Bermain Olok-Olok, Sebagai Satu Satu Instrumen Pembelajaran Dalam Kehidupan Dunia Anak-Anak
Tidak dinafikan bermain menjadi sebahagian dunia pembesaran anak-anak. Mereka akan banyak belajar melalui aktiviti permainan yang dilakukan setiap hari. Dengan melakukan aktiviti secara tidak langsung anak-anak akan melakukan pergerakan fizikal pemotoran seperti berlari, berdiri, memegang, respon dan pelbagai lagi. Selain itu, dalam setiap aktiviti juga memerlukan anak untuk lebih berkomunikasi samada bersama rakan permainan ataupun bercakap sendirian (memberi penerangan kepada diri sendiri). Secara tidak langsung ianya dapat membina keyakinan dalam diri dan belajar bergaul dengan rakan lain.
Tidak dinafikan kehadiran gadjet bersama aplikasi permainan di atas talian sering menjadi pilihan anak-anak zaman sekarang. Bagi setengah ibubapa dengan memberikan gadjet kepada anak-anak dapat memudahkan mereka melakukan kerja-kerja/urusan lain di rumah. Anak-anak akan leka dengan permainan seperti ini.
Kena ada pemantauan anak bersama gadget
Kajian telah dilakukan dan mendapati, pemberian gadjet kepada anak-anak pada usia yang kecil (terutamanya) sangat tidak membantu perkembangan tumbesaran seorang anak yang sihat. Ianya boleh menjadikan anak tersebut terlalu obses terutama dengan skrin yang berpetak. Ini boleh mengganggu daya tumpuan dan ingatan sekaligus menyebabkan anak tersebut akan membesar tidak seperti kanak-kanak ceria yang lain.
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa bagi memastikan anak-anak ada keinginan untuk bermain dan berseronok ialah dengan melakukan aktiviti bersama. Antara aktiviti yang dilakukan adalah 'bermain olok-olok' (pretend play) bersama mereka.
Contohnya:
Sebagai ibu, saya akan memasak hampir setiap hari. Anak yang kecil biasanya mereka akan memerhati aktiviti seharian kita. Apabila kita ke dapur, mereka juga ingin ke dapur. Tetapi biasanya saya akan melarang anak kecil saya untuk ke dapur ketika saya memasak (merbahaya). Jadi saya biasanya akan meluangkan masa bersama anak dengan bermain masak-masak bersama mereka.
Saya akan membelikan permainan masak khas untuk kanak-kanak. Dan anak biasanya mereka akan beria memasak untuk kita. Seolah menyiapkan hidangan yang betul tetapi sebenarnya tidak. Siap beria ambil pesanan makanan lagi ..
Anak : Mummy nak makan apa?
Mummy : Ok ada makanan apa di dapur?..
Anak : Ada ayam goreng, berger, sup ayam dan bla bla bla
Mummy : Ayam goreng tak nak pedas satu!
Anak : Tak nak pedas maksudnya tak ada cili kan...kita letak tomato ok? Setuju
Mummy : Ok..
Buat tanda tangan 👍 ..very good kata kan padanya...
Menerusi kaedah ini kita dapat lihat bagaimana anak tersebut begitu memahami jenis hidangan yang ingin disediakan. Begitu juga maksud pedas kena ada cili, tidak pedas perlukan tomato. Ini adalah salah satu cara melatih anak-anak untuk berfikir secara kritis dan juga belajar menangani konflik.
Seperti Dedet beliau lebih gemar melakukan aktiviti yang memerlukan anak itu merekacipta dan membina sesuatu. Mungkin juga latarbelakangnya yang merupakan seorang jurutera mekanikal yang terdedah dengan kerja pembinaan setiap hari. Jadi aktiviti bermain lego bersama anak memang menjadi kesukaannya bersama anak pada waktu senggang.
Kebiasaannya, anak memang mudah 'give-up' (putus asa) terutama apabila mereka merancang untuk membina sesuatu yang diimpikan. Sokongan perlu diberikan kepada anak bagi menyakinkan mereka yang "mereka boleh" dan "mampu lakukan apa yang diimpikan".
Dedet: Ameer nak bina apa?
Ameer : Rumah tinggi...
Dedet : Rumah tinggi? Tinggi macam rumah Mak Bik?
Ameer: Lagi tinggi....
Dedet : Hokeh..itu dah macam KLCC...
Biarkan anak itu berdikari membina rumah tersebut. Walaupun adakalanya anak tidak yakin yang mereka mampu menyusun tinggi, namun kata perangsang seperti "Bagusnya Ameer, nak jadi jurutera kenalah berani cetuskan idea baru. Mesti cantik rumah yang Ameer bina"
Kita boleh pupuk semangatnya dengan motivasi positif secara berterusan..
Luangkan masa berharga bersama anak-anak!
Sebenarnya banyak lagi boleh saya kaitkan dengan aktiviti/permainan seharian dengan bermain olok-olok yang sering saya dan anak lakukan. Dan pastinya korang lagilah banyak pengalaman melakukan aktiviti permainan olok-olok bersama anak, kannn..
Tetapi kan korang...kalau berkesempatan bawalah anak ke KidZania Kuala Lumpur. Banyak aktiviti dunia pekerjaan (permainan olok-olok) yang boleh anak kita sertai. Serius best! Anak-anak bukan sahaja didedahkan dengan profesion yang ada di dunia sebenar yang boleh mereka sertai apabila sudah dewasa. Bahkan ianya adalah satu proses pembelajaran dalam hidup yang boleh mereka kutip sejak mereka kecil lagi.
