Amalan Yang Saya Praktikkan Dalam Kehidupan Ameer Agar Tidak Dijangkiti HFMD

Saya memang galakkan Ameer untuk terus bereksplorasi dalam dunia kanak-kanaknya. Bermain dengan pasir, air sungai antara aktiviti yang dapat mendekatkan diri beliau dengan alam. Apatah lagi dapat beraktiviti bersama adiknya Yara, ini dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan hubungan antara adik dan abang. Momen membesar bersama-sama pasti kekal dalam ingatan.

 Menyentuh sendiri pasir dengan tangan adalah satu proses stimulasi pergerakan yang sangat membantu dari segi fisio tubuh badan. Anak-anak perlu tahu bagaimana rasanya apabila memegang sesuatu benda yang kasar, lembut dan sebagainya. Proses ini kita akan dapati melalui aktiviti seperti ini, bermain dengan pasir!

Namun tidak dinafikan, sebagai ibu saya juga sangat terkesan dengan isu semasa yang berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan. Ini terutamanya dengan kehadiran wabak HFMD (penyakit tangan kaki dan mulut). Statistik yang dikongsikan daripada kenyataan akhbar KPK 28 Ogos 2018 mendapati terdapatnya peningkatan kes HFMD dilaporkan daripada bulan Januari sehingga Ogos 2018, iaitu sebanyak 55391 kes berbanding pada tahun sebelumnya (2017) iaitu 24398 kes. Peningkatan sebanyak 27%.

Menyedari tentang bahaya penularan wabak HFMD ini, Antabax produk penjagaan antibakteria no. 1 di Malaysia telah memperkenalkan Antabax ABC (Amalan Bersih si Cilik). Dan Antabax sendiri telah bekerjasama dengan tadika R.E.A.L Kids untuk mendidik anak-anak kecil cara membersihkan tangan dengan betul. Selain itu ianya juga kempen kesedaran bagi ibubapa, guru-guru dan kanak itu sendiri tentang betapa bahayanya penularan wabak HFMD ini dikalangan masyarakat.

Saya juga mempelajari cara pembersihan tangan yang betul melalui kempen Antabax yang giat dijalankan sosial media seperti facebook. Seterusnya saya mempraktikkan amalan menjaga kebersihan ini kepada anak-anak saya terutamanya Ameer yang begitu aktif bereksplorasi. Dengan penggunaan pencuci tangan Antabax dapat membantu membasmi kuman sebanyak 99.9%. Sekaligus ini dapat mengelakkan Ameer dari mudah dijangkiti dengan kuman HFMD.

Selepas mencuci dengan sabun Antabax, tangan perlulah dibilas dengan air bersih berulang kali. Pastikan setiap celahan di jari benar-benar dicuci bagi memastikan tangan anak sentiasa bersih tanpa sebarang kuman durjana!

Jom bersama Ameer dan Antabax mempratikkan gaya hidup bersih dan bebas kuman :-)

Tiada HFMD,
Happy Famili!

Amalan Yang Saya Praktikkan Dalam Kehidupan Ameer Agar Tidak Dijangkiti HFMD Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 13, 2018 Rating: 5

17 comments:

  1. Bestnya ameer dapat bermain pasir. Dapat belajar terokai dunia luar.
    Memang ancaman luar iaitu HFMD tu sangat bahaya. Anak sy sendiri dah pernah kena.
    Langkah kebersihan lebih ketat lagi kena diambil.

    ReplyDelete
  2. Saya pun takut kak ayu nak bawak anak keluar jalan jalan masa kes HFMD hari tu. Sekarang baru ok sikit rasa nya nak bawak dia keluar. Itu pun macam macam jenis precaution buat

    ReplyDelete
  3. wabak HFMD ni memang senang sangat merebak. dulu masa zaman kita budak2 pun pernah alami juga HFMD ni. sampai sekarang masih boleh ingat lagi rasa seksa nya macam mana sakitnya tu. bagusla sekarang ada sabun2 antibakteria mcm antabaks ni. zaman dulu takde smua benda ni. hah, duduk la dalam bilik sorang2 kene kuarantin.

