Keseronokan Menyertai Kids Holiday Dinosaur Hunt di The Mines Shopping Mall

 
Sempat my Yara berOOTD di The Mines Shopping Mall

Yeahhh kami kembali lagi beraktivti. Hahahaha. Biarpun masih dalam mood beraya namun untuk acara/aktiviti yang melibatkan anak-anak memang saya akan teruja untuk menyertainya. Apatah lagi anak-anak saya sendiri juga begitu teruja :-)

Saya telah menyertai Kids Holiday Dinosaur Hunt pada 24 Jun 2018 yang lepas. Acara ini dimulakan pada jam 2.30pm di The Mines Shopping Mall. Apa yang menarik setiap pasukan adalah mewakili satu keluarga iaitu perlu ada ibu/bapa bersama anak mereka.

Penerangan ringkas telah diberikan oleh pengacara majlis teantang peraturan permainan. Di mana setiap pasukan perlu pergi ke setiap check point berdasarkan kepada klu yang diberikan. Dan setiap check point ada tugasan yang perlu dibereskan dan setiap kali berjaya melakukannya, telur dinosaur akan diberikan.

Anak saya memang dah 'excited' nak mulakan pencarian telur dinosaur, hahahah. Siap tambahkan energi minum susu beria-ia, hokeh :p

Tugasan 1 : Pilih salah seorang ahli pasukan, perlu menaiki bot yang disediakan dan wajib mengambil gambar selfie didalam bot. Untuk tugasan ini memang Afiq dengan senang hati 'volunteer' untuk melakukannya.

Tugasan 2 : Pergi ke Mr. DIY dan ambil gambar selfie bersama salah seorang pekerja di sana. Ya ampun sila abaikan mukaku yang sememeh ini, hahahah. Tapi seriousla, gegeh berlari masuk Mr. DIY, tegur staff dekat situ "Hello Sir, boleh ambil gambar bersama tak?" Terus snap guna kemarea telefon. Hahaha. Seb baik staff Mr. DIY jenis sporting, hiks.

Tugasan 3 : cari TGV, selfie di hadapan TGV. Untuk tugasan ini memang Afiq yang beria nak buat. Lepas tu kena muatnaik gambar kita di IG bersama hashtag yang tertentu.

Tugasan 4 : Cari Butik Poney. Kena lipat 10 helai baju warna pink dalam masa 10 saat. Yes..mama can do it, gitewww.

Tugasan 5 : Cari lif no. 7, seterusnya kina ambil gambar poster yang mempromosikan Dino-Rawr di The Mines Shopping Mall.


Ini adalah antara tugasan yang mencabar. Bayangkan kita perlu mencari lift no.7 hampir semua lift yang ada di Mall ini. Kesungguhan dan jiwa kental memang perlu ada dalam diri tau! Hahahaha. Bila dah jumpa lift ini, rasa nak melutut jer depan lift tu, kehkeh.

 Tugasan 6 : Kena pergi ke Harvest Stationery, seterusnya kena main permainan charades di situ. Memang kelakar, sebab pelbagai aksi yang anak saya lakukan untuk memberikan klu apa yang jawapannya. Bersungguh-sungguh siap buat aksi sekali. Akhirnya saya berjaya menjawab "KARATE-KID"

Tugasan 7 :  Kena cari telur dinosaur yang tersembunyi dalam Balalaca Store. Oh ya! Untuk pengetahuan korang Balalaca Store ini adalah kedai kasut. Bila sampai dsini melihat pada kasut yang  banyak tersusun di rak memang satu cabaran. Akhirnya kesungguhan itu membuahkan hasil apabila Amani menemui telur tersebut. Dia punya 'happy' dan berbangga macam menang anugerah. hahaha.

Tugasan 8 : Cari outlet Famos Amos. Dan perlu jawab soalan mengenai Famos Amos di situ. Agak mencabar kerana kitaorang macam tersesat mencari outlet ini.

Tugasan 9 : Perlu ke kedai Chapter. Pilih satu buku dan baca di hadapan 3 pelanggan. Nasib baik pelanggan didalam kedai tersebut semua sporting, jadi tugasan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Tugasan 10 : Kami perlu lari balik ke check point Dan kumpulkan ke semua kepingan puzzle yang berjaya diperolehi di setiap stesen. Seterusnya perlu gabungkan semua kepingan tersebut agar menjadi satu puzzle yang sempurna.


Tadaaaa!


Seterusnya kami perlu membawa puzzle yang lengkap bersama 10 biji telur dinosaur yang telah berjaya diperolehi ke meja mashal yang terakhir. Selain itu saya perlu juga perlu mengemukakan bukti bergambar untuk stesen tertentu seperti gambar selfie dan sebagainya.

Kumpulan saya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan pada jam 3.35 petang. Lebih kurang 1 jam dari tempoh waktu permulaan kami dolepaskan. Apa yang menarik tentang 'hunt' ini ialah ianya mengajar erti kesungguhan didalam diri anak-anak. Selain itu menanamkan semangat kerjasama dan saling membantu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.




