Diari Sarapan Saya Bersama Susu Dutch Lady Purefarm
Dear Diari 💋
Bermula hari ini saya telah menanam azam untuk tidak lagi meninggalkan sarapan setiap hari. Bahkan untuk memastikan keperluan khasiat dalam badan mencukupi, saya juga berjanji akan mengambil susu untuk dinikmati bersama sarapan pagi.
"Memang banyak pilihan produk dutch lady untuk seisi keluarga, boleh baca senarai lengkap yang disediakan IBUSYURGA."
Sebenarnya satu masa ketika dulu saya sering mengabaikan pengambilan sarapan. Ini mungkin disebabkan faktor mengejar masa untuk menyiapkan anak ke sekolah dan saya sendiri perlu bersiap sedia ke tempat kerja.
Jadi impaknya saya mudah rasa letih, stress dan tidak fokus. Dan selalu sahaja berasa lapar sebelum waktu makan tengahari. Mana tidaknya, setiap hari kali terakhir saya mengambil hidangan adalah pukul 7 petang sebagai hidangan makan malam.
Dan disebabkan itu, saya berazam untuk berubah.
Saya ada baca satu artikel mengenai sarapan pagi. Saya difahamkan satu hidangan sarapan pagi adakalanya tidak lengkap dari segi khasiat dan nutrisinya. Dan hidangan untuk sarapan tidak perlu banyak dalam kuantiti juga. "Menikmati sarapan seperti seorang Raja, tidak menjanjikan segala keperluan dalam badan telah mencukupi". Mengikut kajian yang telah dijalankan, dengan hanya satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan oleh badan. Dan ini adalah sarapan paling ringkas serta mudah dan paling penting ianya tidak masa yang lama untuk menyediakan.
Hmmmm. Barulah saya faham bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ianya sebenarnya dapat membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan. Saya juga fikir bahawa susu hanya kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan juga nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan seperti protein.
Hmmmm. Barulah saya faham bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ianya sebenarnya dapat membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan. Saya juga fikir bahawa susu hanya kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan juga nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan seperti protein.
Jadi kesimpulannya untuk lebih kecergasan, bertenaga dan fokus. Saya perlu minum susu setiap pagi!
******************************
15 Oktober 2018, Isnin
8.05 pagi
Dear Diari,
Hari Isnin yang cerah. Tetapi hari ini banyak betul janji temu dengan klien. Bangun pagi terus capai roti. Ingat nak cicah dengan susu sahaja tetapi disebabkan ada isi ayam di dapur terus dapat idea untuk saya buat sandwich. Tambah sedikit sos moyo. Memang sedap giler! Oh ya, hari ini saya dah start minum susu DutchLady Purefarm di waktu sarapan. Harap-harap bertenagalah sepanjang hari ini :-)
Hmmm..Esok nak sarap apa pula ya 😅
******************************
16 Oktober 2018, Selasa
7.45 pagi
Dear Diari,
Hari ini ada rasa relaks sikit, sebab kerja yang bertimbun semalam dan berjaya disiapkan. Cuma tekak rasa nak makan benda-benda panas. Jadi saya pun berialah masak bubur paling senang di dunia, hahahah. Hanya letak serbuk ikan bilis (ini homemade ya, ikan bilis digoreng dan dijemur kemudian ditumbuk halus) dan juga daun bawang. Sebab saya suka rasa pedas taburkan sedikit dengan serbuk lada hitam.
Kenyang dan sedap. Lebih best, saya menikmati bubur ini dengan susu Dutch Lady Purefarm 😍
******************************
17 Oktober 2018, Rabu
8.15 pagi
Dear Diari,
Mak hantar pisang semalam. Bukan hasil kebun sendiri tetapi mak beli dekat pasar tani. Saya jenis suka makan pisang dengan susu tau. Terutama kalau buat banana shake, makan dengan cornflakes tetapi semalam anak buat permintaan pulak. Minta dibuatkan lempeng kelapa pisang.
Resepi senang sangat. Pisang dilenyekkan, masukkan tepung, kelapa parut dan letakkan sedikit susu Dutch Lady Purefarm. Ini adalah untuk hidangan lebih berkhasiat dan sedap sebab ada rasa lemak-lemak susu. Untuk kekalkan energi, saya ambil sarapan lempeng bersama susu Dutch Lady Purefarm. Memang padu!
******************************
18 Oktober 2018, Khamis
8.55 pagi
Dear Diari,
Encik Suami baik hati hari ini. Belikan kuih kegemaran iaitu cakoi! Paling best cakoi yang ada inti kacang merah. Sedapnya. Makan pula dengan susu Dutch Lady Purefarm, menggandakan keenakannya.
Terima kasih abang, untuk sarapan hari ini, muahhh.
******************************
19 Oktober 2018, Jumaat
8.05 pagi
Dear Diari,
Hari ini kena pergi pasar pagi. Nak 'restock' lauk kat rumah memandangkan Akid pulang dari asrama minggu ini. Jadi rancang nak masak sedap sikit hujung minggu ini. Dalam kepala ingat nak masak yang mudah-mudah untuk sarapan tetapi tak boleh tahan tengok roti canai. Hehe.
