Sekali-sekali Shopping Buat Anaqi :-)

Sebenarnya 2 hari dah tak hapdet blog. Hahahah. Terasa lama pulak biarpun sebenarnya baru 2 hari jer. Bukan takde cerita tapi banyak jer yang boleh dikongsikan. Memandangkan blog ni ibarat diari sendiri, sentiasa jer nak hapdet cerita diri sendiri, keluarga dan apa-apa acara yang disertai. Mahupun makanan dan produk yang pernah dicuba. Sifat suka berkongsi dalam diri memang tinggi heheheh.

Ya ampun merepek apakah, hahahahah.


*********
Berbalik kepada story sebenar :-)

Hari tu Anaqi ada request. Nak beli baju untuk Hari Graduasi dia. Ingatkan boleh pakai baju melayu rupanya kena berkot bagai. Tetapi memandangkan anak bujang ni pun dah besar. Bakal melangkah ke alam pengajian tinggi (insyaAllah kalau ada rezeki), tak salah rasanya untuk dapatkan sepasang baju/seluar/kot. Dan juga kasut kulit.

Sempat jugalah survey kat banyak tempat. Harga dia boleh tahan mahal juga. Kebanyakan satu 'suit' boleh cecah RM400 lebih. Gegeh tau survey dekat H&M, Padini dan banyak lagi.

Last-last cakap ngan Anaqi, pasal saya ada menang voucher RM500 boleh belanja kat butik tertentu di Quill Mall KL terus Anaqi ajak saya ke sini. Sampai dekat Quill memang agak terkejut sebabnya banyak kedai macam dah tutup dan nak tutup. Jauh beza keadaannya ketika saya dating time puasa lepas. Terus pergi ke Butik Tomaz (sebab ada dalam senarai kedai yang boleh menggunakan voucher). 


Butik Tomaz ni terletak di tingkat 4 kalua tak silap. Masuk jer dalam butik ni memang rambang mata sebab ada banyak pilihan baju kot, kasut dan pelbagai lagi. Terus suruh Anaqi pilih. Kebetulan pembantu butik Tomaz ni sangat peramah dan rajin melayan. Siap bagi advise warna dan pemilihan baju lagi. Memang terbaik dan puas hati. Bayang kat Butik Tomaz ni boleh dapat kasut kulit sepasang, seluar dan kot dan tali lahir, semuanya RM483. Guna voucher dan hanya tambah RM3 sahaja. Hehehehhe. Rezeki Anaqi.

Lebihan RM20 tu kitaorang pergi minum petang kat situ. Dah alang2 dating kan. Bukan senang nak ke Quill so terus abiskan voucher yang mana nak expired bulan 12 ni.

 Anaqi memang minat betul suit kaler biru ni. Sebenarnya kalua tengok dekat-dekat coraknya berkotak-kotak. Tapi memang cutting orang muda punya style ler.

Saya suka yang ini tapi nampak terlalu formal sangat. Kebetulan saiz seluar Anaqi tak ada pula untuk kaler kot ni.

Anaqi ni takdelah cerewet sangat. Jenis tak reti nak buat keputusan bila pilih barang. Asyikla tanya mak dia "Ok tak mummy", "Cantik tak mummy"...Aishh..last2 dia berwhatsapps dengan kengkawan baik dan tanya pendapat diaorang pulak.


Kejap jer nak masuk umur 17 tahun. Time flies. As mak saya sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak teruna sulung ni. Anak yang menjadi harapan keluarga dan moga dapat dijadikan contoh kepada adik-beradik yang lain.


Sekali-sekali Shopping Buat Anaqi :-) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 17, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.