Spa BioPearl Setia Alam Khas Buat Muslimah
Dan saya telah memilih Spa BioPearl yang terletak di Setia Alam. Apa yang menarik kawasan Spa ini adalah di kawasan deretan kedai/perniagaan yang ada menawarkan begitu banyak parking. Jadi kita tidak perlu risau sekiranya datang bersama kenderaan sendiri.
Biasanya prosedur sebelum menerima rawatan, kita akan berunding dengan 'beautician' terlebih dahulu. Dan ianya juga bergantung kepada jenis rawatan yang ingin kita ambil juga. Apa yang menarik di Spa Bio Pearl ini bukan hanya menawarkan rawatan muka, bahkan terdapat juga perkhimatan urutan badan dan salon rambut. Jadi dengan adanya banyak pilihan perkhidmatan memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan jenis rawatan yang mereka kehendaki hanya di satu tempat sehenti.
Seperti saya yang ada masalah kulit muka tidak bermaya, kawasan t-zone yang terlalu berminyak, sedikit kusam terutama di bahagian pipi dan bawah mata. Jadi saya telah berunding/berkonsultansi bersama 'beautician' Spa BioPearl, tentang jenis rawatan yang sesuai untuk masalah kulit muka saya. Pada masa sama saya juga diberi beberapa tips selepas rawatan.
Terus terang saya katakan pekerja Spa BioPearl memang mesra dan mudah dibawa berbincang.Saya sendiri begitu senang hendak meluahkan masalah kulit, pada yang sama saya juga diberikan beberapa tips berguna dalam penjagaan harian muka.
Ada kemudahan tandas yang sangat bersih!
Paling saya teruja disediakan bilik solat juga. Disediakan telekung dan bilik ini memang selesa untuk beribadat.
Bilik rawatan disini memang esklusif. Setiap bilik memang menempatkan satu sahaja katil rawatan. Jadi kita pun secara automatik akan berasa selesa ketika menerima rawatan disini.
Nama Spa BioPearl diambil juga bersempena dengan produk kecantikan yang digunakan adalah daripada jenama BioPearl. Paling penting ramuan yang digunakan halal dan selamt digunakan untuk semua jenis kulit muka.
1. Skn Tag, Oil Cyst & Acne
- Membersih pori-pori
- Membuang kutil
- Membuang lapisan kminyak dibawah lapisan kulit
- Merawat jerawat
2. Oxyfusion
- Menjadikan kulit lebih sihat, segar dan bertenaga.
- Serta membatu meransang mengeluarkan kologen dan pertumbuhan elastin.
- Membantu membuang sel-selu kulit mati yang degil.
- Meransang pengeluaran kologen dan sel-sel kulit baru.
- Mencerahkan kulit.
- Kulit wajah lebih 'glowing'
4. GlamGlow (Micro Needle)
- Memasukkan kologen kulit
- Membuat kulit lebih cerah
- Membantu penyerapan produk jauh ke dalam
- Mengecilkan pori-pori
5. RF/SRF (Wellbox)
- Menegang dan membentuk shape muka
- Mengurangkan sembab mata
- Melancarkan perjalanan darah
Dan saya telah menjalani rawatan Oxyfusion dan Vacubrasion :-)
Memang best betul! Dari mula muka dibersihkan, diberikan juga urutan secara perlahan-lahan. Kita dapat rasa "syok" betul apabila muka dimanjakan dengan lembut.
Menggunakan mesin khas untu menyedut kulit-kulit mati yang degil. Dan kulit wajah saya diberikan oksigem serta serum. Memang terus rasa kulit muka kita begitu bersih dan anjal.
Didapati juga saya perlu membuat rawatan skin tag. Iaitu pembuangan lebihan lemak atau kulit yang berbenjol. Orang kata disebabkan oleh kelebihan kolestrol. Tetapi sebenarnya terdapat banyak faktor kenapa setengah orang boleh mengalami masalah lebihan kolestrol ataupun kalau orang tua selalu mengelarkannya sebagai kutil. Saya difahamkan ianya mungkin disebabkan oleh gaya hidup ataupun keturunan mahupun dek perubahan hormon dalam badan. Dan ianya sebenarnya boleh membesar OK! Jika semakin berusia ianya akan menjadi lebih besar dan boleh memberi rasa tidak selesa.
