Pakej Katering Berbaloi Kaloborasi Antara Enak Rasa dan Hype Motorsport Hotel



Majlis resepsi perkahwinan merupakan satu acara yang istimewa dan penuh bermakna kepada pasangan pengantin yang dirai. Ini kerana pada hari penuh bermakna ini, bukan hanya merai pengantin bahkan ianya merupakan acara yang dapat mengumpulkan saudara-mara dan kenalan rapat keluarga dalam satu majlis. 

Selain daripada faktor lokasi majlis, keluasan dewan, fasiliti serta kemudahan. Pilihan menu yang menyelerakan juga antara menjadi tarikan dan kepuasan buat pengantin dan juga tetamunya. Dan saya sangat rekomenkan pakej esklusif Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur Bersama Katering Enak Rasa.

Hotel bertaraf 3 bintang, Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur ini terletak begitu strategik iaitu berdekatan dengan lebuhraya utama yang mengubungkan arah selatan dan bandar Kuala Lumpur. Ianya mempunyai 3 buah dewan yang cantik, lengkap dengan system audio dan projektor yang mampu menempatkan sehingga 500 orang untuk pada satu masa. Disediakan juga pakir kenderaan yang mampu memuatkan sehingga 500 kenderaan.


Lihat kepada susunan meja dan kerusi, dekorasi yang simple tapi tetap menarik. Dengan harga yang pakej yang ditawarkan cukup berbaloi iaitu RM29000 sahaja. Dan istimewanya pakej esklusif ini juga sesuai untuk rakyat marhaein yang inginkan majlis meriah dalam suasana yang cukup sederhana pada harga cukup berpatutan.

Cantikkan kawasan meja makan pengantin.


Bersempena dengan perasmian ini, lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4000. Pakej ini termasuklah dewan (tempat acara), penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam masa promosi ini juga layak untuk menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di pusat-pusat peranginan yang terdapat di Malaysia dan luar negara. Wow! Ini memang best :-)



Nasi Hujan Panas

Nasi Beriani

Nasi Liwet

Saya juga sempat merasai menu istimewa yang dicipta dari Katering Enak Rasa iaitu Basmathi Beriyani dan Nasi Liwet. Selain menu makanan Malaysia, Enak Rasa juga mengetengahkan menu masakan Sunda sebagai sedikit kelainan kepada pelanggan. Pelanggan boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan pada majlis bersejarah mereka. 






Acar Buah

Antara menu lain yang disediakan seperti ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur dan pelbagai lagi. Turut disediakan minuman panas dan sejuk. Dan saya paling gemari jus buah durian belanda. Memang sedap giler. Begitu juga pilihan kuih-muih semuanya enak dan menarik. Pendek kata terpulanglah kepada pihak pengantin dengan mengikut bajet yang mereka ada, pastinya Katering Enak Rasa mampu memberikan yang terbaik.


Dengan berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanaan, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat semua pelanggan. Katering Enak Rasa juga, menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain bagi menjalankan majlis walimah.  Antaranya seperti katering di dewan:-

  •  Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya 
  • Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2
  • Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang
  • Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya
  • Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum Glenmarie
  • Dewan perkahwinan Banquet UIAM Gombak
  • Rumah Tradisional Frim, Cassa Detik Ampang
  • Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi
  • Emerald Ballroom Selayang
  • Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam
  • Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam 
  • Dewan MZ Bangi
Selain itu, Enak Rasa juga turut berhubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggannya seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang.


Semoga dengan adanya pakej marhain ini, lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. So, korang cepat dapatkan pakej hebat ini sebelum 31 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi pihak Katering Aneka Rasa;

Cik Nurul Afni 0122374867
Tuan Haji Aidil 0162580734
Puan Hajjah Salmi 0102250734
Mohd Rusdi 01135579805

Layari website dan laman sosial :-

http://www.enakrasa.com
http://www.facebook.com/kateringenakrasa
IG : @enak_rasa 

Pakej Katering Berbaloi Kaloborasi Antara Enak Rasa dan Hype Motorsport Hotel Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 15, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. Masakan kampung yang dihidangkan nampak menyelerakan. Tak tahu pun ada hotel ala kat racing ajer ni. Nasi hujan panas tu jarang juga hidang masa kenduri. Selalu nasi putih + nasi minyak + nasi tomato ajer. I suka nasi hujan panas.

