Agrobazaar di KLIA2 Pusat Sehenti Penjualan Produk Tempatan
Untuk pengetahuan semua, outlet Agrobazaar telahpun dibuka di KLIA2 Sepang sejak dari Januari 2017. Lokasinya begitu hampir dengan kawasan balai Perlepasan Dalam Negara, sekaligus menjadikan lokasi outlet ini begitu strategik terutama bagi pengunjung KLIA2 atau penduduk sekitar seperti Sepang dan Banting bagi mendapatkan produk-produk keluaran pengusaha tempatan di sini.
Secara peribadi saya sangat suka pada susun atur produk di Agrobazaar KLIA2 ini. Semuanya tersusun kemas dan teratur mengikut jenis produk yang ditawarkan. Paling menarik kita boleh dapatkan lebih daripada 700 produk-produk pengusaha tempatan yang cukup terkenal/viral di sini.
Paling mengujakan Agrobazaar memang akan sentiasa adakan promosi untuk produk-produk yang terpilih. Di mana kita boleh dapatkan pada harga yang cukup murah dan berbaloi.
Produk seperti pes masakan memang menjadi kegemaran saya. Ini kerana kebanyakan pes yang ditawarkan adalah jenis masakan tradisi popular di Malaysia. Antaranya seperti kari, asam pedas dan banyak lagi.
Produk dalam tin dan botol juga ada ya! Contohnya seperti sardin, sambal, kicap dan pelbagai lagi produk yanmg menarik hati.
Begitu juga dengan pek minuman segera seperti 3 dalam 1 (3in1). Antara jenama yang cukup popular dalam menghasilkan kopi pra-campur adalah jenama Agromas. Bagi saya sendiri yang pernah mencuba kopi Agromas, tidak dinafikan dari segi rasa dan aromanya adalah setanding dengan jenama gah yang sudah berada lama di pasaran.
Kalau nak bercerita tentang produk tempatan memang banyak! Bayangkan ada lebih 700 produk tempatan yang korang boeh dapatkan di sini. Dari produk masakan sehinggalah yang siap sedia untuk dinikmati semuanya ada. Ibarat satu pusat sehenti yang memudahkan untuk kita dapatkan barangan yang diinginkan.
Sambil menunggu waktu penerbangan tiba ataupun korang ingin merasai sendiri sajian enak masakan tradisi masyarakat Malaysia, saya sangat syorkan untuk korang mencubanya sendiri di Kedai Kopiesatu Agrobazaar. Di sini bukan hanya ada menyediakan pelbagai jenis makanan pagi dan tengahari yang enak, bahkan korang juga boleh manfaatkan masa dengan melayari internet. Yerppp! Ada wifi diberikan secara percuma untuk semua pelanggan Kedai Kopiesatu. Bestkan, hehehe
Setiap bulan ada promosi makanan mengikut negeri. Contohnya ada kalanya ditawarkan Nasi Dagang Terengganu, Nasi Ulam, Laksa Johor dan pelbagai lagi makanan yang menarik. Kalau nak merasai kehebatan hidangan tersebut kenalah datang ke Kedai Kopiesatu Agrobazaar KLIA2.
Bukan sahaja kuih-muih tempatan bahkan pencuci mulut seperti kek ada juga ditawarkan. Pendek kata terdapat banyak pilihan makanan samada untuk dinikmati ketika waktu sarapan mahupun tengahari.
Ruang lepak santai yang begitu luas dan selesa.
Kalau korang tidak berkesempatan datang Agrobazaar KLIA 2, jangan risau atau kecewa. Korang boleh juga dapatkan produk Agro melalui aplikasi Google Play atau Apple Store dengan memuat turun terus dari pautan ini https://play.google.com/store/apps/details?id=com.agrobazaar.app
Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:-1) Muat turun aplikasi AgroBazaar Online di Google Play atau Apple Store
2) Buka App Agrobazaar Online
3) Log in sosial media – first time user
4) Carian “agrobazaar klia2”
5) Buat pilihan mengikut menuyang disediakan
6) Bayar atas talian atau COD
Biskut kesukaan famili yang saya dapatkan dari Agrobazaar!
Produk Malaysia kebanggaan kita. Menerusi penjualan setempat (pusat sehenti) sebegini sebenarnya memudahkan dan juga membantu para pengusaha sederhana dan kecil memasarkan produk mereka. Dan kita sebagai pembeli berpeluang untuk melihat sendiri dan seterusnya dapat membuat pilihan dari variasi produk tempatan yang ditawarkan pada harga mampu milik.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh layari :
Jom pakat ramai-ramai singgah di Agrobazaar KLIA2,
Sokong produk tempatan keluaran terbaik pengusaha Malaysia!
