Antara 6 Usahawan Terbaik di MAHA 2018, Jom Dapatkan Produk Mereka!
Untuk MAHA 2018 ianya terbahagi kepada enam kluster pameran iaitu agro kulinari, agro pelancongan, agro belia, agro teknologi, produk asas tani dan jualan serta agro makanan. Terdapat tujuh laman disediakan iaitu Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Herba dan Sayur, Laman Florikultur dan Laman Mekanisasi, Automasi dan teknologi. Turut disediakan 13 pavilion negeri yang telah menampilkan reka bentuk unik mempertengahkan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan tempatan mereka tersendiri untuk dinikmati pengunjung.
Rentetan daripada kejayaan MAHA 2016 sebelum ini, pihak pelaksana telah memperkenalkan beberapa tarikan terbaru di MAHA 2018, antaranya seperti Kulinari, Sumber Rezeki Baharu, Teknologi Terkini, Jualan Industri Asas Tani Berkonsep Hypermarket, Miracle Garden, Kampung Digital Mok Cun dan Festival Kanak-kanak Terbesar LolaBaba.
Yerppp korang semua! Adalah wajib jika ke MAHA 2018 untuk singgah di Agro Trade 2 - Agrobazaar Online Platform. Terdapat banyak aktiviti menarik dan hebat yang boleh korang sertai. Paling best ada macam-macam tawaran terbaik dari pengusaha tempatan yang berdaftar di bawah platform https://www.agrobazaar.com.my/web/ tau!
Rambang mata ketika membeli di sini. Ini kerana terdapat begitu banyak produk tempatan yang ditawarkan dan juga ada yang diberikan diskaun sehingga 50%. Paling best! Jika korang berbelanja RM50 ke atas berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Banyak hadiah lumayan yang ditawarkan seperti televisyen serta pelbagai barangan elektrik yang lain.
Dan kalau dah datang jangan lupa untuk berselfie, mana tahu boleh dapat barang free, hihihi.
Oh ya! Berbicara mengenai produk tempatan @ lokal. Suka saya nak memperkenalkan serta mewar-warkan 6 usahawan tempatan dengan produk mereka yang ada dijual di Agrobazaar Online . Korang juga boleh datang terus ke booth mereka di MAHA 2018, Maeps Serdang Selangor.
Antara 6 pengusaha tempatan di bawah Agrobazaar Online adalah seperti:-
Orang kata kehebatan khasiat madu memberi 1001 penawar kepada banyak penyakit, Bagi saya sendiri madu itu sudah cukup enak dijadikan sebagai gula tambahan dalam masakan atau minuman. Bahkan saya suka menikmatinya begitu sahaja.
Dan kalau korang ke MAHA 2018 jangan lupa untuk singgah booth 147, Agrotrade 1. Boleh dapatkan produk dari Maduplus Mart yang ada menawarkan madu asli kelulut. Ada produk sample yang korang boleh cuba dan bandingkan sendiri.
Saya juga tertarik dengan sabun Tita Lala yang dihasilkan daripada herba Habatussauda dan juga bersama campuran madu kelulut. Kalau ada orang masalah kulit bolehlah mencubanya. Dan sebenarnya ianya sesuai untuk semua orang tidak kira usia.
Istimewa di MAHA 2018, harga produk dari Maduplus Mart memang berbaloi dan diberikan lebih banyak diskaun jika anda datang ke booth mereka ya!
Jangan lupa untuk singgah di booth A118 di Hall A, untuk melihat dan merasai sendiri kopi pra-campuran herba dari jenama Gold'Eaf Coffee .
Gold'Eaf Coffee dihasilkan daripada kombinasi dari beberapa jenis herba tempatan terbaik yang terdapat di hutan negara kita Malaysia. Dengan 1001 khasiat mampu memberi kesihatan yang baik sekaligus dapat mengekalkan kecantikan secara dalaman. Dan dengan menikmati Gold'Eaf Coffee secara konsisten, kita akan dapat lihat perubahan ketara terutama dari segi kesihatan.
