai sendiri kehebatan rasa hidangan ini Memang sedap!
Ikan Trout Fjord Norway Bakar dalam Daun Pisang
1 Filet Trout
1 Sudu Makan serbuk kari ikan
1 Sudu Makan serbuk cili
1 Sudu Teh gula perang
1 Sudu Teh belacan, diparut
Daun limau purut, dicincang halus
Minyak zaitun
Garam, secukup rasa
Daun pisang
Cara
Gaulkan serbuk kari, serbuk cili, belacan, gula dan garam bersama-sama. Buat belahan (make slits) atas kulit ikan trout. Sapu campuran rempah pada ikan. Pastikan daun limau purut dimasukkan ke belahan (into slits) ikan. Taburkan sedikit minyak di atas ikan lalu bungkus dengan daun pisang. Panggang bungkusan itu di dalam ketuhar dengan 220C selama 15 minit. Hidangkan dengan sambal di tepinya.
Ini memang sedap dan mengenyangkan. Kaffir Chilli Norwegien Fjord with Quinoa Bubur :-)
Kaffir Cili Ikan Trout Fjord Norway dengan Bubur Quinoa
1 Filet Trout
1 Daun limau purut, dihiris nipis
1 Limau, dihiris
1 Cili padi merah, dihiris
1 Genggam daun ketumbar (daun sup)
1 Cawan quinoa, dimasak
1 Cawan stok ikan
1 Daun bawang, dihiris
Garam dan lada, secukup rasa
Cara
Masuk quinoa yang sudah dimasak dan stok ikan ke dalam pot dan reneh hingga ia menebal menjadi bubur keseluruhannya. Semasa itu dimasak, letak ikan trout, daun limau purut, limau, cili padi dan daun ketumbar di atas satu kerajang aluminium. Taburkan garam dan lada secukup rasa dan balut dengan ketat, lalu bakar menggunakan ketuhar dengan 200C selama 15 minit. Letakkan bubur di dalam mangkuk. Selepas ikan trout dimasak, keluarkan ikan trout dari ketuhar dan hidangkan atas bubur bersama dengan sedikit daun bawang.
1 Filet Trout
2 Kentang, dimasak
1 Sudu Makan sos soya
1 Sudu Makan minyak bijan
1 Daun bawang, dihiris
1 Sudu Teh bawang merah goreng
1 Inci halia, diparut
Garam dan lada, secukup rasa
Minyak zaitun
Cara
Taburkan ikan trout dengan sedikit minyak zaitun dan diikuti dengan garam dan lada. Bakar ikan trout menggunakan ketuhar dengan 200C selama 10 minit. Semasa itu dimasak, mengekiubkan kentang dan letakkan ke tepi. Pukul sos soya, minyak bijan dan halia yang diparut bersama. Gaul dengan kentang. Masukkan daun bawang dan bawang merah goreng dan hidangkan dengan ikan trout bakar.
Dan pemanis mulut istimewa penutup hidangan.
Khazanah laut yang cukup berharga dari Norway ini cukup dibanggakan oleh masyarakat mereka bahkan hidupan ini, ikan Trout Fjord Norway juga sering menjadi permintaan masyarakat dunia kerana khasiatnya yang terbaik memberikan kualiti hidup kita agar lebih baik.
Sedap dan Sihat Memasak Menggunakan Ikan Trout Fjord Norway
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 17, 2018
Rating:
wah bertuah yer berpeluang nikmati ikan "mahal" yang diterbangkan dari Norway ni. rasanya sama tak dengan Salmon? Teringin gak nak rasa. Ada jual di pasaraya ker?
ReplyDeleteWah sedaonya !!! Airah peminat sushi tau suka sangat makan sushi kadang tu setiap bulan craving haha bertuah dapat rasa ikan tu mesti sedap kan
ReplyDeleteThe salmon looks fresh sangat. Thats why I always get my salmon fish especially from Norway.
