Haruman Syahirah Vitalis Mystique Yang Mempersona | Ditawarkan Untuk Masa Yang Terhad

Vitalis Mystique Eau De Cologne' wangian terbaru dari Syahirah yang mampu melonjakkan rasa cinta dan menggamit ingatan yang indah. Wangian yang cukup sempurna aromanya menjadikan saya juga teruja bila pertama kali mencubanya.

Berkesempatan menghadiri ke majlis pelancaran haruman Syahirah Vitalis Mystique di Damansara Petaling Jaya tidak saya lepaskan. Untuk melihat sendiri wangian esklusif yang mampu memberi inspirasi dari kehangatan ibu kota Honolulu Hawai Amerika Syarikat.

Secara imaginasinya jika kita berada di Honolulu, kita adalah bebas dan boleh menjadi diri sendiri. Seperti bebaskan diri untuk menikmati aktiviti yang menarik di Pulau Oahu, Pantai Waikiki mahupun Taman Botani Lyon Arboretum. Begitu juga jika kita berjiwa seni maka Honolulu Museum of Art boleh dituju. Bahkan keindahan 'Diamond Head' spot kawah volkonik antara yang harus kita pergi dan lihatnya sendiri. Nah! Semua elemen ini diterjemahkan didalam balang kaca Vitalis Mystique dari Syahirah.

Turut hadir ke pelancaran haruman Syahirah Vitalis Mystique adalah duta mereka yang baru dilantik iaitu Fiza Thomas dan Jasper Supayah. Untuk pengetahuan semua pemilihan kedua selebriti ini adalah ciri dalam diri mereka yang begitu aktif, berkeyakinan dan ceria. Menurut Fiza Thomas sebagai pemain teater muzikal beliau perlu sentiasa ada aura positif. Dengan Syahirah Vitalis Mystique mampu memberikan beliau ketenangan dan lebih berketerampilan.

Begitu juga dengan Jasper Supayah salah seorang pelakon yang menjayakan filem Polis Evo 2. Menurut Jasper, beliau begitu cerewet dalam pemilihan wangian. Adakalanya mengambil berjam masa lamanya untuk memilih. Namun haruman Syahirah Vitalis Mystique benar-benar menarik hati beliau ini kerana harumannya begitu lembut dan tahan agak lama. Haruman Vitalis Mystique ini juga bagus untuk mengekalkan pesona diri tidak kira masa dan di mana jua.

Saya sendiri begitu kagum dengan penampilan botol serta haruman di bawah label jenama Syahirah ini. Semuanya wangi dan benar-benar memikat hati.

Untuk pengetahuan semua terdapat tiga komposisi nota utama iaitu kemanisan buah rasberi, keharuman bunga peony serta kehangatan aroma musky yang mampu menyuntik tenaga yang berbeza sebaik sahaja semburan pertama ke atas diri kita.

Mystique EDC adalah produk terbaru dari rangkaian Syahirah Vitalis yang mana sebelum ini sudah ada di pasaran enam haruman yang berbeza aroma yang boleh dipilih mengikut kesesuaian keperibadian kita sebagai seorang wanita.

Antara haruman rangkaian Syahirah Vitalis adalah seperti Houte Couture, Femme Chic, Celebrite, Magnifique, Empress dan Dazzling!

Saya juga sempat mempelajari tentang jenis bauan wangian dan juga berpeluang membuat haruman sendiri. Bengkel ringkas ini dikendalikan oleh pakar wangian daripada Givaudan. Seronok dan menarik!

Tadaaa!! Wangian Love by Ayuarjuna :-) Saya memilih bahagian bawah (bottom) wangian sandal wood, digabungkan dibahagian tengah campuran wangian strawberi dan vanilla. Serta percikan aroma di bahagian atas (to) adalah bauan bunga daisi! Sangat wangi dan manis baunya. Memang kena dengan personaliti saya.

Rezeki menang hadiah sempena dengan peraduan di instagram, rezeki alhamdulillah.

Jangan lupa untuk dapatkan haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC Edisi terhad yang bermula dari November sehingga Disember 2018 bersempena dengan sambutan Tahun Baru yang bakal menjelma tidak lama lagi. Boleh dapatkannya di pasaraya dan rangkaian farmasi terkemuka pada harga RM19.90 sahaja.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Haruman Syahirah Vitalis Mystique Yang Mempersona | Ditawarkan Untuk Masa Yang Terhad Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 29, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. wah Syahirah keluarkan perfume! sha tahu pasal skincare je, packaging perfume ni cantiklah! nampak elegent sangat, dengan harga pun berpatutan. nanti kena beli ni

    ReplyDelete
  2. cantik jugak bottle dia boleh jadi hiasan meja makeup.nanti nak cuba la wangi ke tak.biasa guna produk kulit syahirah je

    ReplyDelete
  3. SA dah ada 2 botol minyak wangi Syahirah ni...now ada yang baru plak eh...bestnya...tahniah Ayu menang peraduan instagram...best betul hadiah dia tu ha...