Antara ramuan didalam Gold'Eaf Coffee adalah seperti non-dairy krimer, gula kabung, mengkudu, halia padi, halia bara, mahkota dewa, misai kucing, tongkat ali, ubi jaga, arabica cofee dan koko. Perghh! Memang padu ramuannya.
Untuk pengetahuan semua Gold'Eaf Coffee adalah minuman yang sesuai untuk semua peringkat umur kerana ia dihasilkan daripada herba asli tanpa mengandungi bahan kimia dan asid. Walau bagaimanapun, menikmatinya tidak boleh melebihi 5 sachets sehari. :-)
3) Sakura Pelangi Empire
Bagi peminat sambal pedas dan meletop-letop bolehlah singgah di booth 84 di AGROTRADE 1. Apa yang menarik jenama lokal Sakura Pelangi ini sudah berada lama di pasaran tempatan dan juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Pembungkusannya cukup kemas dan praktikal dari segi penyimpanan untuk masa yang lama. Ianya juga bukan sahaja untuk dijadikan stok makanan di rumah sendiri. Bahkan kalau dibeli buat cenderahati juga sangat sesuai dan pasti menambat hati si penerima.
4) Sambal Aireen
Dihasilkan dari rencah tradisi yang unik dan tersendiri ternyata 7 jenis sambal dari Sakura Pelangi ini pasti menambat hati pembeli. Bak kata orang cuba sekali, pasti repeat berkali-kali!
Jom dapatkan produk keluaran Sakura Pelangi Empire ini di MAHA 2018. Ada 7 pilihan sambal iaitu sambal ikan bilis, sambal hitam pahang, sambal tempoyak. sambal tumis udang, sambal tumis penyet, sambal bilis cili api dan sambal hijau padang.
Sambal Aireen yang diusahakan oleh Evergreen Resources & Management, kita boleh dapatkan di booth 152 Agrotrade 1. Sambal Aireen ini boleh dimakan terus samada bersama dengan nasi, roti dan sebagainya (ikut kesukaan).
Agak unik sedikit ramuan yang digunakan, bagi saya ianya sambal fusion yang mempunyai daya tarikan rasa tempatan yang pastinya akan mendapat sambutan dari peminat sambal pedas. Antara Sambal Aireen yang boleh dicuba adalah seperti Sambal Udang Kedondong, Sambal Nenas Ikan Masin, Sambal Bilis Lobak dan Sambal Hijau Kantan.
Merah mak ngah sangat ni...sambal Aireen!!!
Passttt, ada cabutan bertuah hokeh. Mana tahu beli beria-ia Sambal Aireen kat MAHA 2018, boleh menang voucher percutian dan penginapan. Jom borong Sambal Aireen!
Bagi mereka yang sentiasa menghadapi masalah sembelit bolehlah mengamalkan minuman QMERA. Ini kerana limau nipis juga sebenarnya mempunyai sebatian yang boleh membantu merangsang rembesan pencernaan dalam perut.
Dijual 6 botol untuk satu pek dan boleh didapati di Agro Trade 1 - Booth No. 23, Hall A - Booth Space Deal, Rumah Negeri Perak dan juga di Agro Trade 2 - Agrobazaar Online Platform
6). Perencah INNNI
Jom ramai-ramai kita ke MAHA 2018.
Perencah Inni telah berada di pasaran sejak tahun 1986 lagi. Ianya dikatakan ramuan rencah hasil turun menurun dari dapur istana dan kini boleh dirasai seluruh masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Lebih menarik perencah ini dikatakan dapat menaikkan selera dengan memantapkan lagi rasa daripada resepi tradisional timur ke resepi makanan barat. Selain itu juga ianya boleh dijadikan sebagai perapan untuk pelbagai jenis daging dan makanan laut. Bagi saya sendiri segala bahan yang digunakan memang 100% halal dan menyakinkan saya inilah yang terbaik untuk ramuan hidangan buat keluarga.