Contoh:
Sabar dan mendengar arahan
Sebagai ahli bomba. Mungkin anak kita kenal dengan "bomba" melalui rancangan teleivisyen ataupun pernah melihat sendiri di depan mata. Di KidZania anak kita berpeluang menjadi ahli bomba. Mereka akn didedahkan dengan peraturan bekerja (memakai pakaian khas), mendengar taklimat dari ketua, bekerja dalam satu pastukan dan paling penting bersungguh-sungguh memadamkan kebakaran bersama rakan lain. Banyakkan proses pembelajaran dalam hidup (Learn Life Today) yang boleh mereka dapat dengan hanya melibatkan diri menjadi bomba untuk seketika.
Bekerjasama dan tekun
Bekerja dalam kumpulan
Bergerak pantas
Menjadi ahli komputer. Punyalah bergaya di depan komputer tersebut. Situasi yang bakal merasai jika merek benar-benar ingin terlibat dalam bidang ini.
Menjaga kesejahteraan masyarakat bersama TMNet.
CSI, kena ada sifat berani bertanya (malu bertanya sesat jalan) dan berani menyelesaikan masalah.
Penghantar barang. Walaupun dengan hanya menghantar barang namun aktiviti ini mendidik anak kita untuk bersikap jujur dan amanah serta dapat melaksanakan kerja penghantaran dengan pantas (mengikut masa yang diberikan). Aktiviti nampak biasa tetapi impaknya dalam hidup anak itu cukup besar dan istimewa.
Sebenarnya terdapat banyak lagi permainan perkerjaan (main olok-olok) yang boleh anak lakukan di sini. Dan ianya sangat bagus dalam menyokong tumbesaran mereka sebagai anak-anak yang aktif dan ceria!
Keterangan lanjut boleh layari : www.kidzania.com.my
Bermain Olok-Olok, Sebagai Satu Satu Instrumen Pembelajaran Dalam Kehidupan Dunia Anak-Anak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 17, 2018
Rating:
seronoknya dapat bermain olok-olok.. kanak-kanak paling enjoy, kan?
ReplyDeleteBermain dengan anak masa kecik-kecik memang seronok. Dania I dah besar jadi approach lain la pulak. Kena jadi good listener untuk anak remaja ni. Macam2 cerita Dania cerita jadinya kena tadah telinga ajer. Gadjet ni memang ye lah. Mengganggu penumpuan anak untuk bersosial dan belajar. Sekali sekala boleh tapi bukan selalu terdedah dengan gadjet ni.
ReplyDeletebila luangkan masa dengan anak-anak dan main dengan diaorang dapat lebih kembangkan pengetahuan dan otak diaorang kan.
ReplyDeleteSaya ajak anak memasak dengan saya, sebab dah besar, 5 tahun. Benda yang paling dia suka buat ialah pecahkan telur dalam mangkuk :)
ReplyDeleteYes, totally agree with what you are saying. Gadgets restrict a child's psychomotor development. They need more outdoor activity and psychomotor activities. gadgets are for adult!
ReplyDeleteMarsha lebih suka pendekatan bermain olok-olok dari gadget. Gadget buatkan kanak-kanak terpisan dengan dunia luar dan juga keluarga.
ReplyDeletePun masih ingat masa kecl klo saling olok olok teman. Bermain sambil memgedukasi anak ini penting bangat ya
ReplyDeleteSeronoknya kalau ada anak-anak ni dapat habiskan masa bersama sangat bermakna walaupun kita buat aktiviti yang simple itu yang buat mereka ingat kepada kita ibu bapa. Tengah tunggu masa jer nak ada anak sendiri hehehehe...
ReplyDeleteTeringin nak ke Kidzania, nak main olok-olok jadi Doctor..hehehe. Kalau lah ada anak kecik sure sis pergi join sekali, tapi anak semua dah besar, nak kena tunggu cucu tak tahulah bila
ReplyDeleteyup dengan fariza selalu main olok-olok, main masak-masak, kadang bina-bina lego ni..buatla apa sahaj dengan mainan dia..hehee..memang kadang dia give up, kita yang tolong support..tak pernah bawa lagi ke kidzania ni...tunggu di abesar lagi
ReplyDeletebetul tuh kalau main olok olok dengan anak anak membantu mengembangkan lagi tumbesaran mereka dan juga pemikiran mereka. betul tak?
ReplyDeleteKita yang dewasa ni pun layankan jela main olok2 dorang tu kan, hehe. Emi ramai anak sedara. So dah terbiasa sangat duk layan dorang main olok2 ni.
ReplyDeleteBetul tu! Main olok-olok dapat memperkembangkan minda anak-anak dan jugak ibu bapa. Semua masalah terdapat beberapa jalan penyelesaian. Dengan ni, anak-anak pun dpt memupuk sifat memikir dan cuba selesai rintangan ataupun masalah yang dihadapi. Saya pun gemar bawa anak-anak kunjungi ke KidZania jugak! Learn Life Today!
ReplyDeleteThanks for the amazing tips. It is very useful for mummies like me and also a self reminder for me to spend more time with them.
ReplyDeletesatu hari nanti bila harraz dah besar sikit TB pun rancang nak bawa harraz kat kidszania ni.. sebab seronok tengok parent bawa anak-anak ke sini, budak-budak pun macam excited dan seronok je pi sini kan..
ReplyDeleteKalau bagi kat Rawlins, Rawlins pun gemar main role-playing sebegini. Terus teringat zaman muda-muda dulu. Hehe
ReplyDeleteBudak-budak kalau ajak main olok-olok ni memang la suka dia, time tu dorang memang boleh belajar...belajar berimaginasi macamana,hehe...
ReplyDelete