Pra Pelancaran #TAWAKALKANADA Hospital Pakar KPJ Tawakkal
Hospital Pakar KPJ Tawakkal dibawah naungan KPJ Heathcare Berhad cukup terkenal dikalangan masyarakat setempat dan juga antarabangsa. Hospital yang mula ditubuhkan pada tahun 1984 mula dikenali sebagai Pusat Pakar Tawakkal oleh sekumpulan doktor pakar bermula dengan kapasiti katil hanyalah sebanyak 60 unit.
34 tahun begitu sukses sebagai pusat rawatan pakar yang sentiasa menjadi pilihan, KPJ telah membina bangunan baru Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang lebih luas dan selesa pada tahun 2010. Dengan pembinaan baru ini membolehkan hospital ini menampung sehingga 200 unit katil pesakit dan dibantu oleh 40 tenaga pakar pelbagai bidang.
Untuk pengetahuan semua antara kepakaran perkhidmatakan kesihatan dari Hospital Pakar KPJ Tawakkal adalah dalam bidang seperti:-
- Orthopaedic
- Cardiology
- Obstetrics & Gynaecology
- Paedetrics
- Gastroenterology
- Neurology
- Urology
- Colorectal Surgery
Majlis Pra-Pelancaran penjenamaan #TawakalKanAda ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohammad Salim, Pengarah Ekselutif KPJ Tawakkal. Dalam majlis ini ini juga Hospital KPJ Tawakkal turut memperkenalkan International Patient Centre (IPC) dan juga telah dibuka booth khas bagi tujuan membolehkan para tetamu dan media membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Bersama #TawakalKanAda, Hospital Pakar KPJ Tawakkal yang kini memiliki seramai 800 staf akan terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik. Dan tidak hairanlah hospital ini telah mencapai beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa yang boleh dibanggakan. Antaranya seperti:-
- RosSPA Health & Safety Awards - Gold Award by the Royal Society for the Prevention of Accidents at the London
- Occupational Safety & Health Award - Gold Class 1 Winner for Service Sectors
- Kuala Lumpur Mayor's Tourism Award 2017 - Platinum Award for recipient for Medical Tourism Category
- 2018 APAC Heathcare & Medical Tourism Awards - KPJ won Gastroenterology Service Provider of the Year in Asia PAcific Award at Saigon, Vietnam.
Bukan itu sahaja Hospital Pakar KPJ Tawakkal ini juga mencapai beberapa pengiktirafan yang cukup membanggakan. Antaranya seperti:-
- MSQH - Malaysia Society for Quality in Health
- Certified in International Organisation for Standardisation (ISO) - Integrated Management System (IMS) for Quality, Environement & Occupational Safety & Health Management System from TUV Rheinland (M) Sdn Bhd
- 5S -Quality Environment Management System by Malaysia Productivity Corporation (MPC)
- Baby Friendly Hospital Initiatives by the Ministry Of Health Malaysia
Tayangan video #TawakkalKanAda kepada para jemputan usai sahaja pra-pelancaran penjenamaan #TawakkalKanAda dilaksanakan. Video ini juga kita boleh saksikan di laman FB KPJ Tawakkal.
Apa yang menarik sejak terlaksanannya Medical Tourism di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, hospital ini telah menerima ribuan pesakit dari pelbagai negara di seluruh dunia serta puluhan ribu pengunjung dalam masa setahun. Secara tidak langsung menjadikan industri Medical Tourism ini sebagai salah satu pasaran baru dalam negara sekaligus menyumbang ekonomi negara dan industri pelancongan negara.
Menerusi Medical Tourism ini tidak hairanlah Hospital Pakar KPJ Tawakkal sentiasa menjadi pilihan dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari pelanggan dalam dan luar negara. Sekaligus ianya memberi impak yang positif dalam penjanaan pendapatan melibatkan jutaan ringgit setahun.
#TawakalKanAda menjanjikan perkhidmatan lebih cemerlang, jujur dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pesakit!
Pra Pelancaran #TAWAKALKANADA Hospital Pakar KPJ Tawakkal
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 20, 2018
Rating:
No comments:
Sharing is caring...