Korang boleh dapatkan di MAHA 2018 di Booth 162 Agrotrade 1. Harga sangat berpatutan ditawarkan tau!!!
Antara 6 Usahawan Terbaik di MAHA 2018, Jom Dapatkan Produk Mereka!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 25, 2018
Rating:
Menarik la...macam-macam ada ha....best semuanya
ReplyDeletesaya paling rambang mata kalo p tempat tempat macam ni.Pantang tengok.. dan gatal tangan,semua nak di belinya.eheheh. Banyak sangat pilihan makanan kat sini
ReplyDeleteKalau pergi MAHA ni mau terbeli semua sambal homemade tu hihi
ReplyDeletedulu pergi jugak MAHA ni sekarang dah tinggal jauh tak dapat nak pergi.tengok aktiviti pameran dia semua menarik entah bila ada rezeki lagi nak pergi
ReplyDeleteWalaupun amy bertugas di maha..tp tk kesempatan nk pi hall lain2 sbb beso sgt..mcm2 org menjual produk..mmg syok la kalo dpt membeli..siapkn duit je ..kn rambang mata haha
ReplyDeleteI suka betul tengok usahawan tempatan. Produk tempatan pun not bad. I wish have time to visit this place and grab some of the local goodies too. I bet shop sampai tak menang tangan.
ReplyDeleteinilah masanya utk usahawan promosikan produk mereka. bagus ni, lebih banyak pendedahan diorng dapat
ReplyDeleteWow bestnya g Maha dapat semua produk ni hehehe kita tak ada masa lagi nak pergi sana nak juga cuba semua sambal dan juga makanan yang sedap-sedap ni hehehe ok lah kena pergi minggu ni juga...
ReplyDeleteWow... Dah sampai MAHA la.. Terbaik. Untung ke MAHA awal awal ni, dan lagi Untung bila dpt kenal usahawan usahawan hebat di sini
ReplyDeletemacam-macam ada dekat maha ni..tahun ni tak tau dpt pergi ke tak..memg best bila datang maha..kene ada duit je nk ke sini..hehe
ReplyDeleteBestnya siapa yang dapat join MAHA. Saya tak berkesempatan.untuk pergi. Ehhh geram pula tengok sambal fuion agromas tu. Unik !
ReplyDeleteKita dari dulu lagi teringin nak jejakkan kaki ke MAHa. Apakan daya.. Jauh.
ReplyDeleteTengok dari jauh je la. Selalu tengok macam macam ada kat pameran dia. Bestnya. Kalau boleh tengok live kan.
Time flies, I visited last year and can't believe it's been a year already, hopefully I've got the time and chance to visit again this year.
ReplyDeleteBanyak lagi rupanya produk2 local dr usahawan2 kan.. Wawa tak pernah dgr lagi jenama produk yg kak ayu bgtau tu.. Nampak menarik pula .... Bagus MAHA ni sbb mengetengahkan nama2 usahawan tempatan... Dr situ kita dpt kenal brg2 yg mereka jual..
ReplyDeleteMadu, kopi, Sambal, perapan dan limau tu memang mak mak akan beli. Hehehe. Limau Jus tu saya selalu beli stok dekat NSk. Jenama lain. Senang bila ada sebotol dirumah. Memang terasa limau dia. Hahaha. Sambal pelbagai tu nanti saya nak pi cari. Dah habis stok kat rumah.
ReplyDeletegreat products, great business.. MAHA is indeed a very great platform for all businesses...
ReplyDeleteSemoga saya berkesempatan berkunjung ke MAHA dan semoga gak khilaf beli beli semua barang hahahaa... bisa bisa gak balik kampung aku mah
ReplyDelete