Jom Meriahkan Iskarnival Main Main 2018
ISKARNIVAL 2018 dengan bertemakan Main Main bakal berlangsung bermula 8 Disember sehingga 9 Disember 2018 di Iskandar Puteri Johor Bahru. Tema Main Main dipilih inspirasi daripada perkataan asas 'MAIN', iaitu yang boleh melibatkan pembangunan dan pembentukan sosial, intelektual, kreativiti, meneyelesaikan masalah dan kesihatan emosi.
Lebih menarik lagi, festival yang berlangsung selama dua hari ini akan membawa bakat-bakat seni tanahair baru dan lama didalam satu platform yang mana mereka boleh bertemu dengan segenap lapisan masyarakat yang menghadiri ke festival ini. Dan ISKARNIVAL Main Main 2018 ini juga dianjurkan bersempena dengan Ulangtahun yang pertama bandar Iskandar Puteri Johor Bahru.
Turut hadir ke majlis sidang media ISKARNIVAL 2018 ialah Mr. Kenny Wong Koon Keng Ketua Pegawai Pemasaran, UEM Sunrise yang turut menzahirkan rasa keterujaan beliau tentang aktiviti dan acara yang bakal berlangsung sepanjang festival ini. Menurut Mr. Kenny ISKARNIVAL 2018 adalah festival yang boleh melahirkan pelbagai idea inovatif daripada pelbagai pihak dalam mewujudkan industri kreatif sebagai pemacu ekonomi negara pada masa hadapan.
Ekonomi kreatif termasuklah rekabentuk, kraft, seni, pemainan video atas talian, fesyen filem, persembahan seni, R&D, penerbitan dan penerbitan perisian. Dan UEM Sunrise merupakan pemaju utama bandar Iskandar Puteri, pihak yang bertanggungjawab merangka pembangunan insfrastruktur fizikal serta memperkenalkan ekosistem industri kreatif.
Antara tarikan utama ISKARNIVAL Main Main 2018 adalah Moscow Circus dan Dinosaur Kingdom. Bagi peminat pertunjukan sarkas pastinya sangat menantikan persembahan hebat dari 40 pemain elit sarkas yang didatangkan khas dari dua syarikat sarkas terkenal iaitu Bolshoi dan Nikulin. Dan persembahan sarkas ini adalah antara yang terbesar pernah dijayakan di Malaysia.
Dinosaur Kingdom pasti menjadi pilihan ibubapa untuk membawa anak-anak mereka melihat sendiri 25 animatronik dinasour. Terdapat pertunjukan secara langsung, aktiviti, interaktif 'rides' dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat banyak booth yang dibuka menawarkan pelbagai aktiviti kraf, anyaman bakul, seni buluh dan sebagainya, bazaar yang menjual pelbagai barangan dan semua ini akan dibuka bermula dari 12 tengahari sehingga 12 tengah malam. Masuk adalah percuma tau!
Pihak penganjur juga telah merancang lebih 50 persembahan hebat daripada selebriti tanahair yang berbakat. Antaranya seperti Zee Avi, kumpulan indie Hujan dan juga penyanyi Zamaera seorang penyanyi rap dan R&B.
Kehadiran penyanyi yang cukup 'legend' Man Bai dan Rahim Maarof pastinya akan memeriahkan lagi festival.
Penerima World Music Artist of the year 2018, Lyia Meta turut hadir membuat persembahan. Bagi mereka yang ingin melihat dan mendengar sendiri suara lunak penyanyi Lyia Meta secara 'live' bolehlah datang ke festival pada hari Sabtu, 8 Disember 2018.
Antara artis lain yang akan hadir seperti Joe Flizzow, Yung Raja, Fariz Jabba, Sonaone, Alif dan ramai lagi. Memang meriah! Dengan barisan artis baru dan lama bakal menyampaikan lagu-lagu terbaik mereka.
Tidak dilupakan Sanrio Hello Kitty Town dengan tema pada musim ini "Come Out & Dance in Oz" yang membawakan elemen muzikal 'The Wizard of OZ' ke dalam dunia Hello Kitty. Keterangan lanjut mengenai aktiviti dan acara boleh layari https://www.facebook.com/SanrioHelloKittyTown/
Oh ya! Korang jangan lupa untuk bergambar ketika berada di ISKARNIVAL Main Main 2018, seterusnya muat naik gambar di sosial media dengan meletakkan caption menarik bersama hashtag #iskarnival2018 dan #mainmain2018. Dan korang berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1500.
Permainan tradisi (indor), menaiki bot, permainan di luar (outdoor), The Moscow Circus, Street Circus, Dinosaur Kingdom, booth seni, workshop, persembahan artis dan pelbagai lagi menanti pengunjung-pengunjing ISKARNIVAL Main Main 2018 hujung minggu ini.
