Kiosk Air Minuman Feveret |Mon Chaang Thai Tea by Chapayom

Nak kenalkan pada korang, kedai minuman feveret yang kitaorang mesti singgah setiap kali ke Sunway Piramid. Ianya terletak berhadapan dengan AEON Supermarket (LG) berdekatan dengan Concourse Orange.

Yang bestnya air minuman di sini adalah resepi original dari negeri Thailand. Terutama Thai Milk Red Tea, Thai Milk Green Tea, Thai Milk Rose Tea, Thai Milk Tea & Coffee dan Thai Lime Red Tea memang antara minuman yang terlaris jual di sini.

Dan rupanya franchais Mon Chaang ini juga telah menerima Anugerah pada tahun 2017 di Thailand iaitu "Thailand People's Choice"

Dan terdapat juga yang dijual dalam bentuk set - samada minuman panas, jus ataupun belended bersama dengan 1 snek Thai yang istimewa.

Snek Thai yang ditawarkan di sini semua HALAL dan ianya berasaskan daripada hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong. Memang sedap dan agak 'rare'.

Ada ais krim juga tau. Tapi saya tak sempat lagi mencuba sebab hari tu bz memborong air, hehehe

Dan saya telah order 5 minuman best Mon Chaang iaitu dari kiri Thai Milk Red Tea, Thai Lime Red Tea, Thai Milk Green Tea, Thai Milk Tea & Coffee dan Thai Milk Rose Tea.

Serius memang sedap. Terutama tentang kepekatan teh dan aromanya yang cukup memikat jiwa. 5 jenis minuman yang saya cuba semua sedap. Tapi Thai Milk Red Tea dan Thai Lime Red Tea menjadi kesukaan saya yang utama.



Menikmati air minuman Mon Chaang dikala waktu panas lagi best. Dapat menghilangkan dahaga dan juga boleh menyejukkan badan.


 Thorbaek!
Kiosk Air Minuman Feveret |Mon Chaang Thai Tea by Chapayom Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.