Jom Sertai Peraduan POKKA Rasa Raya

Hai korang!! Lama dah tak bersiarankan, hehehe. Mesti banyak jemputan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini yang korang kena hadiri. Ataupun mungkin korang sendiri juga berkeinginan untuk menjemput saudara mara mahupun rakan taulan ke rumah sendiri. Nak lagi meriah dan lagi best rumah terbuka ditaja? 

Jom korang sertai Peraduan POKKA Rasa Raya ðŸ˜Š

Ada caranya. Mudah sahaja. Pergi mana-mana pasaraya besar (seperti AEON, Giant Aeon Big, Mydin dan lain-lain). Beli produk POKKA dari siri ternusu (milk) seperti Melon Milk, Banana Milk dan Mango Milk dalam satu resit dengan nilaian min RM 10.


Reka satu resepi menggunakan produk POKKA tersebut. Jangan lupa untuk ambil gambar dan video langkah2 cara penyediaan resepi. Hantarkan gambar/video korang menerusi POKKA FB Messenger.

Dan korang berpeluang memenangi hadia hhebat seperti:-
GRAND PRIZE: Rumah terbuka + pakej katering RM10,000
Hadiah saguhati x 3: RM200 cash + POKKA hamper + 1 bulan stok minuman POKKA
Hadiah mingguan x 20: RM100 voucher membeli-belah + 1 bulan stok minuman POKKA
Resepi ini adalah ilham daripada Dedet - Ayam Bakar  Pokka Susu Mangga dan Lemon, taruhan untuk Peraduan Pokka Rasa Raya.

 Bahan yang diperlukan:

  • Ayam seekor
  • 1 cawan Pokka Mango Milk
  • Lemon (seperuh- diperah jusnya)
  • Kentang (potong 6)
  • Buah Mangga (Isi dipotong dadu)
  • Bawang putih (2 labu, tumbuk halus)
  • Mentega (sedikit)
  • Lada hitam (sedikit)
  • Garam (secukup rasa)


 Ayam dibersihkan, dan disiat-siat sedikit di bahagian atas. Ini bagi memastikan ayam cepat masak dan ianya salah satu teknik untuk penyerapan bahan perap secara menyeluruh pada ayam.

 Campurkan semua bahan - bawang pitih. lada hitam, garam dan perahan jus lemon.

Ramuan paling penting Pokka Susu Mangga (dalam 1 cawan)

 Masukkan isi mangga. Gaul rata.

 Perapkan ayam dan kentang bersama bahan perapan yang disediakan. Biarkan dalam 15 minit (lagi lama lebih baik).

Saya sapukan sedikit mentega di bahagian atas ayam dan juga di dulang pembakar. Ini bagi mengelakkan ayam terlekat pada dulang dan juga untuk menghasilkan keranggupan di bahagian atas kulit ayam. Kemudian bakar pada suhu 200c selama 40 minit.

Tadaaaaaaaaaaaa....Siap....


Ayam Bakar Pokka Susu Mangga dan Lemon.

 Siri ternusu Pokka yang korang boleh dapatkan di pasaran! Semua sedap-sedap, hiks

Jejomsss korang sertai peraduan ini, siapa menang tajaan rumah terbuka jangan lupa jemput kita tawwwww

#PokkaMy #PokkaRaya #PokkaMelonMilk#PokkaBananaMilk #PokkaFBContest
Jom Sertai Peraduan POKKA Rasa Raya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. woww menarik dan menyelerakan hahhaha good luck ya

    ReplyDelete
  2. hebat resipi ko ek, jeles dah aku ni.. kalau menang share sket hadiah ek hahaha

    ReplyDelete
  3. Sedap oii! Selalu chicken mango biasa je. Nie lain betul nie. Hihihiii

    ReplyDelete
  4. Kreatifnya reka menu daripada susu mangga Pokka! Hasilnya nampak meyakinkan dan sedap betul lah! Teringin rasanya nak mencuba tapi kita ni selalu fail kalau masak. Kena minta orang buatkan. Haha.

    ReplyDelete
  5. Whoa! you boleh cipta resepi dengan air kotak je? Hebatnyeee!!! Creative betul somemore guna mango Chicken pulak tu. Nampak sedap. Semoga dapat menang dengan Pokka.

    ReplyDelete
  6. wow kreatifnya kak ayu, boleh gubah resepi guna bahan air kotak Pokka manggo milk dalam masakan ayam, terbaik lah! lagi best kalau dapat tapau, rumah kita tak jauh :-p

    ReplyDelete
  7. Kreatifnya masak ayam guna air kotak Pokka. Kalau syira pun belum tentu terfikir nak masak macam tu. Hehe tempting sangat tengok ayam tu.

    ReplyDelete
  8. one of my favorite beverage to drink. Yeah love to drink it chilled too, didn't know can create so yummy meal. You are good with cooking!

    ReplyDelete
  9. Haritu nampak botol pokka ni, tak tau ade contest pulak..nak cuba rasa..hehee..nak cubalah join contest dia..macam menarik je..hadiah pun woww..tengok kak ayu buat pun macam senang je..

    ReplyDelete
  10. Sihatnya ayam tu hehehe ayam belanda ker nanti boleh lah cuba resipi ini menarik juga hehehehe tapi kenapa tak letak ayam yang tinggal tulang tu baru best wakakakaka..

    ReplyDelete
  11. Kreatif sgt. Selain dijadikan minuman boleh juga dijadikan pencuci mulut dan tak sangka boleh boleh buat savoury dishes lagi. Liez tak pernah cuba lg pokka ni maybe next time leh beli

    ReplyDelete
  12. kenapa tak pernah dengar jenama pokka sebelum ni ye? anyways, tak sangka boleh buat savoury juga

    ReplyDelete
  13. Resepi yang menarik untuk di cuba, satu kelainan..kalau masuk masterchef ni harus di puji ni..hehehe.
    Blehlah sis cuba2 nanti

    ReplyDelete
  14. Dari ruby sekolah rendah suka pokka kak. Pokka Guava tu my fav. Huhu. Cuma tak pernah lagi la cuba untuk memasak. Guna untuk mix dalam fruit ada la. Macam mana rasa ayam akak tu? Sedap tak? Mesti wangi bau mangga kan.

    ReplyDelete
  15. wahh terbaik la resepi ni. Selalu buat minum jer tak pernah buat dalam masakan. Nanti rasa nak buat jugak la tapi yang pasti kalau stok Pokka ni memang habis diminum dulu..hehe

    ReplyDelete
  16. Wow...pokka bisa buat masakan ayam ke? Hehee.. baru tahu sih. Tapi resepnya nih sangat menarik dan bikin orang penasaran untuk membuatnya sendiri di rumah

    ReplyDelete
  17. Hah... I did not know about the contest! Thanks for the heads up. And all the best to you in your entry. The chicken looks really delicious!

    ReplyDelete
  18. wah.. nampak sedapnya ayam pokka ni.... recepi yang creative dan bagus~ nak try!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.