Sajian Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2019 di Sime Darby Convention Centre

Tahun Baru Cina yang diraikan setiap tahun memang meriah. Apatah lagi budaya makan besar  bersama keluarga adalah antara acara yang ditunggu-tunggu seisi keluarga. Seperti biasa akan terdapat pelbagai pilihan menu hidangan yang menarik yang ada ditawarkan di restoran-restoran makanan cina. Dan saya sebagai peminat masakan cina sangat rekomenkan Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre (SDCC). Ini kerana setiap tahun hidangan yang ditawarkan sempena Tahun Baru Cina tidak pernah mengecewakan. Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan parking yang banyak. Begitu juga dengan fasiliti asas seperti bilik air dan ruang solat turut disediakan dalam sentiasa berada keadaan kemas dan bersih. 

Untuk Tahun Baru Cina (CNY) 2019, antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti; Fortune "Yee Sang" with Golden Sea Whelk & Golden Corn, Double Boiled Chicken Soup With Dried Scallop Wild Red Mushroom & Cordyceps Flower, Steamed Lotus Leaf Chicken, Steamed Sea Grouper With Premium Soy Sauce & Golden Garlic, Baked Crystal Prawns With Nyonya Sauce in 'Nanyang' Style, Braised Black Moss Roll & Bean Curd Puff With Seasonal Vegetables, Steamed Rice With Baby Abalone Dried Octopus, Yam & Mushroom, Chilled Snow Lotus & Ginseng Root With Red Dates & Dried Longan.
















Hidangan makan malam CNY dan baucar bufet hanya sah untuk dibuat penebusan pada 4 Februari 2019, bermula dari jam 6 malam hingga 10 malam. Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan segala kesulitan.

Disediakan juga bilik lebih privasi di Restoran China Treasures bagi acara dan sambutan yang ingin dilaksanakan secara privasi dan esklusif. Untuk pengetahuan semua, Restoran China Treasures dibuka setiap hari pada hari berkerja ketika waktu makan tengahari bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 p.m.  Manakala untuk cuti umum dan hujung minggu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang. Dan persembahan muzik akan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 

Bagi orang muslim tidak perlu berasa was-was memandangkan restoran ini telahpun mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semestinya suasana akan lebih meriah jika dapat hadir dengan ahi keluarga untuk menikmati hidangan istimewa di sini kan. Oh ya! Restoran ini juga boleh menampung sehingga 200 orang, dengan enam bilik makan privasi yang boleh menampung diantara 8 hingga 70 orang.

Jamuan Tahun Baru Cina di SDCC sudah boleh dibuat penempahan ya. Ianya ditawarkan dalam harga per pax ataupun penempahan berkumpulan samada untuk 1 meja adalah untuk 10 orang tetamu ataupun 1 meja untuk 5 orang tetamu. Menariknya ditawarkan juga harga "early bird" yang memberi lebih banyak penjimatan.

Harga voucher yang ditawarkan adalah adalah seperti berikut:-
*Lebih awal membuat pembelian voucher, lebih penjimatan diperolehi

Harga Per Pax

Oktober - RM60 nett
November - RM70 nett
Disember - RM80 nett
Januari /Febuari - RM98 nett

Harga Untuk 1 Meja 5 Orang

Oktober - RM498 nett
November - RM598 nett
Disember - RM698 nett
Januari /Febuari - RM888 nett

Harga Untuk 1 Meja 10 Orang

Oktober - RM698 nett
November - RM798 nett
Disember - RM898 nett
Januari /Febuari - RM1388 nett

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi  China Treasures di 2089 3788 / ataupun melalui emel chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com dan untuk pertanyaan boleh hubungi di talian 2089 3688 / enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com 

*Semua harga adalah termasuk 0% service charge dan  6% service tax
Kredit Pic: Cik Lily Putih
Sajian Menarik Sempena Tahun Baru Cina 2019 di Sime Darby Convention Centre Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 27, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. So fast CNY d.. hehehe.... The menu looks great.. yummy food served.. good one..

    ReplyDelete
  2. Baguslah ada sijil halal, muslim tak ragu-ragu nak cuba chinese food di sini. menu-menu semua nampak sedap dan unik. Teringin yer nak cuba.

    ReplyDelete
  3. Dah start CNY promo erk..bestnya semua hidangan tu ha...terus teringin..nanti nak cuba juga la..

    ReplyDelete
  4. Another 4 months to CNY and never expect restaurant start their promo now. Good to buy the vouchers early to save more.

    ReplyDelete
  5. Sebegini awal dah promo CNY. Power sangat SDCC nie. Makanan dia plak memang always on point dan lazat. Sedap kan

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap dan yang penting halal. kita orang muslim pon boleh enjoy sekali makan masa CNY. hehe tapi tuhlah awal nau dia punya promosi kihkih

    ReplyDelete
  7. waa bestnya makan2! Sedapnyaa nampak semua makanan2 yg ada tu, terus tasa craving nk mkn chinese food pulak hehe. Nanti kalau ada nk family dinner or anything bolehlah usha2 kat sini since dah start promo tu kan hehe.

    ReplyDelete
  8. Memang sedap betul makanan dia..sis memang ada jugak lah beberapa kali makan kat sini..tak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
  9. Awal betul keluar menu utk tahun baru cina next year hahahaha.Bagus betul sime darby ni hehe.
    Tak pernah tak baguslah pendek kata hehehe

    ReplyDelete
  10. Perghhh awainya kluar sajian CNY utk 2019 ni..
    Mmg gempak ni cita dia
    I teringin nknrsa yee sang tu...
    Sdap tak?

    ReplyDelete
  11. Eh, dah ada food review untuk CNY ke?? awalnya... Tapi kan kalau kat Sime Darby ni memang tak boleh disangkal lagi. Selalu full house sebab food kat sini sedap...

    ReplyDelete
  12. Memang jauh lagi perayaan tahun baru cina kan. Dah ada promosi untuk makan makan besar ya. memang awal persiapan. Sis, nak komen dalam blog ni agak susah sebab nak kena verify gambar tu. Internet lambat.

    ReplyDelete
  13. Dah lama xmkn sajian makanan chinese mcm ni.. dulu masa kerja dgn hotel mesgi ada jamuan makan dgn boss setiap tahun.. mmg selera tgk menu2 ni.. terliur pulak.. bila la dpt makan mcm ni lagi..

    ReplyDelete
  14. Eh awlnya promosi makanan utk CNY. Lia suka makan Yee Sang tapi susah nak cari Yang halal. Nak Cuba makan kat sini lak. Kena book awal2 ni taknak terlepas.

    ReplyDelete
  15. Waaa.. Kat mana ni. Nampak meriah je.
    Sesekali bertukar selera ya. Apa salahnya kan.
    Lagi lagi bagi mereka yang suka mencuba menu baru.

    ReplyDelete
  16. Wahhh dah ada menu utk CNY next year! Bagusnya dia wat marketing hehe awal-awal dah buat..menu pun tan Allah nampak menarik sgt..yang penting halal kan?

    ReplyDelete
  17. lamanya tak makan makanan macam ni.. kalau ramai2 mesti best kan? chinese food memang sedap. lepas tu kalau musim CNY lagilah meriah

    ReplyDelete
  18. Awal betul sis sambut Tahun Baru Cina ya. Hehe. Bagus betul depa buat marketing awal2 macam ni. Kena book awal2 lah macam ni hehe

    ReplyDelete
  19. masakan cina semua sedap2 sis, kalau rajin nanti boleh singgah sini..menu die mmg best ni

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.