Resepi Kek Keju Blueberry dan Ayam Bakar Berlemon Menggunakan Ketuhar Pensonic Siri Batik | Jangan Lupa Sertai Peraduan Beli, Tonton dan Menang
Bersempena dengan kehadiran Aidilfitri 2018, Pensonic Malaysia sekali lagi telah menganjurkan Peraduan Beli, Tonton dan Menang. Apa yang lebih menarik, untuk tahun ini hadiah yang ditawarkan cukup lumayan! Bernilai lebih RM200,000 termasuklah sebuah kereta X-TRAIL sebagai hadiah utama 😱
Rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic ini ditayangkan setiap hari Isnin bermula jam 6.00 petang sehingga 6.30 petang. Rancangan yang berdurasi 30 minit ini menampilkan selebriti tanahair yang akan bersama-sama dengan Chef Ismail untuk pulang ke kampung halaman mereka dan memasak hidangan istimewa di sana.
Caranya sangat mudah:
1. Dengan hanya membeli baranagan Pensonic (min RM50) dalam satu resit.
2. LIKE dulu FB Page Pensonic
3. Kongsikan poster peraduan dan jangan lupa tag kawan anda.
4. Tonton rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic.
5. Jawab soalan mudah dan juga jangan lupa sertakan slogan sekali ya :-) Hantar melalui PM di FB Pensonic Malaysia. jawapan berserta gambar resit pembelian.
Alert: Peraduan dilanjutkan sehingga 8 Julai 2018 (sebelum ini tarikh 30 Jun 2018) dan episod terakhir adalah pada 2 Julai 2018.
Saya sendiri begitu teruja untuk menyertai peraduan yang menawarkan hadiah yang cukup lumayan ini. Jadi saya telah dapatkan ketuhar Pensonic AE-19NB dari Siri Batik. Apa yang menarik tentang ketuhar ini selain ianya boleh membantu saya membakar pelbagai jenis masakan dan biskut raya. Saya juga sangat tertarik dengan corak batik yang nampak begitu esklusif. Sebagai rakyat Malaysia, tentunya saya sangat berbangga dengan hasil seni seperti Batik apatah lagi ianya dipertengahkan menjadi salah satu dekorasi di peralatan elektrik dibawah jenama yang cukup istimewa di hati saya iaitu Pensonic 😍
Dari pandangan atas..
Butang yang sangat mudah difahami. Kita boleh tetapkan suhu, durasi dan gaya masakan samada api di bahagian atas, bawah atau di kedua-dua bahagian.
Saya jug asangat berminat dengan Periuk Nasi Pensonic dari Siri Batik ini juga. Dapat periuk ini, memang dah set lengkap batik barangan Pensonic di rumah saya, hehehe. Cantikkan.
Meh, saya kongsikan 2 resepi menarik yang boleh dicuba menggunakan Ketuhar Pensonic dari Siri Batik.
Kek Keju Blueberry
Bahan-bahannya: Krim keju, mentega lepa (buuter), biskut Digestive dan jem Blueberry.
Bahan lain : Telur (saya guna 2 biji) dan gula kastor.
Hancurkan biskut Digestive. Memandangkan saya menggunakan loyang kecil jadi saya guna hanya didalam 6 keping biskut sahaja.
Cairkan butter (dalam 100gram). Masukkan ke dalam adunan biskutyang telah ditumbuk halus.
Gaul rata butter dan biskut. Kedapkan rapat-rapat di bahagian lapisan bawah sekali di loyang. Simpan didalam peti sejuk seketika.
Masukkan krim keju..
Gula kastor..
dan telur di tempat pengadun.
Pukul semua bahan ini..
Sehingga sebati dan kembang...
Masukkan campuran keju didalam loyangyang sudah mempunyai biskut.
Tadaaaaaaaaaaaaaa! Ianya akan kelihatan seperti ini :-)
Bakar pada suhu 150c selama 20-45 minit (sehingga masak)
Siap masak dah! Hehehe
Sapukan jem Blueberry diatasnya.
Siap! Masukkan dalam peti sejuk. Kek ini kalau dinikmati dalam keadaan sejuk lebih sedao.
Memang sedap! Makan lepas terawih (moreh) ataupun jadikan sebagai manisan waktu berbuka.
Ayam Bakar Berlemon
Bahan yang diperlukan: Ayam (seekor), perahan lemon 2 biji, halia dan bawang (ditumbuk halus), lada hitam (tumbuk), sos tiram, minyak bijan, garam secukup rasa, madu (sedikit) dan olive oil.
