Banyak Hadiah Comel dan Menarik Boleh Kita Dapatkan di Guardian Bersempena Dengan Krismas
HOLLA!!! Baru-baru ini saya telah menghadiri satu majlis bersama media anjuran Guardian Malaysia. Apa yang menarik selain daripada aktiviti makan-makan bersama rakan media yang lain, kami turut diperkenalkan dengan 80 set hadiah yang cukup menarik dan praktikal. Ianya samada daripada jenama antarabangsa eksklusif Guardian mahupun Jenama Sendiri (Own Brand) yang memberi lebih banyak penjimatan.
Terdapat juga barangan kosmetik, beg, penjagaan kulit, penjagaan bibir, set mandian, wangian, set berus dan banyak lagi. Semuanya didatangkan dengan pembungkusan yang sangat comel dan cantik.
Produk yang ditawarkan memang berkualiti dengan harga yang cukup berpatutan. Memang berbaloi jika kita dapatkan barangan ini sebagai hadiah krimas kepada mereka yang tersayang. Saya sendiri ingin dapatkan untuk kegunaan sendiri. Sebab ianya sangat comel!
Jangan lupa korang untuk dapatkan item promosi ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ Guardian Malaysia bermula pada 29 November 2018 di seluruh 430 stornya dan ianya bakal berakhir pada 31 Disember 2018.
Dan untuk kekal relevan dengan pelanggan dalam arus zaman yang sentiasa berubah, Guardian Malaysia akan melancarkan ‘Your Personal Guardian’ di Facebook Messenger pada bulan Disember ini. Ianya bertujuan membantu dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mendapatkan hadiah yang sesuai untuk orang tersayang.
Banyak Hadiah Comel dan Menarik Boleh Kita Dapatkan di Guardian Bersempena Dengan Krismas
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 01, 2018
Rating:
No comments:
Sharing is caring...