Buffet Makan Tengahari di Club Lounge, Grand BlueWave Hotel Shah Alam Memang Best!



Menikmati hidangan makan tengahari secara bufet di Club Lounge, Grand BlueWave Hotel Shah Alam memang memberi kelainan. Club Lounge yang terletak di tingkat 18 ini menawarkan hidangan masakan yang inovatif dan terbaik istimewa dari chef-chef yang cukup berpengalaman.

Kita boleh memilih pelbagai juada enak samada masakan beratataupun ringkas. Antaranya seperti Open Face Sandwich, Assorted Cheese Platter, Cold cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetables
Crudités, Caprese Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad dan Orzo Pasta Salad
with Roasted Baby Roma and Basil.

Stesen hidangan makanan laut adalah antara pilihan yang paling popular sini. Ianya menyediakan masakan hidupan laut terbaik dengan pelbagai jenis udang, ketam, kerang dan banyak lagi. Setiap gigitan memberi rasa yang tidak dapat digambarkan - kesegaran isi hidupan laut dirasai terus didalam mulut! Nyummmmy

Tidak ketinggalan Tom Yam Udang Gaya Masakan Cina yang dinikmati bersama Cheese Bread Croutons. Hidangan seperti Kambing Bakar, Beef Wellington dengan Citarasa Itali, Sosis BBQ Panggang, Beef Wellington with Italian Seasoning dan Juicy BBQ Ribs.



Selain itu terdapat juga sajian yang digemari masyarakat setempat seperti Nasi Bukhara, Udang Masak Mentega, Brokoli dengan Cendawan, Ayam Kuzi Briyani, Daging Masak Merah,Nasi goreng nanas, udang goreng, Brokoli goreng, ayam  pandan dengan sos Khas Daging Goreng Cili Padi Daun Limau Purut, Nasi Pakistan, Udang Harissa, Ayam Kofta dengan Lada Benggala & Bawang, Kambing Bakar Nyonya Style, Sayur Kailan Goreng dengan Ikan Asin, Pasta dengan Sos, Bamia Okra & Sos Tomato dan Seabass Grilled dengan Sos Lemon Mentega.


Mengalami lebih banyak rasa di seluruh dunia seperti Chicken Cordon Bleu, Mussel Creamy
Au Gratin, Smoked Salmon Quiche, Pasta Aglio Olio, Pizza Satay, Baked Meatball Cheese,
Nachos, Bolognese Sauce, William Potato, Grilled Chicken Thigh with Sauce, Mussel Smoked
BBQ, Grilled Salmon with Capsicum Sauce, Baked Pasta Melted Cheese, Pizza Arabiata,
Meatloaf Tomato Coulisse, Nachos, Bolognese Sauce, Homemade Wedges, Pasta with Sauce
Grill Seabass with Lemon Butter Sauce, BBQ Chicken Wing dan kegemaran semua orang iaitu sushi.











Semua nampak sedap-sedap bukan? Hehehehe....

 Dan bagi saya sendiri pencuci mulut seperti kek, puding dan pastri dari Hotel Grand Bluewave adalah antara yang terbaik. Semua sedap-sedap!







Harga: RM85.00 + seorang
Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa: 12.00 tengah hari - 2.30 petang
Tempat: Club Lounge, Aras 18
Pengurus Hotel: Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Chef Incharge (Senior Chef De Cuisine): Chef Al-Hafiz Bin Redzuan

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Telemarketing di 03-55111833 ext. 2723, 2724, 2606 atau terus e-mel ke telemarketing@bluewavehotels.com.

Boleh lawati laman web untuk info lebih lanjut www.bluewavehotels.com
Buffet Makan Tengahari di Club Lounge, Grand BlueWave Hotel Shah Alam Memang Best! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 08, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.