Jom Meriahkan Iskarnival Main Main 2018
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 06, 2018
Rating:
menarik program ni, boleh pegi
ReplyDeleteLast 9 hb ye...alamak...macam tak sempat je...anak yg bersunat tu masih terkengkang kengkang jalannya.
ReplyDeletedah ajak husband pergi sikit weekend ni sebab banyak sangat aktiviti menarik, persembahan menarik. tak sabar nak tengok
ReplyDeletebanyak betul program sempena cuti sekolah di sana, tapi belum berkesempatan nak bawa anak-anak untuk sama-sama melibatkan diri dengan aktiviti yang disediakan..
ReplyDeleteBanyak juga program sempena cuti sekolah ni ye.
ReplyDeleteAnak anak seronok la dapat berjalan ke karnival.
Mesti dapat pengalaman baru buat mereka.
Rugi tu siapa yang berdekatan kalau tak pergi.
Menarik ni! Lagi² sarkas. Dah lama tak pergi sarkas . Seronoknya! Dapat tengok live show. Dinosour pon best ni! Best betul kalau dpt pergi! Tapi jauhlah pula. Last pergi sarkas masa umur 2tahun. Gahahahhahahah
ReplyDeletewoww menarik betul niii, lagi2 bila masuk adalah percuma tuu mmg nice habisss haha! mcm ni bolehlah plan dgn family untuk pergi ke sana, bila baca details tu apa yg ada semuanya mcm menarik dan best tu kan! bagus betul bila dianjurkan karnival mcm ni, especially bila bnyk favourite ada cth theme Wizard of Oz, fuhh tak sabar nk tgk mcm mana diorg buat hehe! then siap ada band Hujan, ada pertunjukan mcm2 lagi yg menarik dan tak pernah tgk mesti best tmbh ilmu & pengalaman. thanks for the info yea, looking forward nk pergi! 😃
ReplyDeletegreat sharing here and yes school holidays now, many parents will be thinking where to go. Not many family travel or go vacation now, so this is nice info for them to check out the activities that available.
ReplyDeleteCatchy nama dia ye?. Karnival Main Main. Menarik tu ada Man Bai. Nyanyi lagu Kau Ilhamku tak pun lagu2 dari kumpulan Gersang. Kalau tak tahu nak ke mana leh juga ke sini kan cuti2 sekolah ni.
ReplyDeletefirst time hear about ISKARNIVAL Main Main 2018. it seems like a nice event. good for family and friends to go together and have a fun day there. I wish to go too hehe
ReplyDeleteBanyak juga ye event yang tengah on going dekat Johor Bahru tu. Untunglah orang-orang JB heheh. Seronok jugak tu kalau pergi nak hilangkan bosan. Alang-alang boleh join sekali contest kot-kot ada rezeki menang cash kan :)
ReplyDeleteNampak menarik pulak iskarnival main main ni. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan dengan keluarga kan. Tapi tuhlah masa tak mengizinkan pula saya pergi. Bagus kalau dapat join karnival macam ni, anak anak lah seronokkan
ReplyDeleteMenarik program mcm tu khasnya bg kat anak2 kecik
ReplyDeleteAla kenapa mereka buat karnival ni dua hari sahaja cuba buat seminggu lagi meriah dan sempat lah kita dari Kl nak pergi sana MAIN-MAIN hehehehe. Tengok semua aktiviti yang ada menarik dan menyeronokkan lepas tu barisan artis juga hebat...
ReplyDeleteOhh Is tu untuk bandar Iskandar Puteri rupanya. Dah setahun umurnya. Banyak juga aktiviti yang dianjurkan sempene ulangtahun bandar ni. Pertunjukan Moscow Circus menarik perhatian. Mesti hebat persembahan dorang.
ReplyDeleteAda cosplay? Menarik nie. Pastu barisan artis dia pun meriah. Macam nak pergi la - dah masukkan dalam jadual. Yeah!
ReplyDeletelooks like a lot of activities especially for the kids during this year end holiday at bandar iskandar puteri. no wonder the name is iskarnival hahaha
ReplyDeleteInvest in PRS to get Tax Relief!
Wah banyak betul aktiviti menarik kat Iskandar ni. Atleast pelancong pun banyak pilihan apa dorang nak buat kat Iskandar Puteri. Situ dah jadi pusat tarikan pelancong kan.
ReplyDeleteCan't wait to go back to Johor there seems to be a lot of activities going on, I've been the Dinosaur Kingdom once and my kids loves it.
ReplyDelete