Album "Moonstruck" Kompilasi Lagu Romantik dan Sentimental dari Norrela

Berkesempatan menghadiri ke pelancaran album "Moonstruck" yang menghimpunkan 10 lagu romantik dan sentimental nyanyian Norrela Iznin benar-benar mengujakan saya. Ini kerana Puan Norrela seorang ibu anak tiga yang berkelulusan  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang "Applied Biology" yang cukup terkenal dalam dunia penulisan motivasi kini telahpun menghasilkan mini albumnya sendiri. Sesuatu pencapaian yang cukup dibanggakan dan sekaligus membuktikan bahawa 'jika kita punyai minat yang mendalam segalanya pasti boleh'.

Terdapat 10 buat lagu yang liriknya hasil dari ilhamnya sendiri. Menurut Norrela antara sebab mengapa beliau menghasilkan lagu sendiri kerana beliau sudah letih menyanyikan lagu orang lain.

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album "Moonstruck" ialah :-

  • I'm Moonstruck
  • Song Serenade
  • You Missed It All
  • Don't Be My Hero
  • I know
  • It's Crystal Clear
  • Just Can't Do It Alone
  • Me and My Shadow
  • My Mind and Heart
  • I'm a Teetotal



Album ini telah diterbitkan oleh Andy Court, Penerbit album di Australia yang telah memenangi lebih 30 Anugerah peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau yang telah bertanggungjawab menghasilkan muzik dan melodi berdasarkan kepada lirik yang dihasilkan oleh Norrela sendiri.


Lagu-lagu yang dihasilkan adalah berkonsep evergreen yang pastinya akan diminati semua golongan tidak kira zaman. Kebanyakan bait lirik memang agak dalam maknanya dan mudah difahami. Dan saya sangat mengagumi Norella kerana mampu menyanyi dengan baik dan penuh perasaan.

Salah satu lagu dari album Moonstruck yang disampaikan oleh Norrela.


 Di majlis ini turut dihadiri Louisa Alissa Chong, pelakon yang cukup saya gemari sejak kecil lagi. Orangnya sangat peramah dan kelakar. Memang rasanya ramai yang rindukan kemunculan Louisa Alissa Chong di layar perak, huhuhu. Kami bertanya khabar dan paling best, saya sempat bergambar bersama beliau (kenangan manis).

Hasil karya Norrela iaitu buku motivasi "Memancing Hati Anak Remaja" dan juga album Moonstruck!

Moga kejayaan dan kesungguhan Norella mewarnai dunia seni penulisan dan nyanyian memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutama para remaja di luar sana. Nah! Dengan melihat kejayaan Norrela saya percaya usia bukanlah penghalang untuk kita berjaya :-)
Album "Moonstruck" Kompilasi Lagu Romantik dan Sentimental dari Norrela Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 13, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. Wah.. bestnya dapat jumpa wanita yang memberi inspirasi kepada ramai orang ni.. TB rasa macam nak juga ada buku cara memancing hati anak remaja tu.. sebab teknik komunikasi yang betul memang penting dalam menjadikan hubungan anak dengan parent lancar dan ada sefahaman antara satu sama lain

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepda lahirnya album Moonstruck dan wow sangat dapat jumpa wanita yang banyak menyumbang kepada dunia wanita dan selalu menjadi inspirasi...

    ReplyDelete
  3. Wah dari penulis buku sekarang jadi penyanyi. Tahniah buat beliau. Bukan calang2 orang yang terbitkan album Norrela tu. Good luck for her.

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas kejayaan.. Siapa sangka dari seorang penulis boleh jadi penyanyi.. Semoga beliau terus suksess dalam bidang yang diceburi

    ReplyDelete
  5. Wah xsangka kan.. Jurusan bidang biologi.. Kemudian kepada seorg penulis motivasi.. Kemudian beralih kepada nyanyian... Very talented... Sedap instrumental dia.. Wawa jenis melayan lagu2 instrumental..

    ReplyDelete
  6. Saya ada dengar jugak few lagu die dekat youtube. Serius bila dengar lagu dia, genre die macam lagu lagu lama 80s 90s. Seronok bila dengar. Mengundang memori

    ReplyDelete
  7. Bagus dia pursue hobby dia and launch her own album. Lagu pun not bad gak. Walaupun ada unsur oldies sket but layan ar.

    ReplyDelete
  8. Kenapa I tengok Norella ni macam ada iras iras Noorkumalasari. Adik beradik ke?. Kalau lagu 80an 90an mengimbau kenangan i sekolah dulu...

    ReplyDelete
  9. INspirasi sangat siapa kata usia yang makin meningkat tak boleh dah nak menyanyi, nampak macam menarik kompilasi dalam moon struck tu... dah mengigatkan kita dekat gegar vaganza tetiber zz

    ReplyDelete
  10. Hebat wanita ni biarpun dah berusia tapi masih giat berkarya dan menghasilkan.karya yg bagus.

    ReplyDelete
  11. I love her songs so much. it is sentimental to listen repeatedly. Nice seeing you there Ayu. :) Hope the album selling great yo

    ReplyDelete
  12. Sedap gak suara dia...rhytm lagu pun harmoni ja..kena dengan suara penyanyi ni

    ReplyDelete
  13. Tak pernah kenal dia siapa. Tapi cukup memberi inspirasi dengan usianya yang dh lama. Btw suara dia pon not bad memang sedap.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.