    ReplyDelete
  2. Menariknya kak..dah la perkhidmatan katering dia dah meluas kan..tengok menu pun sedap-sedap belaka. Yang penting kolaborasi pakej katering dan dewan ni memang menjadi la..Insyallah akan di war-war kan pada kawan-kawan yang lain gak

    ReplyDelete
  3. wei nasi liwet tuh dah macam makanan Sunda je kan, semua nampak sedap. tapi mana wei hype motorsport hotel ni ek

    ReplyDelete
  4. wahh cantiknya dekorasi & suasana kat dlm dewan tu..menarik dan sweet je nampak..ambil gambar pon confirm cantik tu nanti hehe..makanan pulak bila tgk semuanya nampak sedap2 belaka! mmg best betul nampaknya hehe 😁

    ReplyDelete
  5. Wah! Makanan pun nampak sedap seuanya. Memang kena rasa ni. Tapi kat mana nak rasa kalau takde orang jemput kenduri..hahaha

    Sesuai dengan nama Enak Rasa tu

    ReplyDelete
  6. Sekarang memang orang lebih memilih catering..SA nanti anak dara nak kawen pun rasanya pilih catering gak nanti ni...hehehe...xde berkecah rumah kan..pakej ditawarkan menarik dengan pilihan makanan yang sedap..masakan kampung pasti jadi pilihan...

    ReplyDelete
  7. Katering ni sangat flesibel, blh buat majlis kat banyak tempat, senang nak berurusan ni.

    ReplyDelete
  8. memang berbaloi kalau lihatkan servis menu masakan oleh katerer ni..nak diskas lelok la kan sebelum deal ngan diorg

    ReplyDelete
  9. cool nya hotel ni.. motorsport.. eh.... such a great package for wedding..the food looks great, too!

    ReplyDelete
  10. Masakan nyer menarik & sedap.
    Lauk melayu ekk?
    Bagus wujudnya servis begini.
    Memudahkan pelanggan. All in one place.
    Hopefully price pon affordable kan.

    ReplyDelete
  11. makin banyak dewa macam ni. maklum lah, masing masing nak buat majlis di dewan. berpatutan, senang dan tak perlu kemas rumah. hehe

    ReplyDelete
  12. Sedapnya makanan kenduri , wow boleh jikat sehingga 4k tu , hah apalagi yang nak kahwin tu , silaa book awal-awal

    ReplyDelete
  13. First time dengar nasi liwet, macamana rasanya yer. unik la, teringin gak nak rasa. menu semua sedap, best la kalau ada peluang hadiri wedding kat hotel ni

    ReplyDelete
  14. Uittt nampak menyelerakan betul lah makanan diorang. Sure tetamu yang datang ke majlis perkahwinan tu happy kalau makanan dia sedap kan. Puashati kalau makanan sedap dan dewan pun cantik..kenangan yang bermakna untuk pengantin dan keluarga

    ReplyDelete
  15. Nama tempat dia class kau..macam tempat motor..hehee..pergh dekorasi dewan dia memang menkajubkan..siap ada diskaun dah hadiah lain tu..best giler..siapa nak buat dekat dewan bolehla buat dekat sini erk

    ReplyDelete
  16. Menunya nampak sangat mengiurkan la. Pastu menu kampung plak tu. Memang pecah liur bila tengok pictures tu. Pastu ada 3 dewan kan, memang sesuai kalau banyak tetamu kan

    ReplyDelete
  17. Semua masakan yang disediakan nampak sedap dan menyelerakan. Konsep yang diketengahkan juga nampak berbeza dan cantik

    ReplyDelete
  18. This catering package really got my attention. i can have them for my client's event in future. if i dont read this, i wouldn't know about them.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.