Kosmetik W7 Kini Berada di Guardian Malaysia

Yuhuuuu !!

Mereka yang sukakan produk mekap pastinya akan teruja dengan kehadiran produk W7 ke Malaysia. Produk kosmetik yang cukup popular di London kini telahpun berada di pasaran Malaysia yang mana kita boleh dapatkannya di farmasi Guardian yang terpilih.

W7 dinamakan atas nombor poskod - W7 di West London merupakan jenama kosmetik yang menggunakan bahan-bahan terbaik didalam formulasi dan inovasi bagi membantu penggunanya mencapai gaya seperti yang diinginkan untuk kekal 'trendy'.

Sehingga kini produk W7 mempunyai lebih 100 produk solekan, ini termasuklah primer solekan, bedak asas, penyamar, bedak, pemerah pipi, solekan kontur, pembayang mata, celak, maskara, alis, pensel bibir dan gincu. Menariknya semua barangan kosmetik jenama W7 dijual pada harga RM20 ke atas.

Saya juga difahamkan produk kosmetik W7 juga didatangkan dengan pelbagai pembungkusan menarik bersesuaian dengan nama produk bagi mencerminkan keperibadian jenama secara keseluruhan.

Antara produk W7 yang sentiasa mendapat permintaan seperti Colour Me Buff Eye Shadow Palette (ada 12 warna), Delicious Eye Colour Palette (ada 14 warna), Mega Matte Lips Lipstik dan juga produk paling famous iaitu Genius Feather Light Foundation, Blazin' Eye Shadow Palette (ada 12 warna) dan Duo Blusher.

Produk W7 adalah selamat digunakan kerana ianya tidak mempunyai bahan logam seperti TBTO (pengawet) serta bahan-bahan terlarang yang lain.

Jom dapatkan produk W7 di Guardian yang terpilih!
Kosmetik W7 Kini Berada di Guardian Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 14, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.