Sajian Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2019 di Sime Darby Convention Centre
Tahun Baru Cina yang diraikan setiap tahun memang meriah. Apatah lagi budaya makan besar bersama keluarga adalah antara acara yang ditunggu-tunggu seisi keluarga. Seperti biasa akan terdapat pelbagai pilihan menu hidangan yang menarik yang ada ditawarkan di restoran-restoran makanan cina. Dan saya sebagai peminat masakan cina sangat rekomenkan Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre (SDCC). Ini kerana setiap tahun hidangan yang ditawarkan sempena Tahun Baru Cina tidak pernah mengecewakan. Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan parking yang banyak. Begitu juga dengan fasiliti asas seperti bilik air dan ruang solat turut disediakan dalam sentiasa berada keadaan kemas dan bersih.
Hidangan makan malam CNY dan baucar bufet hanya sah untuk dibuat penebusan pada 4 Februari 2019, bermula dari jam 6 malam hingga 10 malam. Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan segala kesulitan.
Disediakan juga bilik lebih privasi di Restoran China Treasures bagi acara dan sambutan yang ingin dilaksanakan secara privasi dan esklusif. Untuk pengetahuan semua, Restoran China Treasures dibuka setiap hari pada hari berkerja ketika waktu makan tengahari bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 p.m. Manakala untuk cuti umum dan hujung minggu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang. Dan persembahan muzik akan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Bagi orang muslim tidak perlu berasa was-was memandangkan restoran ini telahpun mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semestinya suasana akan lebih meriah jika dapat hadir dengan ahi keluarga untuk menikmati hidangan istimewa di sini kan. Oh ya! Restoran ini juga boleh menampung sehingga 200 orang, dengan enam bilik makan privasi yang boleh menampung diantara 8 hingga 70 orang.
Jamuan Tahun Baru Cina di SDCC sudah boleh dibuat penempahan ya. Ianya ditawarkan dalam harga per pax ataupun penempahan berkumpulan samada untuk 1 meja adalah untuk 10 orang tetamu ataupun 1 meja untuk 5 orang tetamu. Menariknya ditawarkan juga harga "early bird" yang memberi lebih banyak penjimatan.
Jamuan Tahun Baru Cina di SDCC sudah boleh dibuat penempahan ya. Ianya ditawarkan dalam harga per pax ataupun penempahan berkumpulan samada untuk 1 meja adalah untuk 10 orang tetamu ataupun 1 meja untuk 5 orang tetamu. Menariknya ditawarkan juga harga "early bird" yang memberi lebih banyak penjimatan.
Harga voucher yang ditawarkan adalah adalah seperti berikut:-
*Lebih awal membuat pembelian voucher, lebih penjimatan diperolehi
Harga Per Pax
Oktober - RM60 nett
November - RM70 nett
Disember - RM80 nett
Januari /Febuari - RM98 nett
Harga Untuk 1 Meja 5 Orang
Oktober - RM498 nett
November - RM598 nett
Disember - RM698 nett
Januari /Febuari - RM888 nett
Harga Untuk 1 Meja 10 Orang
Oktober - RM698 nett
November - RM798 nett
Disember - RM898 nett
Januari /Febuari - RM1388 nett
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi China Treasures di 2089 3788 / ataupun melalui emel chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com dan untuk pertanyaan boleh hubungi di talian 2089 3688 / enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com
Sajian Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2019 di Sime Darby Convention Centre
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 27, 2018
Rating:
So fast CNY d.. hehehe.... The menu looks great.. yummy food served.. good one..
ReplyDeleteBaguslah ada sijil halal, muslim tak ragu-ragu nak cuba chinese food di sini. menu-menu semua nampak sedap dan unik. Teringin yer nak cuba.
ReplyDeleteDah start CNY promo erk..bestnya semua hidangan tu ha...terus teringin..nanti nak cuba juga la..
ReplyDeleteAnother 4 months to CNY and never expect restaurant start their promo now. Good to buy the vouchers early to save more.
ReplyDeleteSebegini awal dah promo CNY. Power sangat SDCC nie. Makanan dia plak memang always on point dan lazat. Sedap kan
ReplyDeleteNampak sedap dan yang penting halal. kita orang muslim pon boleh enjoy sekali makan masa CNY. hehe tapi tuhlah awal nau dia punya promosi kihkih
ReplyDeletewaa bestnya makan2! Sedapnyaa nampak semua makanan2 yg ada tu, terus tasa craving nk mkn chinese food pulak hehe. Nanti kalau ada nk family dinner or anything bolehlah usha2 kat sini since dah start promo tu kan hehe.
ReplyDeleteMemang sedap betul makanan dia..sis memang ada jugak lah beberapa kali makan kat sini..tak pernah mengecewakan.
ReplyDeleteAwal betul keluar menu utk tahun baru cina next year hahahaha.Bagus betul sime darby ni hehe.
ReplyDeleteTak pernah tak baguslah pendek kata hehehe
Perghhh awainya kluar sajian CNY utk 2019 ni..
ReplyDeleteMmg gempak ni cita dia
I teringin nknrsa yee sang tu...
Sdap tak?
Eh, dah ada food review untuk CNY ke?? awalnya... Tapi kan kalau kat Sime Darby ni memang tak boleh disangkal lagi. Selalu full house sebab food kat sini sedap...
ReplyDeleteMemang jauh lagi perayaan tahun baru cina kan. Dah ada promosi untuk makan makan besar ya. memang awal persiapan. Sis, nak komen dalam blog ni agak susah sebab nak kena verify gambar tu. Internet lambat.
ReplyDeleteDah lama xmkn sajian makanan chinese mcm ni.. dulu masa kerja dgn hotel mesgi ada jamuan makan dgn boss setiap tahun.. mmg selera tgk menu2 ni.. terliur pulak.. bila la dpt makan mcm ni lagi..
ReplyDeleteEh awlnya promosi makanan utk CNY. Lia suka makan Yee Sang tapi susah nak cari Yang halal. Nak Cuba makan kat sini lak. Kena book awal2 ni taknak terlepas.
ReplyDeleteWaaa.. Kat mana ni. Nampak meriah je.
ReplyDeleteSesekali bertukar selera ya. Apa salahnya kan.
Lagi lagi bagi mereka yang suka mencuba menu baru.
Wahhh dah ada menu utk CNY next year! Bagusnya dia wat marketing hehe awal-awal dah buat..menu pun tan Allah nampak menarik sgt..yang penting halal kan?
ReplyDeletelamanya tak makan makanan macam ni.. kalau ramai2 mesti best kan? chinese food memang sedap. lepas tu kalau musim CNY lagilah meriah
ReplyDeleteAwal betul sis sambut Tahun Baru Cina ya. Hehe. Bagus betul depa buat marketing awal2 macam ni. Kena book awal2 lah macam ni hehe
ReplyDeletemasakan cina semua sedap2 sis, kalau rajin nanti boleh singgah sini..menu die mmg best ni
ReplyDelete