Saya dan Cik Lily Putih Telah Menyertai TefalXShopee Cookoff
Bila ada member tag mengenai peraduan ni dekat FB, haruslah beria hendak menyertainya. Apatah lagi penganjuran ini adalah kalaborasi antara 2 nama yang cukup hebat iaitu Shopee dan Tefal. Dan saya sendiri begitu sukakan pertandingan yang melibatkan skill memasak (walaupun sebenarnya, kalau masak setiap hari di rumah itulah hanyalah main campak2 segala bahan, hahaha).
Dan kali ini penyertaan perlulah berpasangan. Dan saya telah mengajak Cik Lily Putih untuk menyertai sekali memandangkan pada hari kejadian beliau agak 'free'. Dan paling penting, saya dan Cik Lily kami dah biasa berada dalam kumpulan sama dalam apa2 acara. Jadi senang, kita paham dia, dia paham kita, hahahahaha.
Seawal jam 11 pagi kami perlu berada di pejabat baru Shopee. Wah! Besar dan cantik. Yang kelakarnya, kami sebenarnya telah menerjah opis Shopee yang lama berhampiran The Gardens. Punyalah jauh berjalan. Bayangkan dari Utara kena patah balik ke Selatan. Tapi biasalah, kami anggap cabaran sebelum pertandingan. So boleh chill-chill dan gelak2 santai lagi.
Pejabat Shopee di bangunan baru ni sebenarnya memang betul-betul baru. Dan ianya dihubungkan dengan banguna Mid Valley. Masa kami sampai di tempat pendaftaran, ada masalah sedikit di kaunter pendaftaran. Mungkin berkait dengan sistem dan juga lif. Tetapi macam biasa, benda bila kita anggap positif so dia tidak memberi efek stress apa-apapun pada diri, gituhhh. Hahahaha.
Sampai di loaksi pertandingan, baru kami sedar yang kami ini datang tanpa barang persediaan untuk memasak. Ramuan untuk memasak ada tetapi alatan seperti tempat memotong, bekas untuk membancuh dan pelbagai lagi yang di luar jangkaan (tidak terfikir pulak, masa buat checklist barangan yang hendak dibawa).
Macam biasa bila ahli paskan ko jenis relaks dan aku pulak jenis optimis. Dalam gelak-gelak kami berjaya mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Bayangkan kitaorang sukat tepung, minyak sayuran dan telur dengan menggunakan plastik. Hahahahahah. Serius nama kumpulan Cikedaut (read : check it out) kena tukar jadi survivor. Sebab bagi saya sendiri masakan yang terhasil atas ciptaan dan buatan kita sebagai manusia. So kita yang buat, buat sampai jadi.
Masa mula sampai juga, kami agak rasa rendah diri juga bila dibandingkan dengan ahli kumpulan lain yang memang persediaan mereka begitu luar biasa. Selain daripada persiapan platting, jenis hidangan yang disediakan pun sangat gempak hokeh. Ada nasi mandy, nasi beriani, masakan Thai, crepe durian, roti jala dan sambal hijau dan pelbagai lagi.
Kitaorang rancang (sehari sebelum), nak buat pancake savoury (main dish), cup cake choc kukus dan smoothies. Yang seronoknya, beli bahan kat kedai pun kitaorang siap whastapps2 bagai (sehari sebelum, hokeh). Bajet yang diberikan oleh pihak penganjur maksima adalah RM150, Tibanya hari kejadian, kitaorang cuba yang terbaik memasak seperti biasa kitaorang masak untuk keluarga kat rumah.
So, kitaorang tak bawa bekas untuk membancuh kek dan pancake, ahaks. Nasib baik ada Tefal Periuk Nasi. Kitaorang gunalah sekejap bekas tu jadi tempat membancuh, hahahaha. Itu belum kira senduk nasi kitaorang guna sebab lupa nak bawa utensil memasak dari rumah. Aishhh... Struggle is real hokeh.
Part paling best! Kitaorang dapat belajar guna produk elektrik Tefal. Seriuslah memang mudah kalau ada produk Tefal ni kat rumah. Terutamanya Periuk Nasi tu, siap kitaorang boleh kukus 2 kali dan ianya hanya mengambil masa 30 minit untuk satu pusingan pengukusan.
Masa buat platting, untuk deko kek kukus tu, problem dengan whipped cream yang tidak cukup sejuk (maybe sebab kitaorang dah bawa keluar lama, so berada dalam suhu bilik) jadi bila guna tekstur yang keluar tak begitu cantik. Ini belum dikira tiba2 tempat nak press dia jadi stuck dan sebagainya. Begitu juga dengan sos cili thai (untuk touch up dekat pancake) secara tiba-tiba ianya tersembur keluar dari ruang botol. Adoihai. Cam biasa walaupun orang dah start count down, semua hidangan kena letak di depan...kita try sehabis baik!
Alhamdulillah selesai jer masak. Memang terus rasa lega giler. Tiba2 mood lapar menggila terus ada, hahahahah. Oh ya! Setiap ahli kumpulan diberikan masa kurang dari 5 minit untuk memberi penerangan secara ringkas tentang hidangan yang disediakan.
