“Wedding Homestay” Tarikan Baru Buat Bakal Pengantin



Hi korang.
Majlis kenduri-kendara memang seronok. Apatah lagi pada masa inilah kita dapat berkumpul bersama saudara mara dan rakan taulan. Majlis kenduri biasanya bertambah meriah apabila kita dapat diadakan di rumah, namun tidak dinafikan banyak juga perkara yang tidak menarik terjadi usainya habis majlis diadakan. Antaranya masalah kecurian (memandangkan tetamu yang hadir mungkin juga orang luar yang kita tidak kenal), mengemas yang akan memakan masa dan banyak lagi. 

Jadi salah satu alternatifnya jika kita mahu adakan kenduri kendara di rumah adalah melalui menyewa "homestay" yang sesuai untuk diadakan kenduri.  Antara yang terbaik dan saya sangat syorkan adalah dari Syarikat  RNN Catering & Event Management. 


RNN Catering & Event Management di uruskan penuh oleh RNN CEM SDN yang beroperasi di Jalan Sentul Kuala Lumpur di terajui oleh Pn Fadlina Lai (Pengarah Urusan) dibantu oleh En Khairul Haizal (Marketing Officer) , En Kamarul Izwan (Operation Manager), Chef Norhashimah ( Head Chef) serta ahli pasukan hebat yang lain. Syarikat ini berpengalaman lebih 15 Tahun dalam industri katering dan pengurusan majlis. Tidak hairanlah setiap kerja dalam menjayakan majlis dibuat dengan lebih teliti dan professional. RNN Catering & Event Management juga mengendalikan perkhidmatan katering untuk majlis kecil kecilan mahupun besar seperti akikah, seminar, keraian, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Pemilihan homestay juga adalah mengambil kira aksessebiliti, kemudahan dan keluasan tempat. Paling penting homestay ini juga telah dilengkapi dengan kemudahan dan telah didekorasikan oleh pakar pereka dalaman tersohor iaitu Pak Abu.

Melangkah ke rumah Wedding Homestay By RNN CEM SDN BHD di Glenmarie Shah Alam bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka anjuran syarikat mereka pada hujung minggu lepas benar-benar mengujakan saya. Kawasan perumahan baru yang cukup cantik dan terdapat juga pondok pengawal keselamatan di pintu masuk

Disediakan juga sistem audio sekiranya kita mahukan muzik, pengacaraan  sepanjang acara dan sebagainya.

Antara contoh setting untuk hidangan VVIP dan VIP di meja makan.

 Kemas dan teratur dekorasi di bahagian makan berdekatan di pintu masuk.

Susunan meja dan kerusi di bahagian tepi premis homestay.

 Antara yang mencuri perhatian, adalah jenis lampu yang digunakan menghiasi di bahagian ruang makan tetamu.

Scallop kanopi yang sangat cantik!

Ruang di bahagian bawah yang sangat luas. Sangat sesuai untuk diadakan ruang untuk pelamin, buaian bayi (bagi majlis akikah) dan sebagainya.

Salah satu contoh dekorasi untuk majlis akikai, berendoi dan lain-laian. Jenis dekorasi boleh mengikut citarasa dan konsep sepertimana pelanggan inginkan.

Contoh dekorasi pelamin yang sangat cantik biarpun "simple". Dekorasi seperti ini sessuai untuk majlis seperti pertunangan atau perkahwinan kan..

Namun jenis rekaan dekorasi adalah bergantung kepada citarasa dan konsep pelanggan. Ini kerana RNN Catering &  Event Management Sdn Bhd sangat mementingkan kepuasan pelanggan.

Di bahagian tingkat bawah juga disediakan contoh bilik khas untuk pengantin.

Tumpang posing kejap, hiks

Bilik air pun sangat cantik, bersih dan luas. Ianya disediakan untuk tetamu yang datang ke rumah. Dan ianya terletak di bahagian ruang bawah.

 Ruang tangga yang dihiasi dengan bunga-bunga yang sangat cantik.

 Sekiranya ramai saudara mara kita nak hadir ke majlis yang dianjurkan juga tidak akan ada masalah. Ini kerana rumah ini dilengkapi 4 bilik dan telah di ubahsuai dengan kemudahan katil-katil yang mampu untuk menampung jumlah ahli keluarga yang ramai.

 Ruang tamu di bahagian atas. Sesuai untuk dijadikan tempat perbincangan atau melepak bersama ahli keluarga,

Untuk katerer disediakan oleh pihak Hot Catering & Event yang menyediakan pelbagai pakej menarik. Antara yang mencuri perhatian saya adalah pakej menu kampung yang ditawarkan seperti daging salai masak lemak cili api, daging hot palembang, ayam masak merah dan sebagainya. Harga pakej katering ditawarkan adalah dari serendah RM12.50.

Semua hidangan yang disediakan memang enak-enak belaka, antara resepi terbaik dari Chef Yang Jamil.

Selain daripada nasi minyak, saya sempat juga menjamu selera dengan kambing bakar. Memang sedap. apatah lagi disediakan bersama sos BBQ dan sos daun pudina.