    ReplyDelete
  4. Ada perfume dah? Baru tau ni sebab ai bukan penggemar perfume. Kalau beli sebotol boleh tahan bertahun lamanya sampai expired. Huhuhu. Tapi kalau skincare dia ok.

    ReplyDelete
  5. waa lovess the ambience masa launching tu, cantiknyaa dan mcm best jee tuu! comel2 siap ada those ballerina girls hehe. suka jugak tgk packaging dia, nampak sweet dan elegant jugak. best yea bau2 dia? nnt nk try jugaklah, mcm best jee hehe.

    ReplyDelete
  6. Murah jugak harga dia kan. Mampu milik. Tapi bau syahirah vitalis ni memang sedap pun.

    ReplyDelete
  7. Lawa jgk botol produk wangian syahirah ni.. Harga dia murah boleh sangat lah kalau nak beli nanti

    ReplyDelete
  8. Kita pernah bau haruman minyak wangi ni memang sesuai untuk wanita yang aktif dalam masa sama still nak nampak ayu heheheh ok lah botol pun makin cantik sekarang exclusive...

    ReplyDelete
  9. Nampak macam cantik plak botolnya kan. Wangi tak? Nanti nak try dari Ayu boleh? Hehe. Harganya memang mampu milik. Mesti ramai yang akan berminat nak membelinya kan

    ReplyDelete
  10. Wah syahirah ada keluarkan perfume baru. Packaging pun lawa nampak class dan mewah je. Mesti nak Cuba 1 day.

    ReplyDelete
  11. Kita penah pakai perfume ni.. Botol dia nmpk exclusive kan... Kalau beli kt watsons selalu dpt hrga time sales... Hehhee.. Bau dia pon sedap2 xterlalu kuat menusuk hidung... Terbaiklah syahirah!

    ReplyDelete
  12. Wah produk purfume baru dlm pasara . Suke tgok packaging die nmpk eksklusif. Bau mesti semerbak ni. Boleh la syorkan kt mak dgn kak sbb dieorg mmg suke perfume2 ni. Skang ni susah nk cari perfume betul2 berkualiti pada harga berpatutan. hehehe

    ReplyDelete
  13. Yeay syahirah ada perfume baru la. Botol dia pun sangat eksklusif dan nampak cantik. Nak cari la satu ni

    ReplyDelete
  14. Syahirah ni rajin betul buat perfume baru. yang dulu pakai pon tak habis2 lagi. tapi memang suka pakai produk ni. wangiii hehehe sampai husband pon sibuk nak pakai. hehehe

    ReplyDelete
  15. Dulu pakai produk syahirah ni, pastu lama dh tak pakai. Wah ni keluar perfume baru erk.. Messti wangi bau dia.. Best juga syahirah ni.. Nak carila.. Cantik botol dia.. Nampak eksklusif tapi harga tak mahal pun kan

    ReplyDelete
  16. Bau dia memang wangi.. TB suka sangat-sangat.. hari tu berebut dengan mak.. hahaha.. ada hijau dan merah.. mak nak kaler merah.. so.. TB amik hijau.. hihoih

    ReplyDelete
  17. Qiya pun suka bau sandal wood dan vanilla, macam ada persamaan je dengan kak Ayu hihi. Produk Syahirah ni yang paling best sebab ada dijual dekat semua supermarket, so senang nak cari. Lagipun da lama berada di pasaran kan, trusted brand gitu. Boleh la survey-survey nanti hihi

    ReplyDelete
  18. Amboi amboi kak ayu.. Tengok gambar pakai mask tu tak kenal dah haa.. Anyway, Bella tak pernah try lagi perfume brand Syahirah ni tapi combination bau2an dia macam best je. Harga pun murah dan mampu untuk beli. Maybe Bella boleh try check it out kat supermarket atau pharmacy berdekatan.

    ReplyDelete
  19. Patutlahh nampak kak ayu lebih yakin skrg ni. Ada wangian yg memberi suntikan positif rupanya

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.