Ini paling best! Pakai mask khas dari Spa BioPearl. Memang sejuk jer rasa muka. Siap rasa boleh nak tidur lena hokeh, hehehehe.
Rawatan selama 120 minit memang puas hati. Secara jujurnya memang saya dapat rasakan kelainan pada kulit muka sebelum menerima rawatan sehinggalah selesai rawatan. Muka rasa lebih bersih, anjal dan paling penting saya mula rasa lebih yakin diri bila tengok wajah jadi "glowing" di skrin telefon, hakhak. Gituhhh.
Disediakan juga secangkir minuman panas teh jasmin bagi untuk lebih rasa kepuasan dan kelegaan selepas menerima rawatan.
Memandangkan di Spa BioPearl juga ada salon rambut. Haruslah saya menggunting rambut saya disini. Memandangkan agak sukar untuk mendapatkan salon yang sesuai untuk muslimah di tempat lain. Selain itu terdapat juga perkhidmatan dandanan dan cuci rambut. Memang lengkap dengan semua perkakasan khas untuk dandanan rambut ada di salon di sini.
Seronok! Servis memang tip-top. Memang rekomen semua kengkawan untuk mendapatkan servis samada rawatan muka, urutan mahupun dandanan rambut.
So korang boleh walk-ini terus atau hubungi pihak Spa untuk temujanji awal.
ALAMAT SPA BIOPEARL:
No.29-1-1, Jalan Setia Prima A, U13/A
Setia Alam 40170, Selangor .
CALL / WHATSAPP
www.wasap.my/60182168548
Website : http://www.biopearlonline.com/
IG: https://www.instagram.com/biopearlskincare_hq/
FB: https://www.facebook.com/biopearl.setiaalam/
Waktu operasi adalah seperti berikut:
Isnin - Jumaat : 10.00 am - 7.00 pm
Sabtu : 9am - 4pm
Ahad : 9am - 6pm
Jom berSpa di BioPearl Setia Alam. Gerenti puas hati :-)
Setia Alam 40170, Selangor .
CALL / WHATSAPP
www.wasap.my/60182168548
Website : http://www.biopearlonline.com/
IG: https://www.instagram.com/biopearlskincare_hq/
FB: https://www.facebook.com/biopearl.setiaalam/
Waktu operasi adalah seperti berikut:
Isnin - Jumaat : 10.00 am - 7.00 pm
Sabtu : 9am - 4pm
Ahad : 9am - 6pm
Jom berSpa di BioPearl Setia Alam. Gerenti puas hati :-)
Spa BioPearl Setia Alam Khas Buat Muslimah
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 09, 2018
Rating:
Bagusnya ada Spa yang mementingkan privasi muslimah. Suka tengok dekorasi Spa Biopearl. Kemas, cantik, dan tenang :)
ReplyDeleteLEARN YOUR ACTUAL ELIGIBILITY TO APPLYING FOR A HOME LOAN
Makin banyak salun Muslimah sekarang ni. Bagus la senang wanita-wanita ni nak memanjakan diri. Lagi2 mak mak yg perlu rehat sekali skale ni hehe
ReplyDeleteFuh dah lama saya tak pi facial. Asyik lupa je. Kadang dah booking masa, tapi tak boleh pergi. Wuwuwuw. Nanti saya nak buat kat tempat akak pi ni. Suka suasana tempat ni. Hehe
ReplyDeleteAda kawan yang mencari salun muslimah nie. Harapnya dia tak kisah sebab nak travel dari Bangi ke sana tu kan. Tapi nampak macam best jer treatment dia. Ayu pun makin berseri
ReplyDeleteyeah me too having skin tag, yeah love to pamperself too. Skincare treatment seldom go now as need to fetch kids. Need to find time for self soon, skincare important as skin exposure to sun always.