Pemilihan kuih-muih moden dan tradisi. Semuanya memenuhi citarasa saya :-)

Turut hadir beberapa jemputan VVIP dan VIP yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka RNN Catering & Event Management Sdn Bhd, antaranya seperti YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kemeneterian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Puan Seri Hjj Dayang Normala (isteri Allahryarham Tan Seri Elyas Omar, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Shah Rezza, Rumah Amal Kebajikan  Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang Selangor dan Akademi Tahfiz Al Abrar.

 Dato' Jalaluddin Hassan bersama Chef Yang Jamil dan tetamu

 Turut kelihatan Dato' Shah Rezza yang hadir memeriahkan majlis

Pihak RNN Catering & Event Management Sdn Bhd kini mencari 10 pelanggan yang bertuah untuk diberikan diskaun terhebat iaitu REBAT sehingga RM 8000. Perghhh memang berbaloi!

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi:-
RNN Catering &Event Management Sdn Bhd
Office: 010-3672383 / 013-2829394 
Hotline : 016-873 4032 /012-325 2383

Email: sales.hotcatering@gmail.com 
IG  : hotcatering
Youtube : hotcatering
.
“Wedding Homestay” Tarikan Baru Buat Bakal Pengantin Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 24, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. everything covered in the package.. so convinient for the newly weds in wedding preparation... nice place to b in to plan wedding..

    ReplyDelete
  2. Ok ni menarik sangat-sangat. X payah sepahkan rumah.. kalau dewan cepat sangat dah kena keluar.. kalau rumah macam ni sempat lah nak berehat. i like..

    ReplyDelete
  3. Dah banyak pakej macam ni diperkenalkan ye tak..SA nyer kawan2 pun ramai yang pilih konsep macam ni..bagus sebab tak payah nak buat banyak kerja compare kenduri kat rumah kan?

    ReplyDelete
  4. Senang konsep macam ni. Maksu I nanti bulan Ogos ni nak kahwinkan anak kat Villa kat Bukit Jelutong. Konsep gini gak. Bila buat macam ni rumah tak berkecah la. Kat sini ada orang tolong kemas. Hehe

    ReplyDelete
  5. Untung nya sape ambik pakej dekat sini. Senang cuci kaki je. Siap dapat rebat 8k. Nasib baik dah kawen.

    ReplyDelete
  6. Menarik juga pakej sebegini, semua ada lengkap tak perlu fikir banyak-banyak. Ambil 1 pakej semua dah tersedia, mesti puas hati majlis resepsi macam ni. Keluarga pengantin pun happy.

    ReplyDelete
  7. Amboi meriahnya majlis open house ni dah macam kenduri kahwin jer hehehe tapi satu tempat mudah dan sangat membantu pasangan dan keluarga nak cari tempat yang selesa dan segalanya ada..

    ReplyDelete
  8. wedding homestays are super convenient. Family and relatives can relax and enjoy the even properly. No need to prepare so muc and cleaning after the event. so tiring. Great concept

    ReplyDelete
  9. bagus ade perkhidmatan macam ni, senang bakal pengantin tak payah nak pening-pening kepala untuk cari details untuk wedding mereka kan, harga pun rasa berpatutan

    ReplyDelete
  10. A one-stop solution center to for newlyweds, people should really consider this service, it's so convenient and location wise also very central.

    ReplyDelete
  11. Tapi yang tak syoknya kalau buat cam ni, mesti ada tetamu yang keliru rumah kita kat mana. Masing masing dah sedia maklum biasa buat kenduri di rumah

    Komen kena verify memang lecehlah

    ReplyDelete
  12. Salam Jumaat dari Ibu, singgah blog walking. Sekarang ni semua orang sibuk. Jadi nak senang saja. Nak buat kerja kahwin di rumah perumahan leceh. senang buat di sini

    ReplyDelete
  13. Anak maznee kecik kecik lagi. agaknya zaman tu orang buat kenduri kahwin ni macam manalah agaknya.

    sekarang pun orang sewa homestay. Ini pun lagi baik dari sewa hotel kan

    ReplyDelete
  14. sekarang nak senang cari tempat , kita bayar orang uruskan ikut kehendak kita..hehee..takdela penat sangat kan..tapi ni lagi bagus, siap ada bilik, dah macam buat dekat rumah sendiri ye..bagusla

    ReplyDelete
  15. First time dengar pakej Wedding homestay. Memang menarik ! Tak perlu fikir nak kemas2 rumah lepas majlis. Penat. Ambik je pakej nie selesai semua. Semuanya tersedia. Mudahlah nak kahwin zaman skrg nie

    ReplyDelete
  16. Bagus betul konsep wedding homestay sebab memudahkan para pengantin di luar sana Yang mencari lokasi perkahwinan mereka. Perlu juga homestay sebab nak kumpul family kan. Suka tengok dekorasi pelamin, meja makan, Dan semua lah sebab cantik sangat.

    ReplyDelete
  17. Hai.. Nak Tanya.. Selain homestay Di Shah alam, area tempat lain ada tak?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.