Agrobazaar di KLIA2 Pusat Sehenti Penjualan Produk Tempatan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 02, 2018
Rating:
jelesnya, akk dah shopping
ReplyDeleteMenarik! Lagi2 pes masakan. Sangat sesuai untuk mereka yang travelling atau pun mereka yang bakal terbang belajar overseas. Idea promosi ikut neferi tu pun menarik. Sebab setiap negeri ada keistimewaan tersendiri.
ReplyDeleteWah, besarnya kedai agrobazar kat situ. Nanti boleh singgah situ kalau gi KLIA2. Banyak benda boleh shopping kat situ...
ReplyDeleteBoleh tahan jugak besarnya Agrobazaar KLIA2 ni ye..SA nak terjah tak lama lagi..bukan nak pi travel..just nak pi beli pes masakan yang SA nampak banyak kat sini..semua keluaran tempatan..mesti sedap...
ReplyDeleteBagus they all buka kat klia2. This is the first place for people who visit to Malaysia. Great to promote local products to visitors.I love the local snack here.
ReplyDeletegreat agrobazaar.. nice place to shop around for nice nice agro-foodie... nice one... a taste of malaysia
ReplyDeleteMemang bagus betul adanya lot agrobazaar di KLIA 2 tu kan, at least dapat mengetengahkan dan memperkenalkan pelbagai produk Malaysia kepada ramai orang khususnya para pelancong dari negara luar, sebab mmg strategik betul adanya di KLIA tu hehe. Bestnyaa shopping2 di KLIA haha 😁
ReplyDeleteseriouslah, dah agak dah mesti menu makanan lebih rm10 especially yang nasi dagang tu.. apa pun memang sewa dekat situ mahal kan.. I rasa pricing ni sangat sesuai untuk para pelancong dari Kota eROPAH.. tapi banyak juga seleksi buah tangan kat sini...
ReplyDeleteBaguslah ada agro bazar kat klia ni..tarikan utk pelancong beli belah. Kalau sis jauh naaa nak ke sana. Tap kalau balik dr travel bolehlah snggah dulu sblom balik rumah
ReplyDeleteRawlins suka konsep meletakkan Agrobazaar di lapangan terbang sebab ia akan memberi peluang pelancong asing untuk melihat dan membeli produk tempatan. Salah satu cara untuk memasarkan produk tempatan ke persada antarabangsa kan.
ReplyDeleteKalau nak beli produk di airport harganya mesti lebih mahal dari kat luar sana kan. Maklumlah, sewa kat lapangan terbang bukan calang calang
ReplyDeleteMemang pebagai produk tempatan dijual di sini. Sangat bangga bila produk tempatan setanding dgn antarabangsa. Kopi dekat kopiesatu tu mmg sedap sgt. Sangat recommend utk beli. Sy selalu singgah sini masa kerja di klia2 dulu.
ReplyDeleteagro bazaar ni satu usaha yang baik untuk dedahkan peniaga tempatan kepada pelanggan antarabangsa. mana tahu kan dapat eksport ke negara mereka lepas ni
ReplyDeleteBagus jugak ada agro bazar ni kan..boleh kenalkan makanan malaysia dan buah-buahan tempatan dekat pelancong-pelancong asing...
ReplyDeleteTak sempat nak melancong camni, baru sampai Agro Bazaar dah shopping macam-macam hehehe. Setakat ni kalua ke KLIA atau KLIA2 rushing je, tak sempat nak menyinggah sangat. Tapi tengok cake dia tu macam sedap jee.
ReplyDeletememang tak pernah gi la. sebab lama kot tak jejak klia2 :)
ReplyDeletebut sgt bagus wujud nyer ni.
mempromosikan produk malaysia, kan.
situ kan byk pelancong. so, otomatik mereka akan tau tentang produk kita.
Bagus ada agrobazaar macam ni akak.Tapi jangan sampai terleka sampai tertinggal flight sudeh.heheh.Kan menangis tak berlagu jadinya.
ReplyDeleteHahah kak jangan lupa soping min’z sambal hitam pahang kat agrobazaar online ni heheh..tp memang agrobazaar ni sangat membantu both customer n consumers heheh tahniah agro bazaar
ReplyDelete