Jalan-Jalan di Singapura : Part 2 (Last)

Hari kedua. Bangun pagi-pagi, selesai sarapan, bersihkan diri dan lain-lain, kitaorang terus plan nak berjalan. Walaupun sebenarnya kami kena check out pukul 12pm tapi still terasa nak explore kawasan sekeliling hotel dulu. Sebabnya kami akan berjalan ke kawasan lebih jauh lepas check out alang-alang dah kena tunggu van yang akan datang pick up dalam pukul 6pm di hotel untuk dibawa ke airport.

So destinasi paling dekat adalah City Square Mall. Kiranya kalau jalan kaki dari hotel lebih kurang 10 minit dah sampai.
Berada di dalam mall ni takdelah rasa beza sangat kalau dibandingkan dengan mall sebelum ni yang pernah saya terjah (terutamanya di Malaysia). Outlet pun dari jenama yang boleh juga kita dapatkan di Malaysia. Contohnya seperti Uniqlo, Smiggle, Decalthon dan pelbagai lagi. Cuma saya agak tertarik juga dengan rekaan outlet untuk Food Republic yang memaparkan dekorasi ala-ala kedai lama. Unik dan cantik.

Dedet ni kegilaannya pada buku sejak lahir agaknya. Pantang nampak kedai buku, memang dia ajak masuk. Tapi seleksi buku kat sini biasa jerlah. Nak kata murah, kalau dah convert duit kita. Jauh murah lagi yang di jual kat Malaysia, hahahahahaha.

Dalam banyak kedai, ini antara yang unik dan pelik. Mula-mula ingat kedai toys. Tapi bila tengok dekat-dekat ianya kedai makan. Yang uniknya terdapat banyak objek/bentuk makanan dan minuman yang hanya sekadar untuk dipamerkan. Tapi saya rasa kalau makan kat sini dia macam ada poin atau token. Untuk sejumlah tertentu kita boleh tukarkannya dengan hadaih permainan yang ditawarkan. 

Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari hotel kitaorang melali banyak hotel-hotel khas untuk backpackers, cafe antik dan unik dan kedai-kedai makanan cina ala street food. Antara yang saya sempat snap gambar adalah cafe ini.  Druggist! Yerp ni cafe sebenarnya dan dibuka pada  waktu malam jer. 

Lepas check out dari hotel pukul 12pm. Kitaorang teruskan misi pertama iaitu mencari Sup Tulang Merah.Boleh baca dekat entri INI :-)  Google, ramaii yang rekomen kedai M.A Deen Biasa yang kebetulan lokasinya tidak jauh dari hotel kitaorang. Tapi jalan kaki dalam 15 minit jugakla.

Lepas tu bermula misi jalan-jalan tengok pemandangan Singapura. Di belakang Jalan Sultan adalah antara kawasan yang cukup popular satu masa dahulu iaitu Jalan Sultan dan kini lebih dikenali sebagai Jalan Bussorah. Dan ini adalah kawasan Kampung Glam yang mana dikatakan pada masa dulu tempat berkumpulnya orang yang hendak pergi mengerjakan haji/umrah

Apa yang saya perasan kat sini terdapat banyak restoran arab dan kelihatan ramai pelancong yang datang untuk menikmati masakan arab. 

Dan di sini juga terdapat beberapa kedai yang menjual cenderahati Singapura. Contohnya seperti t-shirt, fridge magnet, beg dan pelbagai lagi. Harga bolehlah tidak terlalu mahal sangat. Antara kedai cenderahati yang saya rekomen adalah Salmin & Co. Pemiliknya adalah pasangan pakcik dan makcik yang agak berusia juga.

Ini adalah Masjid Sultan. Antara masjid tertua di Singapura. Cantik dan terjaga biarpun bangunan lama.

Niat lepas itu nak pergi makan Murtabak Singapura di Restoran Zam Zam (betul ke nama restoran ni ehh), berdekatan dengan Masjid Sultan. Tapi perut masih kenyang lagi, biarpun dah beria berjalan. Mungkin penangan makan beria Sup Tulang Merah, hahahaha.

