Pink Light Mall Hunt Bersama Avon Malaysia

Hi korang!

Lama dah tak join treasure hunt. Macam rasa dah pencen ya jugak, hahaha. Tetapi memandangkan member beria nak join dan juga sebagai tanda sokongan terhadap kempen kesedaran payu dara yang berlangsung sepanjang bulan Oktober maka dengan senang hati saya pun menyertai Pink Light Mall Hunt bersama mereka.

Acara Pink Light Mall Hunt di pusat membeli belah Berjaya Times Square ini dianjurkan oleh Avon Malaysia.  Dan ianya disertai lebih kurang 200 orang peserta. Setiap kumpulan minimum adalah 2 orang dan maksimum adalah 4 orang.

Acara dimulakan pada seawal 10 pagi dan terdapat 2 set soalan yang perlu diselesaikan. Satu set adalah soalan di kertas merah merupakan soalan pop kuiz mengenai kempen kesedaran kanser payu dara.

Banyak yang saya pelajari terutama mengenai fakta dan informasi mengenai kanser ini yang jumlah pesakitnya semakin meningkat setiap tahun.

Tempoh yang diberikan dari 10.00 pagi sehingga 12.30 petang. Terdapat 30 soalan yang sangat mencabar perlu diselesaikan. Setiap soalan memang kita kena fikir luar dari kotak fikiran. Memang masa 'brainstorming' nak mencari jawapan, macam-macam idea dan jawapan yang timbul. Memang kelakar.

Dari klu yang diberikan kita perlu teka apa nama kedai yang dicari. Bayangkan punyalah besar keluasan Berjaya Times Square,  30 nama outlet dari banyak-banyak outlet disitu adalah jawapan yang perlu diisi pada kertas jawapan.


Stresskan, hahahahah.



Nama kumpulan pun Crazy Pink Glam...memang giler glamour, hakhak. Apa yang menarik mengenai treasure hunt ini, saya dapat meluangkan masa dengan kengkawan media yang lain. Bersatu padu menyelesaikan masalah. Kadang-kala masuk juga aktiviti membawang pasal diri sendiri. Memang seronok! Paling kelakar bila timbulnya nama-nama pelik tapi tak jumpapun dalam senarai outlet di Berjaya Times Square :-)

Perlulah ada gambar rasmi kasut peserta yang menyertai. Simbolik ni.

Dan dalam 30 soalan hanya 17 sahaja yang betul. Oklah kot lebih daripada separuh soalan, hahahaha. Dengan 6-7 soalan kitaorang tembak jer meraban-raban janji tidak ditinggalkan kosong. Bak kata orang amatur treasure hunt "Kena latih diri join selalu, barulah tahu cari jawapan yang dituju"...


Kehkehkeh.

******************************

Untuk pengetahuan semua Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd merupakan antara syarikat korporat yang komited untuk terus membantu lebih ramai wanita agar mementingkan kesihatan payudara mereka. Usaha tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama rakan strategik diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran mengenai pembunuh no 1 wanita ini.


Melalui Kempen Pink Light Project 2018, Avon bersama rakan strategik utama, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) menjalankan usahasama sepanjang Oktober ini untuk mendekati lebih ramai wanita di 11 lokasi di semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk membantu mereka mengetahui, tanda-tanda awal, risiko dan bagaimana mengambil tindakan seterusnya. Misi ini bertujuan memastikan tiada wanita yang kehilangan nyawa akibat tiada pengetahuan dan pendedahan mengenai kanser payudara.

Di Majlis Penutup Kempen Pink Light Project yang disempurnakan oleh Dato Mariam Mas Binti Yacob, Pengerusi LPPKN, Avon telah menyerahkan sumbangan bernilai RM25,000 kepada MAKNA melalui kempen bergerak diseluruh negara untuk memberikan pemeriksaan mamogram percuma selepas bulan Oktober ini.

Sesi penyerahan sumbangan oleh Pengurus Besar Avon Malaysia, Onur Erdinc kepada Habiba Abdul Rahman, Presiden Kumpulan Sokongan MAKNA turut disaksikan oleh Pengerusi LPPKN. Sehingga kini, Avon telah menyumbangkan RM1.3 juta melalui kempen kanser payudara semenjak dilancarkan pada tahun 1992 ini untuk digunakan bagi pelabagai tujuan yang berkaitan dengan kanser payudara kepada beberapa buah hospital, pusat kanser payudara, badan bukan kerajaan dan aktiviti sokongan yang dijalankan oleh Avon


Para pemenang Pink Light Mall Hunt bersama VIP dan hadiah yang dimenangi. Tahniah diucapkan :-)

Jangan lupa dapatkan maklumat lanjut mengenai siri jelajah Avon dan MAKNA di laman sesawang shop.avon.my dan media sosial @avonmy yerrp.

Pink Light Mall Hunt Bersama Avon Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 01, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.