Roti canai merupakan sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Cuma kebiasaannya saya menikmatinya dengan teh tarik, dan kali ini saya padankan dengan susu Durch Lady Purefarm. Not bad!
Kenyang hoiii!! 😁
******************************
20 Oktober 2018, Sabtu
7.30 pagi
Dear Diari,
Ni antara sarapan yang menjadi kegemaran saya. Wrap dengan hirisan ayam serta sayuran. Bila dah minum susu Dutch Lady Purefarm, dengan hanya mengambil 1 wrap sahaja sudah kenyang. Jadi saya boleh fokus dengan tugasan rumah seperti lipat baju, cuci tandas dan banyak lagi. Sebagai ibu, waktu hujung minggu adalah waktu yang mereka dapat selesaikan banyak tugasan rumah. Fuhhh. Sebab itulah kena sentiasa cergas dan bertenaga 👌
**************************************
Yerp..Setiap hari saya akan mengambil sarapan. Ini memang azam saya. Paling penting untuk setiap hidangan sarapan disertakan juga dengan segelas susu Dutch Lady Purefarem. Bukan hanya sekadar memberikan tenaga dan keperluan nutrisi, bahkan rasa minuman ini sangat sedap.
Sarapan yang saya nikmati bersama Dutch Lady Purefarm tidak kira hidangan gaya makanan masyarakat Malaysia, Barat, Asia dan sebagainya. Semuanya "OK" dipadankan bersama dan tidak dinafikan ianya menggandakan keenakkan hidangan. Paling penting jangan pernah abaikan sarapan 💗
Laksam dengan susu Dutch Lady Purefarm
Char Kuew Teow dengan susu Dutch Lady Purefarm
Apa jua jenis hidangannya. Semuanya memikat selera janji dinikmati bersama susu Dutch Lady Purefarm setiap pagi.
Tidak dinafikan sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm memang kaya dengan khasiat. Dengan hanya segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting yang diperlukan oleh badan seperti:-
• Zat Protein membantu membina dan memperbaiki tisu agar badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 pula menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Alang-alang mengambil sarapan susu Dutch Lady Purefarm, bolehlah korang sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000. Caranya mudah sahaja dengan hanya memuat naik gambar sarapan pagi bersama susu Dutch Lady PureFarm korang di sosial media FB dengan hashtag #dutchladybreakfastchallenge #dutchladymy #strongstart yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!
Quick Grabs : 8th Oct – 19th Oct
Easy Feast : 20th Oct – 28th Oct
Fave Brekkie : 29th Oct - 11th Nov
Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan!
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my
xoxo,
Diari Sarapan Saya Bersama Susu Dutch Lady Purefarm
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 25, 2018
Rating:
Wahhh kak ayu dah siap dengan entry blog. Emi belum lagi. By the way, emi pengguna setia dutch lady sejak dari zaman sekah lagi. sampai sekarang, stok susu dutch lady wajib ada kat simpanan.
ReplyDeleteAmboi Amboi Amboi.
ReplyDeleteDiari breakfast dia nie boleh membuatkan terliur pepagi sebegini. Susu yang sejuk memang best - kegemaran Rawlins nie.
Sedap. Mantap for sarapan as always.
ReplyDeleteBerkhasiat.
Penuh nutrisi.
Dutch lady ni memang terkenal.
Aida biasa sgt beli yg full cream. Sedap berlemak yummy!
sedapnya susu dutchlady. airah memang peminat susu tapi rasa dah lama tak beli susu.balik ni kena beli
ReplyDeleteWah dah lengkap 5 hari breakfast bersama Dutch Lady. Pengambilan breakfast ni sangat penting tau tapi ramai yang abaikan. Kena ada tenaga di pagi hari untuk bekerja sepanjang hari.
ReplyDeleteWahh.. diari sarapan pagi tue.. best kalu jadikan rutin bila ada susu duch lady.. AM pun dah mula sarapan bersama susu dutch lady.. rasa bertenaga nak mulakan hari dan tugasan harian di pejabat
ReplyDeleteSedapnya susu dutch lady. Saya jarang minum yang putih. Selalu minum yang coklat. Ank ank ok je minum yang putih. Lepas ni kena biasakan diri la minum susu selalu. 🤗
ReplyDeleteWah kak ayu....semua breakfast kak ayu nampak mnyelerakan...
ReplyDeleteTapi betul la kalau saya tak breakfast boleh moody satu hari tau
sedapnyaaa semua menu2 kakn ayuu hehehe
ReplyDeleteamni suka yg coklat je dutch lady ni.yg asli xleh telan sbb mmg xsuka susus hehehe
Bestnya menu-menu breakfast kak ayu. Terliur betul tengok. Menarik siap buat diari harian untuk breakfast.
ReplyDeleteGempaklah hadiah contest ni. Nak join la nanti