Masa berjalan-jalan secara tiba-tiba Dedet excited sebab dia ternampak satu bangunan yang jika kita lihat dari jauh nampak sangat nipis seperti sekeping papan yang besar. Ilusi optik katanya. Korang perasan tak? 

Tapi suka jalan-jalan kat kawasan di sini sebab ada banyak port yang menarik kita boleh berOOTD. Terutama mural kat sini semuanya jenis warna-warna ceria.




Dedet pula rajin sangat jadi tukang amik gambar, hahahaha. So bini dia ON jer nak berposing bila-bilapun, hiks.

Ya ampun, kehijauan bandar memang mempesonakan. Saya memang suka sangat konsep kehijauan di bangunan-bangunan esklusif di bandaraya. 

Bangunan tinggi memang dah bias akita jumpa d bandar-bandar besar. Tapi kelainannya ialah rekaan bangunan tersebut. Selfie dengan bangunan pun jadikkkkk...hahahahaha

Dedet memang sukalah jenis tengok bangunan pelik-pelik rekaan macam ni. Ambil sebagai inspirasi ke apa tak tahuler. 

Ni pun agak klasik bentuk bangunannya. Sebenarnya banyak lagi bangunan cantik di Singapura. Tapi jalan yang kami lalui hanya terjumpa bangunan-bangunan ini (kebetulan sebetulnya) dan ada juga yang tidak diambil gambar (paham-pahamla kalau berjalan kadang2 malas juga asyik nak pegang phone, huhuhu).

Jalan-jalan akhirnya samai ke Bugis Junction. Mall yang agak besar jugaklah bagi saya. Tapi bagi saya secara personal, dekat area sini tak adalah best mana sangat. Setakat jalan-jalan cuci mata bolehlah. Banyak kedai baju jenama yang biasa kita dapat kat mana-mana outlet di Malaysia. Restoran pun banyak, tapi tak adalah menarik sangat

Cuma bila berjalan balik nak ke MRT Bugis Station kitaorang terjumpa satu kiosk yang menjual tau fufah yang agak menarik. Sebenarnya ada pilihan yang boleh kita letak topping macam kacang, raisin dan sebagainya...Tapi saya amik yang plain tanpa topping. Dan seriusly sedap giler! Dia tak macam tau fufah yang biasa makan kat Malaysia yang kena letak air gula bagai. Ini memang rasa macam dadih tapi isi dia cukup lembut. Rasa manis pun cukup sederhana. Makan pula sejuk-sejuk...perghh

Ni alamat kedai dia...Boleh delivery hokeh...

Memang dah plan untuk aktiviti jalan-jalan hari ini kitaorang nak try naik mrt kat Singapura. Sebab berdekatan hotel ada stesen mrt, jadi inilah peluangnya nak merasa naik biarpun sekali, hahaha.

Dedet agak kekok sikit guna mesin ni. Mana taknya kat Malaysia pun tak pernah naik mrt hahahahaa...Naik lrt pernahlah tapi itu dulu lamanya..Mujur bini dia dah expert tang-tang beli tiket ni, heheheh

Tadaaaaa...beli 2 tiket satu hala dari stesen Bugis ke Bendemeer.

Tak banyak beza rasanya sistem mrt Malaysia dan Singapura.

Bergambarlah sekali kat sini kan..hahahahahahhahaha...Cam jakun pulak hahahahahah

Tapi antara yang menarik di Singapore adalah terminal kapal terbangnya (Changi Airport). Sangat bersih, kemas dan tersusun. Saya sangat teruja dengan dekorasi yang ada di sini. Cantik!! Kiranya kalau datang awal dan lepak dekat airport pun no hal, hehehe. 