Dipendekkan cerita, semua peserta dan supporter diberi peluang untuk merasai semua hidangan yang disediakan oleh peserta pertandingan. Sempatlah saya merasa crepe durian dan nasi mandy. Sedap-sedap belaka.
Seterusnya kami dipanggil untuk berkumpul semua dan sesi pengumuman pemenang diadakan (majlis penyampaian hadiah). Tak sangka giler kumpulan Cikedaut (kumpulan saya dan Cik Lily) mendapat tempat kedua. Kejutan sangat!!! Siapa sangka masakan kami telah dapat menambat hati juri :-)
Bergambar kenanagan bersama pemenang yang lain :-)
Hadiah yang dimenangi (plus cash RM300). Yesszaaaa ada produk Tefal (feveret jenama ni).
Pengalaman menyertai pertandingan ini yang mahal sebenarnya. Apa yang penting melalui aktiviti seperti ini kita dapat mengenali dan mendekati produk Tefal lebih secara dekat. Tahniah juga buat Shopee atas penganjuran pertandingan memasak yang berjalan dengan lancar dan sukses.
Tengkiuuuuu million berdos-dos buat Cik Lily Putih yang sudi menjadi partner memasak. Yang terpaksa melayan aku jalan jauh2 sebab sesat bagai cari opis Shopee. Akukan confident tahap 7 petala langit. Hahahaha. Yang gegeh juga cari susu fresh milk bila pagi2 dah sampai dekat lokasi pertandingan baru perasan, susu kotak aku telah dirembat oleh anak bertuah buat sarapan, aishhh....hiks.
xoxo,
Saya dan Cik Lily Putih Telah Menyertai TefalXShopee Cookoff
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 08, 2018
Rating:
Best nyer!
ReplyDeleteKalu aida kat kl, sure aida nak join jugak ni.
Hadiah brg tefal tu yg ohsem!
Shopee & tefal, dua brand yg gah now.
Aida br lagi "bersama" shopee. Before this lazada aje hi hi hi...
sapa yang taknak kan kalau dah dapat tefal ni.Alhamdulillah..walau banyak halangan sebelum ni,akhirnya berjaya jugak menyediakan hidangan hebat ni...TAHNIAH kak
ReplyDeleteSape tak suka Tefal kan..semua wanita suka..SA pun sama suka..nak- nak SA suka memasak kan..well tahniah again kepada Ayu dan Cik Lily...both of u deserves it..
ReplyDeleteKalau kak ayu team up dengan kak lily, dah comfirm tau memang boleh menang nye lah. Dari dulu asyik nampak akak menang kalau masuk contest memasak hehehehe
ReplyDeleteTeam Survivor korang memang mantap. Serba kekurangan pun masih boleh menang something jugak. Kalau I sure gabra habis. Tahniah tau!
ReplyDeletesedapnya menu.. Walau tak cukup barangan still menang, kite salute lah korang dua. Lain kali kalau ada evebt camnie kena join reramai mesti gamat nanti dapur.
ReplyDeleteU ada partner yang tepat so, senang nak bekerjasama coz dah saling faham. Good job !
ReplyDeleteseronoknya dapat join event masak-masak bersama tefal dan tahniah sebab memang.. hebatlah Ayu dengan Kak Lily.
ReplyDeletepergh terbaikla..sukat guna biasa-biasa je..ni la namanya rezeki..kak ayu memang selalu rezeki menang contest ni..best dapat partner macam kak lily, tak stress..ahaha
ReplyDeleteTahniah korang! Tu baru satu hari prepare, kalau 3,4 hari prepare, bolehlah tapaw yg juara tu! ye, pengalaman tu yg paling penting kan.
ReplyDeleteTahniah buat akak dan kak lily..rezeki menang tempat pertama.nih semua tangan tangan ajaib nih.memang terror memasak ye.
ReplyDeletecongrats dear ayu!!! memang terbaekkk laaaaa kalau prepare betul2 sure tapau jd juara tuuuuu
ReplyDeleteDapat masuk pertandingan macam ni dengan kawan kawan pada maznee memang terbaik. Sebab ada memori indah untuk kita kongsi bersama sampai mati. Kalau menang itu bonus
ReplyDeleteMenarik tu, ada kawan yang sama minat memang seronok kan. Dapt buat banyak perkara sama sama.
ReplyDeleteMasuk pertandingan dengan kawan kawan macam ni memang best. Kalau menang itu bonus. Yang terbaik kita ada memori untuk di abadikan bersama
ReplyDeleteIbu doakan semoga anda berdua dapat banyak kenangan indah dalam penglibatan kali ini. Memang atau tak menang tak penting pun kan. Janji enjoy
ReplyDeletebukan senang nak dapat produk tefal tu.. mesti seronok mak mak kalau dapat. tefal memang best, berkualiti!
ReplyDeleteWow..best gila menang tefal uolls...
ReplyDeleteBoleh la masak mcm2 lagi kan lepas ni
Senanglah yah bisa partner bareng Cik Lyli. Apalagi jika sudah serung bersama dalam banyak hal pastilah sudah pada tahu diri masing masing jadi lebih bisa kompak lagi. Kereen...
ReplyDelete