 Siapa sangka akhirnya kumpulan saya telah berjaya dinobatkan menjadi Juara. Kuddos untuk semua ahli pasukan saya - Afiq, Amani. Yana dan Ameer. Diikuti dengan masa kedua terpantas menyelesaikan tugasan iaitu kumpulan Mama Jue dan pemenang di tempat ketiga adalah kumpulan Isaac. Ganjaran yang diberikan adalah berbentuk wang tunai.... wah kanching!!!

Memang seronok! 
Adat dalam permainan pasti ada yang kalah dan pasti ada juga yang menang. Namun yang demikian paling penting, pertandingan hunt seperti ini membolehkan kita sentiasa bersedia dan teruja melakukan segala aktiviti bersama anak-anak. Sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturahim ikatan kekeluargaan. Dan untuk pengetahuan korang, sekarang ini telah berlangsung Dino-RAWR di The Mines Shopping Mall sehingga 6 Julai 2018 ini tau! 

Dan banyak aktiviti dan promosi  best telah dijalankan oleh The Mines Shopping Mall. Untuk keterangan lanjut boleh layari:-


 
Keseronokan Menyertai Kids Holiday Dinosaur Hunt di The Mines Shopping Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 02, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Seronok bila boleh join aktiviti macam ni. Walaupun penat nya Ya Ampunn

    ReplyDelete
  2. best nye.. tapi tentu letih kan? Lari ke sini ke sana.. hehe

    ReplyDelete
  3. seronok nyer.
    aida suka sgt games gini. tapi lama sungguh dah tak join :-)
    Yes. Ia ajar kita sabar dan bertenang. Kalau kelam kabut, x dpt la mencari apa yg patut.
    Cash?! How much? Wow, berbaloi la. Tahniah ye.

    ReplyDelete
  4. seronoknya ada aktiviti macam ni. barulah mencabar kan... kalau lah kita ada ank dah lama ajk ank ke sini.. tp seriusly tgk pon rasa wow!...terbaiklah k.ayu...

    ReplyDelete
  5. larat ko ek, kalau aku memang tak la kan... hahaha

    ReplyDelete
  6. seronok betul kalau aktiviti macam ni yg memerlukan daya saing serta semangat yang kuat..tahniah ayu and the team

    ReplyDelete
  7. Ayue memang terbaik dan competetive! No wonder selalu menang contest. nak jadi partner Ayue la kalau ada game lagi.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Ayue dan anak-anak. rezeki dapat duit raya dari Mines. Best yer! Kesungguhan dan kecekapan ayue dan anak-anak, memang layak jadi juara!

    ReplyDelete
  9. Senangnya bisa ikutan main bersama anak anak kesayangan. Ramai sekali ya. Permainan seperti ini bisa membuat anak lebih kraetif. Senangnya anaj2 nih. Gembira nian hehee...

    ReplyDelete
  10. Whoa! Kat ingat kat eco world je ada dinosour. The minds pun ada? Seronok la they all.😆

    ReplyDelete
  11. Bestnya...aktiviti mcm ni..
    Anak2 pun boleh njoy kan..yg penting aktiviti mcm ni boleh boost diorg pny confident kan

    ReplyDelete
  12. bestnya tengok..kalau dapat buat macam ni dengan anak-anak memang happening, best. syok semua ada..bukan aje anak teruja, mak pun ikut teruja..hehee

    ReplyDelete
  13. Seronoknya ada aktiviti macam ni, penat pun tak terasa kan, yang lipat baju dalam masa 10 saat tu kalau saya pun tak dapat buat hahaha cpt kot 10 saat tu 🤣

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  14. I'm so excited reading this... And I feel tired too cold I feel like I'm running here and there with you too... Hahaha ♥️
    Congratulation to you ya!~ none activities they have they're and great team work you have there.

    ReplyDelete
  15. Omg! Terbaik la akak dan anak. Berjaya selesaikan tugasan yg diberikan. Memang bonding time betullah time ni.. hehe..

    ReplyDelete
  16. Aktiviti macam ni boleh buatkan sebagai bonding time juga kan untuk akak dgn anak2. And also, buat anak2 berani sebab ada tugasan2 tertentu. Kak Ayu dah la competitive hehe.. Anak2 pun sama juga

    ReplyDelete
  17. I would have so loved to see you do the charade instead....hahhahaha I am glad that your son lagi bersemangat to accomplish the tasks...that's super adorable of him...

    ReplyDelete
  18. Best dan enjoy semua task dia. Bonding time with anak-anak kan kak kalau event macam ni. Kalau menang tu memang bonus.

    Btw, tahniah kak ayu sebab jadi champion. Kalau tak champion, tak sah la kan, hehehe. Good job ������

    ReplyDelete
  19. Wah best nyer! dah lama i tak join treasure hunt and challenges macam ini. Looking forward for more events at the Mines.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.