Keterujaan Ameer di Siri Jelajah Thomas & Friends Bersempena Big World! Big Adventures!


Selama lebih 70 tahun, Thomas & Friends™ dari Pulau Sodor telah menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia. Kini, Thomas bakal menjalani satu transformasi hebat dari segi kandungannya! Kereta api comel ini akan menjelajah ke seluruh dunia dalam Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures!. Siri TV baharu ini diberikan nafas baharu yang lebih menghiburkan, esklusif, 'lebih bermakna' dan global.

Dengan pelancaran siri terbaru ini Thomas menjemput peminat cilik-cilik mereka untuk meneroka dunia bersamanya di acara Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! yang sedang berlangsung di The Curve. Bermula dari10 pagi hingga 10 malam, pada 14 dan 26 Ogos 2018.

Dan saya tidak melepaskan peluang membawa anak-anak saya ke sini. Dan mereka semua seronok terutamanya Ameer yang sememangnya sudah banyak memiliki koleksi permainan Thomas & Friends!

Ameer bersama Thomas :-) Untuk pengetahuan semua dalam siri terbaru ini menyajikan jalan cerita yang lebih menarik dan memberi fokus banyak pada aspek fantasi, humor, kehidupan haiwan serta muzik.

Kita juga dapat lihat karektor Thomas & Friends bertambah dengan pembentukan kumpulan lokomotif  terbaru yang mana bilangan watak perempuan dan lelaki yang lebih seimbang iaitu Thomas, Gordon, James, Percy, Emily dan dua watak baharu, Nia dan Rebecca.

Ameer dan dunia Thomas & Friends

Dalam Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! Cita-cita Thomas adalah untuk mengembara sekeliling dunia dengan melalui pelbagai pengalaman serta cabaran merentasi padang pasir, hutan rimba dan gunung-ganang di Afrika, Brazil, Amerika Syarikat dan China. Disertai Nia, watak lokomotif perempuan dari Kenya memeriahkan kumpulan lokomotif ini. Dan siri ini kita akan akan dapat lihat Thomas bakal mengembara ke destinasi-destinasi yang lebih jauh untuk mengenali pelbagai budaya dan berkenalan dengan kawan-kawan baru dari negara-negara lain.

Ameer dan Yara bersama Nia dari Kenya

Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! Kisah Thomas yang sangat sesuai untuk tontonan kanak-kanak prasekolah untuk mengenali ciri-ciri unik kereta api. Selain itu terdapat banyak nilai moral yang ditekankan terutama tentang persahabatan dan bekerja dalam berkumpulan.

Anak-anak juga berpeluang menaiki lokomotif ini, dengan hanya melalui pembelian barangan disini mereka akan diberi boarding pass.

Yang bestnya anak-anak kita berpeluang bertemu dengan replika saiz sebenar Thomas dan teman-temannya, mengharungi halangan di Safari Hutan Nia, serta berkunjung ke Tembok Besar Yong Bao untuk bermain teka-teki.

Pelbagai aktiviti disediakan, antaranya seperti:-
Hutan Sesat

Melihat peta pengembaraan Thomas dan rakan-rakannya di sini

Cabaran dan halangan

Mengenali haiwan


Dan negara asal haiwan tersebut

Selain itu, anak-anak juga dapat menikmati video-video Thomas & Friends yang tidak pernah ditontoni sebelum ini di teater ‘mini beanbag’ yang selesa!

Mattel berganding tangan dengan The Curve untuk menjayakan acara ini, dan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran eksklusif di Centre Court sepanjang kempen ini. Setiap hari, 1000 orang kanak-kanak pertama yang berkunjung ke acara ini akan diberikan satu Pasport Thomas & Friends yang istimewa. Dengan melengkapkan pasport ini, mereka berpeluang memenangi satu hadiah Thomas & Friends.

Tambahan pula, pelanggan yang berbelanja RM120 dan ke atas untuk barangan Thomas & Friends boleh menebus sebuah beg alas mainan 2-dalam-1, dan menikmati Thomas Train Ride di sekitar Centre Court. Penebusan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada.


Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan The Curve berkata, “Cuti sekolah sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berseronok serta meneroka pengalaman baharu. Oleh itu, kempen Thomas & Friends, Big World! Big Adventures! pastinya akan memberi pengalaman mengujakan kepada mereka. Sebagai pusat beli-belah yang mesra keluarga, kami bertekad untuk menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Kami berharap cuti sekolah ini akan meninggalkan kenangan manis bagi semua, terutamanya ibu bapa serta kanak-kanak melalui acara yang kami sediakan di The Curve.”

Anak-anak boleh mengikuti kisah Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di saluran YouTube rasminya: https://www.youtube.com/thomasandfriends. Terdapat video-video baru termasuklah 5 video karaoke di samping beberapa video pengenalan teman-teman Thomas dari seluruh dunia, iaitu Nia, Yong Bao, dan Ace.

Antara aktiviti menarik ditawarkan di hujung minggu. Untuk keterangan lanjut mengenai Thomas & Friends Big World! Big Adventures! boleh layari laman Facebook Thomas & Friends yaaa.

Big World! Big Adventures!

Jom bawa anak-anak ke sini bersempena dengan cuti sekolah :-)
Keterujaan Ameer di Siri Jelajah Thomas & Friends Bersempena Big World! Big Adventures! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 15, 2018 Rating: 5

10 comments:

  1. Kalau budak2 sebesar Ameer dan Yara ni memang sesuai sangat ni Ayu. Warna2 Thomas and friends ni pun ceria. Ada pulak aktiviti kan?. I ingat lagi dulu...I join kan Dania aktiviti Disney ke Barbie ke....masa Dania kecik2 dulu. Hehe

    ReplyDelete
  2. waa best pulak nampak activity-activity yang ada kat event Thomas & Friends ni! Thanks for the info, nampaknya macam still sempat lagi ni kan if qeela nak bawak my kids pulak untuk try main join activities kat situ, mesti diorang seronok hehe.

    ReplyDelete
  3. wow. ohsem aktiviti semua ni.
    berminat sgt... konsep bermain dan belajar dibawakan oleh anak-anak.
    so, anak-anak ni excited la nak belajar kan. mcm motivasi gitu. thomas & friends plak tu, anak mana yg tak kenal figura tu semua.
    aida sgt suka bwk anak-anak tempat gini. tapi tu la, kekangan masa.

    ReplyDelete
  4. OWH Patut nampak ada kepala Thomas kt Curve Sabtu lepas..wajib pergi ni..anak2 peminat setia no.1 Thomas&friends

    ReplyDelete
  5. Last Week ada gak pi The Curve macam perasan kepala Thomas ni..hehehe tapi x amik tau pun.,.nampak tak sifat mak2 tu dah takde sebab anak dah besar panjang..anak buah SA si Opick suka la ni kartun Thomas & Friends..

    ReplyDelete
  6. Dulu kita selalu juga tengok kartun ini hehehe Thomas and Friends hehehe seronok tapi dah besar ni tak tengok masih ada lagi yer kartun ni hehehehe budak-budak suka lah...

    ReplyDelete
  7. Masa anak-anak bujang sis kecik..memang suka beli barang dr Thomas and friends ni. Tengok entry ni..rindu pulak zaman diorg kecik

    ReplyDelete
  8. wah bestnya main thomasandfriends... Bdk2 msti suka kan event mcmni.. Apatah lg klo dpt kwn bru mse ni... Bgus ada pgrm mcmni sbb mmbntu knk2 lebih aktif..

    ReplyDelete
  9. My first doter suka sht thomas masa diankecik2 dlu..asal pi toys r us ja apak dia kena paw si thomas yg kecik2 tu..pening apak dia..seronom tengok ameer enjoy event ni sebab si thomas n frens ni

    ReplyDelete
  10. Thomas and friends ni memang kesukaan kanak-kanak la kan kak. Pantang buka pasal Thomas and Friends, mula la berlari depan tv kekadang, tu baru TV, kalau datang tempat macam ni memang makin terhibur la budak-budakkan kak :D

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.