    ReplyDelete
  4. yeah important to take care of hygiene. kids can start learning to take care self at early age, my son too use this Antabax for handwash.

    ReplyDelete
  5. Memang pentingnya kebersihan untuk persekitaran anak-anak. Anak-anak dah kena ajar dari kecil cara penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan dengan betul.

    ReplyDelete
  6. Masa HFMD ni mula merebak ke negeri2 Malaysia, rasa risau. Lagi2 bila adults pun ada yang kena juga. Bagus tips yang dikongsi ni. If only ramai ibu bapa yang praktikkan.

    ReplyDelete
  7. Masa pHFMD tengah menular bulan lepas, cuak gak. Tang tang tu gak jaga kebersihan anak&diri sendiri gila2..semua tips nak elak HFMD memang hari2 dok amalkan..tapi bila dah reda sikit ni, macam nak tak nak je amalkan hahah

    ReplyDelete
  8. Sebagai ibu, memang risau sangat tentang wabak HFMD ni, di rumah walaupun sekadar bermain di halaman rumah. Saya akn pastikan mereka basuh kaki dan tangan walaupun tidak bermain kotor.

    ReplyDelete
  9. yes thn ni wabak ni mcm melampau berleluasa.
    izzat demam, doktor siap-siap cek tanda-tanda wabak ni tau. takot jugak la aida.
    alhamdulillah demam biasa.
    yes, kebersihan tu nombor 1.
    aida guna mandian antabax tau. sabun cuci tgn takde la plak hi hi hi hi... pakai axion aje!
    dari kebersihan baru la menjana kesihatan yg abadi.
    baru la badan kita kuat dari terkena wabak sebegini. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  10. Betul tu..dunia anak2 memang best..kesian kalau halang diaorg explore dunia tersebut. Mcm sis dulu pun cam tu gak..buatlah apa yg nak buat tapi kena jaga kebersihan lps main macam2. La ni bagus sb dah byk produk boleh bagi kebersihan yang maksimum

    ReplyDelete
  11. Zaman sekarang ni memang penting ajar anak-anak kecil untuk jaga kebersihan sebab penyakit sekarang makin mengganas tak kira kat mana sahaja dah boleh kena terutama budak kecil. Kita sendiri pun selalu lepas buat apa2 aktiviti akan basuh tangan untuk menjaga kebersihan hehehehe..

    ReplyDelete
  12. Zaman sekarang mcm2 penyakit cepat je merebak.anak2 paling risau la klau kena sakit. Liez mmg akan suruh anak2 basuh tgn tiap kali main xkira dlm rumah atau luar..

    ReplyDelete
  13. Bila HFMD tular, ramai parents risau. Stop kan pelbagai aktiviti anak2. Kesian jugak tengok dorg kne kuarantin. Sangat setuju, setiap kali lakukan apa2, mesti kne basuh tangan sebersih2 nya menggunakan sabun supaya kuman2 itu mati

    ReplyDelete
  14. Penjagaan kebersihan tangan mmg penting untuk pencegahan HFMD. Sy pun memastikan ank2 sy mencuci tangan sblm dan slps makan atau pengunaan tandas.

    ReplyDelete
  15. Bila dah jadi seorg mama nie mmg mendi kerisauan utk pastikan anak kekal sihat.. bila dgr pasal HFMD nie mmg buat AM takut.. lega bila ada sabun antibakteria ini sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran AM.. sentiasa ingatkan anak2 AM utk basuh tgn selepas bermain dan sebelum mkn..

    ReplyDelete
  16. i think it's so important to teach young kids the importance of hygiene.. a lot of parents take for granted the simple things like washing hands which can make a big difference to our health

    ReplyDelete
  17. Huda pun suka bawa anak-anak teroka dunia luar bermain dan meneroka alam semulajadi. Kebersihan diri dan anak2 pasti jadi keutamaan untuk elakkan penyakit berjangkit

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.