Bye-bye Singapore. Moga berjumpa lagi :-)

Jalan-Jalan di Singapura : Part 2 (Last) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 26, 2018 Rating: 5

21 comments:

  1. Bila baca entry ni, semakin membuak2 pulak nak datang singapore. Banyak tempat menarik. Insyaallah nanti memang nak pergi, dah jatuh cinta

    ReplyDelete
  2. Syok jugak. tak pernah lagi pergi singapore. Yang gambar bangunan nipis tuh dua tiga kali tengok sebab macam x caya je..memang nipis sesangat. haha

    ReplyDelete
  3. Eh eh, macam plan pulak. Saya pun bulan lepas baru je ke Singapura saja jalan-jalan dengan family kat sana. Senang naik public transport je.

    ReplyDelete
  4. waa bestnyaa jalan2 kat Singapore! mural dinding tu mmg cantik betul, and yes bangunan diorang banyak yg unik2 kan! Airport tu dah mcm mall or hotel yg grand pulak tgk, cantik & bersih! 😃

    ReplyDelete
  5. Bestnya kak ayu..Cantiklah changi airport.xtaw la bila boleh pergi singapore ni.

    ReplyDelete
  6. Syok tgk u byk posing2 hehe i dh byk kali gak pegi spore ni tp lom lg posing kat tmpt byk2 mural kalerful tu hehe

    ReplyDelete
  7. wow mamang best tgk sis pergi singpore ni..mmg nak sangat pergi...tapi sangkut dekat imegresin sebab hutang bank hehe...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bangunan2 tu..unik plak..mcm kt jepun pun ada..saya kalau nak ke spore nanti saya nak serbu sup tulang racun ka apa nama dia..mcm best ja..btw xpernah sampai lagi spore...teringin gak!

    ReplyDelete
  9. Bestnya Singapore , bersih dan cantik . Suka art di dinding tu , untuk orang yg suka bergambar mmg torbaik

    ReplyDelete
  10. Singgah kat kampung I gak ek? Hehehe. Rawlins paling suka travel guna MRT sebab senang nak ke mana-mana kan.

    ReplyDelete
  11. dah banyak banyak lama i tak pergi singapore.. kena plan untuk pergi singapore..

    ReplyDelete
  12. Bestnya kak jalan2. Kte ritu jalan2 tak banyak sangat tempat kte terjah. Eh! Taufu fah tu sedapnya kak..terliur lak kte tengok hahah kena gi cari gak la kat sana ni!

    ReplyDelete
  13. Amboiii kemain honeymoon awak ekk, posing sana posing sini gitu, nasib baik cik abang dok layankan..hehehe. Memang best kan di singapore ni, macam2 tempat leh gi..sis ni walau selalu ke sana, still masih banyak lagi tempat yang sis belum sis terjah.

    ReplyDelete
  14. Singapore negara jiran Yang best juga untuk dilawati. Tapi sebab currency je kan. Sana banyak juga tempat menarik yg boleh lawati.

    ReplyDelete
  15. Ibu kurang minat nak jalan jalan pergi negara jiran kita ni. Macam tak berbaloi sebab harga mahal lepas tu tempat kecil. Kalau Ibu jalan jalan suka tempat semulajadi. Tapi tak apalah kan.

    Kita semua ada citarasa sendiri.

    ReplyDelete
  16. Bestnya. Teruja baca dari mula sampai habis.
    Permandangan nya pun cantik. Bersih je kawasan disana.
    Bila la nak merasa jalan jalan tempat orang ni kan. Hehhe

    ReplyDelete
  17. yey, memang suka dgn airport diorg..walaupun yg tambang murah je, tapi ada class! ..eh rajin korang jalan kaki satu SG..

    ReplyDelete
  18. Tengok kak ayu pergi tempat dia menarik pulak ..yang kawasan ootd tu..hehehe..colourful..cantik..singapore memang banyak tempat menarik ye..haishh nak keme pergi ni

    ReplyDelete
  19. menariknya! rindu nak jalan2 ke singapura. dulu pernah pegi masa conference tapi sehari je. sempat la jalan2 kejap dekat kawasan masjid sultan tu. next time nak bercuti puas2 dkt sane. tempat die bersih sangat kan?! :)

    ReplyDelete
  20. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...

    Juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219

    *Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.