ReplyDelete1st time dgr nama ikan ni.. Skali tgk mcm salmon sbb isi nya jingga tu kn.. Syok Ayu dpt merasa ikan ni.. Oh yg mcm raw salmon kt sushi pn ada guna ikan mcm ni ye
ReplyDeleteI see. Ikan kena hidup bahagia ye kak. Beruntung taw jadi akak dah la pandai masak ini dapat pula tahu tentang Ikan Trout ni secara live. Dan terujanya seakan-akan Ikan Salmon pula. Thank you for your sharing kak. New knowledge ni. Walaupun susah nak masuk dapur.
ReplyDeleteIkan jenis trout ni memang sebenarnya lagi popular daripada salmon. Tapi salmon popular sebab lagi mahal kat sana.
ReplyDeleteBertuahlah badan Yupikoh dapat makan makanan mahal cenggini. Bila Yupikoh nak masakkan trout untuk kita semua? Bulan puasa nie please.
ReplyDeleteIkan salmon ni kalau digoreng takley masuk dalam tekak..sebab dia macamana tah rasa dia.. lagi sedap makan fresh2 dengan lemon..hehe.. rupanya ada persamaan dengan ikan trout kan. Benda baru belajar.
ReplyDeleteingat ikan trout ni ikan salmon..rupa paras dia macam sama..ikan ni mmg menjadi pilihan kulinari sebab tekstur dia yang cantik kan..pilihan chef2 jugak..nak beli sure mahal ni..
ReplyDeletepehhh.. 1st time dgr nama ikan Trout Fjord Norway ni tau.. selalu amik tau pasal keli, selar, kembung.. paling teruk ikan salmon la,,,huhu... ini nama kemahen panjang lagi... tp tgk isinya dia oren uiii mcm ikan salmon..mesti mahal juga kan? sedap tak lau digoreng je?
ReplyDeleteKita pun baru tahu perbezaan antara ikan salmon biasa dengan ikan ini tak tahu nak sebut macam mana namanya hehehehe. Nampak pun lebih sedap daging nya dan menyelerakan kita pernah cuba sekali hehehehe..
ReplyDeleteBestnya boleh makan ikan fresh tu, buat shushi paling best... Ikan tu mesti kaya dengan zat vitamin sama macam salmon.. teringin nak cuba rasa ikan ni selain shushi masak apa sedap?
ReplyDeleteWaduh beruntungnya dapat makan ikan Trout ni..mahai ni..sedap pulak tu..perghhh.
ReplyDeleteNampak fresh betul ekk isi dia. Dah pandai masak ikan ni..nanti leh le masakkan untuk akak rasa..:D
Setahu Marsha ikan Trout ni mahal kan? Wah seronok dapat rasa. Marsha memang tak pernah rasa lagi ikan ni. Sedap tak rasa dia? Masakan yang dorg masak [un sedap sedap. Chef berkeliber ni kan
ReplyDeleteliez pernah makan ikan trout ni ... serius sedap dan lembut tapi harga cukup mahal..mmg kena makan dkt restaurant sbb klau beli nak masak sendiri takut tak sedap hihihi
ReplyDeleteWah lia belajar benda baru harini ikan Trout Fjord Norway. Yang selalu makan salmon lah sebab favorite dan banyak khasiat. Rupanya ikan Trout Fjord Norway pun ada khasiat yang tersendiri. Isi ikan Trout Fjord Norway pun nampak sedap dengan warna oren ni. Nak rasalah ikan ni nanti.
ReplyDeleteSelalu tgok dekat masterchef je org masak ikan trout nie dan ramai kata ikan trout nie lebih sedap sari salmon. Sy pon belum pernah cuba lah makan ikan trout nie. Lepas nie mgkin boleh cuba lepas tgok resepi yg ditunjukkan
ReplyDeleteI always loves salmon so much as it has the high protein. Now get to understand Ikan Trout Fjord through your write up. Good sharing and informative. Usually I love to grill or steam salmon.
ReplyDeleteProducts from Scandinavian countries are usually of very high quality. Bestnya dpt belajar benda baru.
ReplyDeleteThis is one of the top of the range, the fish is very fresh and follow the FDA standard. I like to do grill or pan fried.
ReplyDeleteSaya google ikan trout ni lepas beli kat jusco, aeon. Sebab cari salmon fresh tak jumpa.
ReplyDelete