Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam
Hari tu saya ke Butik Haqqi Shah Alam untuk mendapatkan kain telekung tapi untuk kali ini saya kembali disini untuk membeli baju raya. Seperti yang kita ketahui Haqqi adalah hab produk kelengkapan ibadah haji, umrah dan fesyen patuh syariah.
Butik Haqqi juga ada menawarkan pelbagai jenis rekaan baju raya untuk lelaki dan perempuan. Rekaan yang ada disini semuanya yang terkini dan mengikut perkembangan trend fesyen pakaian muslim dan muslimah.
Terdapat juga label baju dari selebriti tempatan seperti Owl by Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, El by Elfira Loy dan Izzuexclusive, RTW by NurSajat, Adelle, Al Amein, Ameera Zaini dan ramai lagi.
Untuk pengetahuan semua Butik Haqqi Shah Alam agak besar juga, ianya meliputi 3 buah kedai yang disambung menjadi 1 kedai yan luas. Antara sebahagian koleksi pakaian yang terdapat di Butik Haqqi seperti:-
Koleksi Pakaian Jubah
Untuk koleksi jubah terdapat pelbagai rekaan yang ditawarkan. Samada kita berminat untuk mendapatkan jubah biasa (seperti gaun labuh) mahupun jubah berseluar. Didatangkan dengan variasi corak dan warna serta potongan dan rekaan mengikut peredaran masa. Walaubagaimanapun ianya masih tetap mengikut syariat Islam.
Antara rekaan jubah terbaru yang sememangnya agak 'outstanding'. Ianya boleh dipakai di majlis keraian atau jamuan istimewa, selain daripada melaram di pagi raya.
Kurung Moden
Pakaian kurung moden antara yang paling banyak mendapat permintaan untuk raya tahun ini. Kebanyakan potongan kurung moden didatangkan pelbagai jenis potongan dan rekaan dengan warna-warna yang sememangnya sangat menarik.
Walaupun nampak simple tetapi ianya tetap cantik. Rekaan pakaian ini inspirasi dari cerita "Mok Cun". Ada pelbagai pilihan warna ya!
Koleksi Baju Melayu, Kurta dan Jubah
Untuk koleksi pakaian lelaki terdapat jubah, kurta dan baju melayu. Rekaan baju melayunya memang cantik dan terdapat banyak label yang menawarkan baju ini. Apa yang membezakannya adalah potongan dan rekaan pakaian tersebut.
Seperti yang digayakan oleh rakan blogger untuk pakaian baju melayu berwarna hijau adalah dari jenama Haqqi. Manakala untuk warna ungu adalah daripada koleksi Izzue Islam.
Lihat sahaja perbezaan rekaan terutama di bahagian kolar dan poket. Untuk rekaan dari Izzue Islam yang lebih 'simple'.
Manakala dari koleksi Haqqi mempunyai logo esklusifnya di depan poketnya.
Muka happy sebab baju pilihan hati telah ditemui :-)
Banyak betul pilhan pakaian menarikdi Haqqi!
Butik Haqqi Shah Alam,
No 13 & 15 Jalan Plumbum S7/5,
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor
03-55234798
Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 29, 2018
Rating:
Dulu ingat Haqqi tu jual barangan umrah/haji je. Sekarang ni pelbagai pulak i tengok. Amboi RTW Nur Sajat pun ada?....macamana la fesyen baju Sajat ni ye?
ReplyDeletecantik-cantik kan kak baju kat sini. banyak pilihan betul. semalam sampai tak tahu nak pilih yang mana. last-last sampai dua kita grab. hahaha
ReplyDeletecantik sangat dan banyak pilihan sampai rambang mata kan. Sy pun dah beli kurta Izzue Islam untuk suami, mmg nampak macho la raya nanti hehe
ReplyDeletemenarik baju-baju nya tapi tak pasti mungkin bukan taste kita hehehe..
ReplyDeletesebab nampak macam kena gosok selalu, boleh nampak kedut kedut tu... heheheh... apa pun sesiapa nak beli pakaian baju raya boleh beli di sini...
Wahh bergaya cantiklah akak kita sorang ni di Hari Raya nanti.
ReplyDeleteCantuk cantik baju2 di butik ni..s8s pun minat dan dah rembat 2 pasang jugak hehehe.
There are so much choices. WIll visit and buy a pair or two
ReplyDeleteSeronok tengok korang shopping kat Haqqi ni..SA blom berpeluang join..sibuk dan rasany paling dekat ngan SA kat Butik Haqqi TTDI..nanti nak terjah la..
ReplyDeleteOrang perempuan ni kalau pergi mana-mana butik mesti baju mereka jer paling banyak sekali sebab tu orang perempuan boleh duduk berejam-rejam kat satu butik hehehe jangan marah akak. Kat Haqqi memang cantik semua saya suka..
ReplyDeleteNice and fashionable clothing, the style is really minimalist but I like it, it's clean and sassy, perfect for raya shopping kan?
ReplyDeleteBanyka pilihan baju yang cantik cantik. Kalau saya dah rambang mata dah tak tahu nak pilih yang mana saty. Semua dwsign xantik dan up to date
ReplyDeleteMemang rambang mata betul kalau dh masuk butik haqqi nie. Macam2 design ada dan semuanya cantik2 pulak tu. Harga pulak tgh promosi. Tambah2 time happy hour. Fuhhh rasa nak sambar je semuanya.
ReplyDeletebanyak nya pilihan baju raya ni... boleh lah shop sampai sepuas-puasnya.... happy shopping!
ReplyDeleteWah cantiknya koleksi Haqqi Shah alam. Harapnya walaupun bukan hari raya semoga banyak koleksi untuk ke pejabat juga :D
ReplyDelete