FESYEN LAMBANG KEYAKINAN| Jazz & Co perkenal koleksi ‘plus size’ dalam acara pra-tonton eksklusif



Bak kata pepatah, “Ia bukanlah tentang saiz yang dipakai, sebaliknya bagaimana saiz tersebut dipakai”. Dengan peningkatan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menghargai kepelbagaian ciri tubuh badan; khususnya tubuh berciri gempal, pepatah ini sangat relevan untuk dikaitkan dengan acara pra-tonton fesyen eksklusif azz &Co baru-baru ini.

J Jazz & Co kini melancarkan koleksi untuk komuniti ‘plus size’ bersempena musim perayaan yang akan datang - menampilkan nilai kecantikan asli dan keyakinan diri kepada pemakainya. Dengan penampilan khas pengacara radio selebriti dan naib juara Malaysian Idol 2004, Dina Nadzir sebagai pengacara majlis - acara ini merupakan inisiatif Jazz & Co untuk membawakan tren fesyen yang bermakna dalam industri ‘plus size’.

Pelanggan utama Jazz & Co adalah dari komuniti ‘plus size’, sekali gus menjadikan jenama ini bermatlamat untuk memperkasakan mesej kecintaan dan penerimaan diri. Sebagai salah seorang komuniti ‘plus size’ yang berpengaruh, Dina turut membuat persembahan bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Busana lengkap Jazz & Co direka dengan penuh gaya bagi memenuhi keperluan lelaki dan juga wanita. Koleksi pertama yang ditampilkan merangkumi kira-kira 24 set pakaian kasual yang digayakan secara profesional supaya pemakai dapat mencapai keselesaan dan tampil
bergaya. Koleksi ini membuktikan komitmen Jazz & Co dalam memenuhi keperluan pembeli
dalam talian yang mana majoritinya ialah golongan muda. 

“Pembeli utama kami terdiri daripada golongan muda yang ingin kelihatan unggul seperti orang lain, sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Oleh sebab itu, koleksi busana kasual dan pejabat kami adalah antara yang terlaris di pasaran,” kata Pengarah Jazz & Co, Jasdeep Katari. Selain pilihan yang pelbagai, pembeli juga tidak perlu risau untuk mencari saiz pakaian yang sesuai dengan mereka. Hal ini demikian kerana jenama ini mengikuti panduan carta saiz tunggal yang tepat untuk setiap keluaran koleksi; memastikan ukurannya adalah seragam. Oleh itu, meskipun tanpa dicuba secara fizikal, pembeli Jazz & Co tidak perlu risau kerana setiap pesanan akan muat dengan sempurna apabila ia tiba ke tangan mereka. Walaupun kejadian pemulangan jarang berlaku, namun laman dalam talian Jazz & Co tetap menawarkan dasar pertukaran item yang fleksibel.


Koleksi kedua Jazz & Co yang dipamerkan semasa acara pra-tonton eksklusif ini menampilkan pakaian pejabat dan juga busana malam hari. Rekaan unik yang dihasil dengan sempurna mencuri tumpuan tetamu majlis; lebih-lebih lagi apabila kebanyakannya diperbuat daripada fabrik premium Eropah. “Bagi memastikan kualiti produk kami mematuhi piawaian yang ditetapkan, semua koleksi akan menjalani proses kelulusan yang ketat, membolehkan pembeli merasa terjamin dengan
apa yang dibeli,” tambah Jasdeep. Misi utama Jazz & Co adalah untuk menawarkan pelbagai pilihan pakaian ‘plus size’ yang bersifat fungsional dan estetik. 

Ia diilham dan dimotivasikan daripada pengalaman peribadi Jasdeep sebelum beliau membangunkan laman portal berkenaan. “Suatu ketika dahulu, saya tidak dapat mencari jenis pakaian bersaiz besar yang benar-benar saya ingini. Hal ini menyedarkan saya akan kekurangan pilihan pakaian ‘plus size’ dalam pasaran. Jika anda dapat menemuinya sekalipun, stailnya adalah biasa-biasa sahaja,” jelas
Jasdeep. 

Bagi memenuhi keghairahan pengasasnya dalam merapatkan jurang industri fesyen di Malaysia, Jazz & Co menyediakan pakaian penuh gaya untuk komuniti ‘plus size’. Dalam usaha mencetuskan minat pembelinya, Jazz & Co telah berjaya dengan mencipta keunikan yang membezakan jenamanya berbanding jenama tempatan yang lain. Sebagai jenama yang mensasarkan setiap peringkat umur, Jazz & Co tampil dengan koleksi yang bergaya, bersemangat dan ceria. Ini adalah bertentangan dengan persepsi umum bahawa pakaian bersaiz besar adalah bersifat hambar dan serius. 

Secara ringkasnya, Jazz & Co percaya bahawa komuniti ‘plus size’ juga mampu membawakan gaya fesyen yang sama seperti orang lain. Selari dengan situasi masyarakat yang semakin menerima bentuk tubuh badan bersifat bukan konvensional, pembeli digalakkan untuk menerima kecantikan dalaman dan luaran mereka. Ia merupakan cara terbaik untuk menunjukkan rasa kecintaan diri. 

Seperti yang diperkatakan oleh model selebriti ‘plus size’, Ashley Graham “Jika anda tidak menyayangi diri anda, anda tidak akan pernah berasa 100% puas hati dalam hidup. Semuanya   bermula dengan diri anda. Hanya anda yang mampu mengubahnya.” Dengan acara pra-tonton fesyen eksklusif ini, Jazz & Co berharap untuk memberi inspirasi kepada komuniti ‘plus size’ untuk mengikuti tren fesyen semasa seperti individu lain, terutamanya ketika musim perayaan.

Pada masa yang akan datang, pelanggan akan dapat mengikuti lebih banyak lagi kempen dan promosi menarik di portal dalam talian jazznco.com. Ia adalah sebagai inisiatif Jazz & Co untuk mengembangkan lagi koleksi dan pasarannya. “Fokus utama kami pada masa ini adalah untuk mengembangkan pasaran Jazz & Co menjangkaui peringkat antarabangsa. Pihak kami sedang berusaha keras untuk merealisasikan impian ini,” kata Jasdeep.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jazz & Co, sila layari laman sesawang Instagram dan Facebook @jazzncofashion atau laman web www.jazznco.com untuk koleksi busana ‘plus size’ serta pelbagai lagi koleksi yang menarik.


FESYEN LAMBANG KEYAKINAN| Jazz & Co perkenal koleksi ‘plus size’ dalam acara pra-tonton eksklusif Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.