Pencuci Mulut Berkhasiat, Mudah dan Enak | Puding Trifle Yeo's Yeogurt Laici

Hidup kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari sememangnya menjadi impian semua orang. Apatah lagi bebanan tugasan setiap hari memerlukan kita untuk sentiasa cergas dan bersedia menyelesaikan pelbagai tugasan dengan segera.

Bagi saya sendiri untuk mengekalkan gaya hidup sihat ianya perlulah dimulakan dengan pemakanan yang berkhasiat. Dan Yeo's Yeogurt adalah pilihan saya dan keluarga sebagai minuman kultur 'on-the-go' yang dipercayai mengandungi khasiat yang diperlukan badan setiap hari. Sepertimana yang kita ketahui Yeo's Yeogurt kaya dengan khasiat susu dan asid laktik. Sekaligus ianya sangat membantu dalam proses penghadaman terutama mengelakkan dari mengalami masalah sembelit.

Terdapat 6 varian Yeo's Yeogurt iaitu Mangga, Laici. Anggur, Epal Hijau, Oren dan Asli (tiada perisa). Ke semuanya varian ini sememangnya sedap dan sentiasa menjadi pilihan keluarga saya. Selain boleh dinikmati secara sejuk, Yeo's Yeogurt juga enak dinikmati pada suhu bilik. Menariknya ianya tetap segar dan rasanya masih kekal sama biarpun dibiarkan pada suhu bilik yang lama.

Sebagai ibu, saya akan memastikan setiap hari ahli keluarga saya mendapat khasiat sepenuhnya dalam setiap hidangan yang dinikmati. Jadi saya perlu menjadi lebih kreatif dalam penyediaan hidangan terutama yang menjadi kegemaran seisi keluarga.

Antara hidangan pencuci mulut yang sangat ringkas dan mudah penyediaannya ialah Puding Trifle Yeo's Yeogurt Laici.

Bahan yang diperlukan:-

Yeo's Yeogurt Laici 250ml (2 kotak)
Kek gulung (boleh guna apa sahaja perisa)
Kristal Jelly
Tepung kastard (1 cawan)
1 tin buahan koktel (asingkan buah dan air)
Gula pasir (1/2 cawan)
Air (2 cawan)

Kaedah:-

  • Potong kek gulung lebih kurang dalam setebal 1cm.
  • Susun kek bagi memenuhi keseluruhan ruang di dalam bekas (Say aguna bekas kaca untuk nampak lebih menarik).
  • Tekan sehingga padat, masukkan/renjiskan sedikit dengan air dari buahan koktel yang telah diasingkan.
  • Ketepikan seketika.


  •  Untuk bahagian lapisan kastard. Masukkan tepung kastard.

  • Seterusnya campurkan dengan air minuman Yeo's Yeogurt Laici


  • Seterusnya masukkan gula dan air.


  • Kacau rata.
  • Seterusnya panaskan di atas api dapur sederhana.
  • Masak sehingga likat dan berkilat.


  • Tuangkan kastard di atas kek gulung yang telah disusun dalam bekas.


  • Taburkan buahan koktel di atas lapisan kastard.
  • Letakkan sekejap didalam peti ais.


  • Bancuh serbuk kristal jelly bersama 400ml air.
  • Masak sehingga ianya menggelegak dengan api perlahan.

  • Tuang jelly ke dalam bekas puding yang telah disejukkan.

  • Siap boleh dimakan!
  • Lebih enak jika dimasukkan dalam peti sejuk seketika. Ini kerana Puding Koktel Yeo's Yeogurt Laici ini enak dinikmati ketika berada didalam keadaan sejuk.


  • Gambar puding dari tepi :-)

Nom nom nom...sekejap jer licin kalau dihidangkan untuk keluarga.



Untuk lebih jelas, boleh tonton video cara penyediaan Puding Trifle Yeo's Yeogurt Laici.

Memang seronok apabila boleh menikmati pencuci mulut ini sebagai hidangan minum petang atau di majlis keraian. Dengan rasa enak dan khasiat terbaik dari produk Yeo's Yeogurt yang digunakan sebagai salah satu ramuan menjadikan ianya sajian yang begitu istimewa.

#yeosyeogurt
#resepimudah
Pencuci Mulut Berkhasiat, Mudah dan Enak | Puding Trifle Yeo's Yeogurt Laici Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 22, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. Mesti sedap kan. Haritu adik ada buat. Tapi tak la bubuh air yeos ni.
    Nanti nak try la buat. Guna air kotak ni. Terliur pulak kita tengok ni ha.. 😅

    ReplyDelete
  2. Boleh la try gunakan yogurt yeos ni masa buat puding tu nanti..Mesti lebih sedap kan.. yang tengok ni pun dah kecur air liur dah

    ReplyDelete
  3. puding trifle dgn yeogurt laici...sedap tu...lama tk buat trifle ni..mudah sgt dessert ni..

    ReplyDelete
  4. Rajinnya la Ayu nie. Macam sedap dan mudah plak kan. Adakah perlu Rawlins mencubanya atau menunggu Ayu menjemput untuk try out makan kat rumah Ayu?

    ReplyDelete
  5. waa mesti seronok satu family dapat makan dessert kan, yum yum hehe. senang pon mmg senang dah tu nk buat, qeela pon suka buat dessert2 mcm ni unt mkn sendiri dgn family, tp usually lg suka akk qeela buatkan sbb dia mmg pakar haha especially cake2. anyway nice sharing 😄

    ReplyDelete
  6. wah unik sangat dessert ni..kek bawah atas puding..takde susah mana nak buatnya..boleh cuba ni..nak cari air yeos ni nanti

    ReplyDelete
  7. Ya Allah akak sedap dan mudahnya nak buat pudding ni kita tak tahu pun baru tahu ok lah nanti kita akan cuba heheheh dah lama tak makan pudding ni mesti kena guna produk Yeo's ok lah tu ada kat peti ais ni banyak stok...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah nampak sedap betul. Nampak mcm senang je bila kak ayu buat. Tapi nanti nk cuba buat sendiri, huru hara jadinya. To still nk cuba. Nk asah bakat 😅😅

    ReplyDelete
  9. Namapk senang je buat tapi tak tahulah jadi ke tak kalau Bella buat. Meman tak pandai dan tak pernah buat dessert or puding ni. Macam manalh rsa guna Yeogurt ni. Boleh follow resepi ni lah.

    ReplyDelete
  10. Simple je kan buat triffle tapi Liez tak pernah buat lagi.. ok gak ada resepi ni nanti liez boleh cuba buat time cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  11. Uishh sedapnya kak... Kita dulu zmn study suka buat puding triffle... Tp dh kwen ni mls buat lak sbb suami xsuka.. Mcm xsyok mkn sorg... Ehhh, guna yeos laici ke... Sedap x? Rupa air tu wrne putih ke sbb de yogurt kan? Xpenah try yg laici lagi... Boleh try nnti resepi ni . Menggiurkan tekak.

    ReplyDelete
  12. teringin pulak TB nak mencuba.. alahai.. terliur sangat dha ni.. hehehe.. selalu tengok kawan2 share pasal yogurt yeos ni.. kalau buat pudingni agak-agak menjadi tak? hahaha

    ReplyDelete
  13. This is such a creative dessert, first time seeing this and it looks delicious.

    ReplyDelete
  14. Ouh tak pernah pulak terlintas nak guna air kotak untuk buat dessert kan? Memang kreatif lar idea yang kita dapat ni. :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.