Bakar suhu 180c-200c untuk tempoh 35-45 minit.
Sedap baq angggggg..
Hidangan ini makan panas-panas samada dengan nasi, roti ataupun kentang. Saya lebih suka meratah begitu sahaja :-)
Sebenarnya saya banyak belajar juga tau cara menyediakan hidangan yang enak-enak dan mudah menerusi rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic ini. Pelbagai tips Chef Ismail kongsikan. Selain itu kita dapat juga mengenali sedikit sebanyak kehidupan selebiriti tempatan yang dijemput.
So, korang jangan lupa sertai ya, memandangkan peraduan ini telahpun dilanjutkan sehingga 8 Julai 2018!
Resepi Kek Keju Blueberry dan Ayam Bakar Berlemon Menggunakan Ketuhar Pensonic Siri Batik | Jangan Lupa Sertai Peraduan Beli, Tonton dan Menang
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 04, 2018
Rating:
Oh my, I love this Siri Batik. I want it in my home. I need to go shopping. Hope this range is already available in Ipoh!!! Can't wait.
ReplyDeleteI suka sangat kek keju.. boleh try try buat baking cake di rumah.. heheheheheh
ReplyDeletekemain cantik oven ko ek, lawa plak aku tengok terus berkenan plak rasanya. resipi ko tuh cam senang je plak
ReplyDeleteBestnya ayam bakaq tu. Feberet tau.
ReplyDeleteWah..ayu dh beli pensonic oven Batik eh..wah..seronok la membaking dan grill nanti ni..SA mmg tengah cari oven ni..bleh la pi cari pensonic batik ni..lom lambat lagi rasanya nak buat kuih raya..baru ada 2-3 jenis je ni ha..
ReplyDeleteNampak sedap la kek u. Toppings mewah sangat. I sebenarnya kalau cheese makan masa sejuk ok lagi. Kalau makan dah tak sejuk tak leh makan pulak. I tak suka cheese. Best pulak i tengok oven tu.
ReplyDeleteSedap baqhang tu yang tak tahan hahaha... serius nampak sedap. Thank you for the tips
ReplyDeleteWow cantik oven tu hehehe kita tengok resipi pun mudah nak buat nanti kita cuba sebab kita ada oven jenis lama jenama Pensonic juga hehehe bestnya...
ReplyDeletesenangnya penyertaan contest ni. harap adalah rezeki kalau join. btw cantik giler design batik tu. nampak eksklusif dari yang biasa.
ReplyDeleteCantiknya oven tu ayu..teringin lak nak letak kat umah..tapi yang ada kat umah ni nak letak kat mana le pulak..huhuhu.
ReplyDeleteWahh resepi cheese cake tu nampak cam senang je, nanti nak cuba buat jugak lah, thanks kongsi resepi
Cantiknya rekaan oven tu. Sangat malysian punya motif. Yg pnting nmpak mahal. Nanti nk join lh perasuan tu. Nmpk mudah j nk join
ReplyDeletewah oven tu menarik. kita pun ada plan nak beli oven utk rumah bujang ni. senang nak buat apa2 kan. btw ada kontes la. nanti nak join la
ReplyDeletewah bestnya ada oven pensonic, i pun nak beli oven seketul lah sebab nak panaskan makanan senang malas tul nak panaskan makanan pakai api... kalau ada oven tak sampai 2 minit pun... sedap pula tengok ayam tu nampak macam pro yang masak... weee
ReplyDeleteSukanya tengok cheese cake tu. Oven kat rumah rosak. I kena beli oven baru. Boleh lah baking lepas ni.
ReplyDeleteWah mudah syaratnya nak join contest ni. Kebetulan mesin blender AS dah rosak kat rumah ni huhu, boleh lah AS ambil peluang membeli blender baru jenama Pensonic saja bagi melayakkan AS menyertai kontes ni.
ReplyDeleteAfter reading this immediately I plan to do this blueberry cheese cake tomorrow... Lolz. Got tempted by your making.. look delicious wei...
ReplyDeleteWow i pun nak cuba resipei keju blueberry cheese bakar, nampak senang nak prepare and sedap pulak.
ReplyDeleteCheese bluuberry cake tu nampak menggiurkan. Ayam tu pun sama, huwarghhh. Best kan masak bila kelengkapan dapur cukup. Lagi-lagi kalau ada perkakas pensonic. Meriah sakan la dapur. Macam-macam boleh masak
ReplyDelete