Pelancaran Rasmi Pembukaan Robinsons Kuala Lumpur di Four Season Places
Robinsons Kuala Lumpur di Four Season Places terletak bersebelahan KLCC dan berhadapan dengan kompleks membeli-belah Avenue K. Terletak di kawasan begitu strategik, di tengah pusat bandar Kuala Lumpur memberi kemudahan aksesibiliti yang mudah dari segi pengangkutan awam mahupun dengan membawa kenderaan sendiri, memandangkan terdapat banyak parkir yang disediakan.
Menawarkan pelbagai jenama tersohor barangan daripada produk penjagaan diri, fesyen, kelengkapan rumah dan pelbagai lagi sekaligus menjadikan Robinsons di Four Season Places sebagai satu pusat sehenti untuk mereka yang mencari produk-produk esklusif dan berjenama.
Satu majlis pelancaran secara rasmi pembukaan Robinson KL di Four Season Places telah diadakan pada 25 oktober 2018 yang turut dihadiri para VVIP, selebriti tempatan, tetamu jemputan istimewa dan juga rakan media.
Antara VVIP yang hadir seperti Mr Paul Deaoutre (President Retail of Al-Futtaim Group), Christophe Cann (Group Chief Executive Officer- Asia of Al-Futtaim Group), Ashley Tang (Genereal Manager and Director of Robinsons Malaysia), YBhg. Datuk David Ban (Executive Director of Venus Assets) dan Zahir Kelvin Ong Abdullah (Director of Venue Assets).
Majlis dimulakan dengan ucapaan kata-kata aluan daripada Mr Christophe Cann yang merupakan Group Chief Executive Officer- Asia of Al-Futtaim Group.
Majlis turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Dayang Nurfaizah yang menyampaikan 3 buah lagu yang merdu.
Kelihatan kelibat ramai selebriti tempatan yang hadir. Antaranya seperti Nabila Razali, Elfira Loy dan ramai lagi. Begitu juga MUA yang cukup popular seperti Khir Khlid dan Boscoooooo. Memang meriah dengan kehadiran selebriti dan juga VIP yang masing-masing kelihatan teruja melihat pelbagai barangan jenama ada ditawarkan di sini.
Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places mempunyai 3 tingkat. Dan jika dilihat kepada susun aturnya ianya bermula dari level B1 yang menempatkan restoran dan cafe. Untuk level G barangan gadget kecantikan, kosmetik, aksesori premium, kafe dan juga salon. Manakala untuk tingkat 1 khas untuk barangan wanita, tingkat 2 barangan lelaki dan tingkat 3 khas untuk barangan rumah serta gaya hidup.
Antara barangan yang terdapat di Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places yang sempat saya abadikan di lensa.
Bestkan! Macam-macam ada :-)
Dengan pembelian sebanyak RM10 disini melayakkan saya untuk mendaftarkan sebagai ahli Robinsons. Banyak manfaat yang diperolehi dengan menjadi ahli tau! Selain daripada tawaran diskaun istimewa, suprises gift dan terdapat lagi pelbagai tawaran menarik.
Senyum gembira masing-masing sebab dapat beli baju berjenama dan paling cantik dengan diskaun yang cukup hebat :-)
Selesa membeli-belah di sini, selain dengan kawasan fitting room yang agak luas dan privasi. Terdapat juga ruang menunggu yang cukup selesa disediakan. Begitu juga dengan hiasan dekorasi dalaman Mall yang memang cantik dan menarik.
Disediakan juga "Magic Mirror" (photobooth virtual) yang kita boleh rakamkan gambar kita disini sebagai kenangan ketika berkunjung di Robinsons Kuala Lumpur di Four Season Places.
Tadaaaaaaaa!
Berita baik kepada semua pengunjung Robinsons Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan voucher RM50 dengan memuat turun passport digital daripada laman web www.curateyourwonderful.com. Terdapat personal QR yang perlu di scan yang boleh kita dapati di tempat tertentu di Robinsons Kuala Lumpur.
Saya bergambar di salah satu salon yang terdapat di sini. Cantik dan unik :-)
So korang jom terjah Robinsons Kuala Lumpur Four Season Places yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi-10 malam.
Pelancaran Rasmi Pembukaan Robinsons Kuala Lumpur di Four Season Places
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 26, 2018
Rating:
best kan robinsons ni, lagi best dari Robinsons Mid Valley. koleksi pakaiannya cantik-cantik belaka pada harga berpatutan kan..
ReplyDeletewah lagi meriah rupanya dekat sini dari Mid Valley. nanti boleh la datang singgah tengok mana yang patut
ReplyDeletesyok nya shopping di robinson.. looks great and nice.. let's go shopping now.. hahah.... great one..
ReplyDeleteLama dah ni tak turun kl.. Kalau turun boleh jugak zaza jalan2 kat tempat ni.. Kawasan cantik sgt..
ReplyDeleteDah buka dah..x sabarnya nak terjah..robinson ni harga bleh tahan mahal kan...tp tempat dia kelasss....
ReplyDeleteWah dapat jumpa Nabila Razali tu.. Saya pon teringin nak jumpa dia.. Robinson ni memang tempat branded nanti sy nak jalan-jalan cuci mata jugaklah dekat situ
ReplyDeletenampak jugak outlet robinson nie masa nak pergi ke KLCC tempoh hari. memang besar betul outlet dia. tempat nampak seperti have2 takut nak masuk. tp ramai kata koleksi pakaian kat sana cantik2
ReplyDeleteWah bestnya kak ayu. Boleh ajak suami jalan-jalan cuci mata kat sini nanti. Besar jugak outlet ni ye. Kawasannya pun nampak eksklusif
ReplyDeletePergh tempat dia.. Besar betul.. Ada macam-macam tu.. Rambang mata tengoknyaa.. Nanti kalau pergi KLCC boleh pergi maauk tengok.. Nampak eksklusif tu
ReplyDeleteWhoaaa, macam menarik je. Nanti bebila nak try pegi sana la cuci mata. mana tau ada yg berkenan di hati.
ReplyDeleteBetul-betul terletak di lokas strategi tgh KL..hmm..taknah lagi shopping di RObinsons ni..tapi kl Nabila Razali ada keje kt situ, tiap2 minggu saya pergiiii..hahah
ReplyDeleteRobinsons ni memang dah terkenal dari dulu lagi. Memana pun mesti akan ramai orang shopping sini.
ReplyDelete