Olahkan aspirasi seni menjadi inspirasi kejelitaan dengan Mark.

Mark? Pertama kali macam kompius juga. Eh! Jenama ni dah ada di pasaran Malaysia? Hebat!

Dalam karya seni, sebuah kanvas kosong memberi ruang untuk kreativiti dan ekspresi diri melalui pelbagai rona, bentuk dan tekstur. Dalam mekap, wajah kita sebenarnya adalah ialah kanvas (Simbolikkan!!). Bagi mewarnai dunia kanvas wajah kita, Avon jenama yang cukup tersohor di pasaran dunia kecantikan telah melancarkan jenama mekap global terbaru, Mark. yang mampu memberi kuasa seni kepada pengguna dan memberi ilham kepada pencinta mekap tegar untuk mencipta karyanya tersendiri. Clap clap clap


“Mark. melambangkan trend kecantikan golongan milenial yang ekspresif, dan ini menepati aspirasi syarikat untuk menjadi jenama kecantikan paling diingati belia, terutamanya penggemar mekap,
” kata Onur Erdinç, Pengurus Besar Avon Malaysia.


Mark. menginspirasi wanita untuk meraikan identiti diri dengan mekap terkini, rona trendi, tekstur yang inovatif dan alatan tepat. Mark. mempunyai segala yang penggemar mekap perlukan untuk mengekspresi dirinya, dari pilihan gincu yang mengubah warna serta-merta, hinggalah ke semburan wajah yang menyempurna mekap.


Rangkaian kosmetik Mark. menawarkan 18 konsep baru: warna bibir berkemasan ‘matte’, gincu berpigmen tinggi yang berkrim, gincu pengubah warna dasar, 4 penggaris mata dan kening berinovatif, 3 maskara, bedak kontur dan ‘highlight’, pemerah pipi, cecair asas, bedak padat, palet pembayang mata yang boleh dipakai kering atau lembap, primer serta semburan penyempurna mekap.

Mr Steven, Mr Onur bersama model yang ditatarias menggunakan produk Mark mengikut tema dan kesesuaian koleksi pakaian yang digayakan.

Pelancaran Mark. turut memperkenalkan edisi terbaru keluarga jurusolek profesional Avon, Steven Sunny yang merupakan jurusolek selebriti terkemuka Malaysia.

“Identiti Mark. sememangnya menepati perspektif profesional dan peribadi saya tentang mekap dan seni. Saya amat teruja untuk mencipta dan berkongsi karya teragung Mark. bersama semua,” ujar Steven.


Bersempena dengan pelancaran Mark. di Malaysia, Avon telah menyedikan pelbagai aktiviti seperti bengkel demo, kaunter jualan dan pelbagai lagi ruang legar (tengah) The Curve Kuala Lumpur, bermula 20.9.2018 sehingga 23.9.2018. Kalau korang berkesemptan jom datang ke sini dan melihat produk Mark. secara dekat.

Olahkan aspirasi seni menjadi inspirasi kejelitaan dengan Mark. yang kini telahpun berada di pasaran mulai 1 September 2018. Untuk mendapatkannya, sila hubungi Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara.


Banyak promosi mengenai produk Mark. di Avon tau :-) 

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.shop.avon.my
Wow weee ada 8 warna menarik untuk dicuba,
Mark. mengekspresikan penampilan agar lebih bergaya!
   
Olahkan aspirasi seni menjadi inspirasi kejelitaan dengan Mark. Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 22, 2018 Rating: 5

10 comments:

  1. Wow..kosmetik baru laaa..bestnya..ok nak terjah The Curve..mesti best ni

    ReplyDelete
  2. Wow boleh tahan harga dia , warna pun cantik-cantik dan banyak choice , kena pergi try kot berkenan

    ReplyDelete
  3. Berkenannya dengan koleksi lipstik matt ni. Tak pwenah dengar jenama ni, tapi nmpak hebat lah. Harga pun tak lah mahal sngat. Mampu milik

    ReplyDelete
  4. wahh aneka pilihan warna ya! produk baru dari avon, rasanya antara jenama yang terkenal ni. Bolehlah buat hadiah untuk mak atau kakak. Mesti diorang suka ni. Haha

    ReplyDelete
  5. Produk baru avon.
    Lama x belek katalog avon.
    Sgt lama. Pernah jadik pengguna lipstik avon lama!
    Any jenama bwh avon, sure bagus.

    ReplyDelete
  6. wow, nice color! recently i also want to get a lipstick for event used. added into wish list :))

    ReplyDelete
  7. MARK ni jenama baru ye.Nampak best je koleksi warna lipstik2 dia hehehe.
    Boleh pergi usha lepas ni hehehe

    ReplyDelete
  8. Orang seni memang halus jiwanya dan indah bahasanya. Sensitif budinya dan baik tutur bicaranya. Itu kalau di dalami seninya.

    ReplyDelete
  9. la ingatkan marker tadi. rupanya make up. nampak cantik dan attracting betul warna2 gincu tu. makin cantikla sis nanti

    ReplyDelete
  10. ohh baru tahu mark ni product baru avon. mcm best je makeup makeup dia. hehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.