ReplyDeletepatulah glow and glowing! ini rahciew dia hahahaha. anyway lelaki punya takde ke saja la survey
ReplyDeleteSekali sekala memnag kena pergi spa untuk rawatan kulit wajah kan. Bila umur meningkat memang macam macam masalah timbul. Saya pun nak pergi spa juga nanti.
ReplyDeleteur treatment looks great.. time to hv more beautiful skin after facial.. heheheheh~
ReplyDeletewaa bestnyaa bila buat facial manjakan diri mcm ni kan, pakej nicee jugak tu bila facial sekali dgn rambut hehe. Lg best if dpt complete dgn massage hehe. Mmg favourite qeela jugak ni semua ni, lagi2 if dpt tau spa yg utamakan muslimah mcm ni, baru rasa betul2 selesa nk pergi dan dptkan servis di situ kan. Nampak mcm terbaik jugak spa BioPearl ni, nnt nk try jugaklah 😃
ReplyDeleteSaya baca baca lepas tu saya rasa kagum gila bile akak cerita pasal surau tu. Tak pernah lagi saya jumpe spa yang ada buat surau untuk customer dia
ReplyDeleteRasanya ni first time dengar ada tempat khas solat. Baguslah menitikberatkan muslimah. Ena pon kalau nak p saloon mesti pegi kt kedai yg ada pakej muslimah. Xkesahla jauh cikit nak pegi janji dapat jaga aurat kan.kalau spa pon ada memang bagus. Makin ramai lah nak ber spa.
ReplyDeleteWAh, first time tahu ada spa yang lengkap siap dengan salon sekali.memang berbaloi sangat "me time" di sini. Boleh masuk dalam wishlist me time lepas ni . Thanks for sharing ayu
ReplyDeleteBagus ada spa macam ni, khas untuk muslimat je. Takde la bukan mahram ternampak aurat kan. wah surau pun disediakan kan..memamng syariah complaince btol ni hehe
ReplyDeleteAla SPA untuk muslimah jer untuk lelaki macam ni kita ni tak ada ker hehehe sebab kita pun pemalu kalau tengah buat rawatan orang tengok wakakaka tapi ada untuk lelaki nak pergi lah...
ReplyDeletewah macam seronok pula dapat urutan macam ni, adush tengok dia punya masker kelabu tu cemoih mulut juga tu... nampak macam messy a bit tapi kalau rasa sejok tu okay.. nanti ill go check out
ReplyDeletebestnya dapat manjakan wajah.. liez pun dh lama tak kespa.. biar org bersihkan wajah dan godek-godek apa yang patut..sesekali kena ke spa untuk buat facial agar kulit bersih
ReplyDeleteLama dah tak buat rawatan wajah. Bagusla spa ni siap ada dandanan rambut juga. Satu tempat pergi semua boleh buat. Buat muslimah spa ni sngt sesuai lah dikunjungi.
ReplyDeleteWahhh spa utk muslimahhh.. Spa yg dinanti2kan oleh kaum hawa nk privasi.. Skrg ssh nk jumpa spa cmni kan.. Sllu byk spa dr cina.. Tgok rawatan dan kemudahan dia semuanya best... Kalau dkt ni dh terjah ke sini da.. Hahaha... Xtakpe boleh suggest kat akk ipar sbb dia duduk sana..
ReplyDeleteSyoknyaaa me time macam ni. Emi pun teringin gak nak buat treatment kat spa mcm ni. tapi asyik busy je memanjang, cane
ReplyDeleteCan see the effect at your skin after the treatment. Good also to enjoy yourself and relax.
ReplyDeleteThe benefit of massage therapy was realized very early on and its primitive practices date back to ancient Chinese, Indian, Greek, and Roman cultures that used massage to treat everything from pain to paralysis. 성남출장안마
ReplyDelete