MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery Banyak Keistimewaannya


Kaki wayang mesti excited :-) Sebabnya salah satu rangkaian pawagam kegemaran di Malaysia iaitu MBO Cinemas telah membuka cawangannya yang terbaru iaitu di Atria Shopping Gallery. Bagi saya sendiri perletakan MBO di pusat membeli-belah Atria yang berada di kawasan penempatan Lembah Klang memberi lebih kemudahan penduduk setempat untuk datang dan menonton di sini.

Bertambah menarik MBO Atria juga menampilkan tiga konsep tontonan yang unik iaitu MBO Samsung Onyx Hall, MBO Kecil dan MBO Big Screen.

Antara yang menarik ditawarkan di MBO Atria Shopping Gallery yang korang perlu tahu adalah seperti berikut :-

MBO Kecil


Di MBO Atria Shopping Gallery menawarkan dua dewan pawagam MBO Kecil. Apa yang menarik tentang MBO kecil ianya adalah ruang menonton khusus untuk ibu bapa bersama anak-anak daripada semua peringkat umur dan saiz.


Dengan kemudahan seperti Sofabed kecil, kerusi “bean”, taman permainan di dalam panggung serta kerusi yang selesa untuk penonton dewasa, MBO berjaya menjadi perintis dalam usaha untuk mengalakkan keluarga keluar menonton bersama-sama.

Tidak seperti panggung biasa (tradisional), MBO Kecil membolehkan kanak-kanak berlari bebas dan bermain jika mereka mahukan sambil melayan filem-filem kegemaran mereka. Selain itu, jika korang berminat untuk menganjurkan parti hari jadi untuk anak-anak, koranglah boleh menempah pawagam KECIL. Sekaligus menjadikan pengalaman penganjuran malis hari jadi terbaik dan tidak dapat dilupakan bersama orang tersayang di MBO Cinemas.

Anak bosan untuk duduk diam, berikan mereka peluang untuk bermain di taman mini disediakan didalam panggung. Jadi kita tidak perlu risau dari segi keselamatan anak kerana mereka berada di depan mata. Paling penting kita dapat menonton dengan tenang dan selesa.

MBO Big Screen


MBO turut menyediakan ruang tontonan yang dapat memberikan pengalaman sinematik yang inovatif buat penonton di panggung Big Screen. Dilengkapi dengan teknologi canggih yang merupakan hasil kolaborasi bersama BARCO, projector laser terkemuka yang juga merupakan teknologi yang pertama seumpama ini di Malaysia. Hebatkan!!

Ianya dapat memaparkan kualiti imej sofistikated ke layar perak gergasi dengan kecerahan cahaya yang mengagumkan, kontras warna tinggi dan prestasi warna unggul.

Panggung yang berkonsepkan “avant-garde” ini juga turut dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos yang berteknologi unggul yang membawa penonton masuk ke dalam cerita dengan audio bergerak yang mengisi ruang pawagam dan mengisi setiap ruang sekitar penoton. Impressive!! Bahkan kita akan dapat rasakan bunyi datangnya dari atas sekaligus membuktikan panggung ini memberikan hiburan yang berkualiti premium.

Dolby Atmos sememangnya sentiasa menjadi pilihan yang mampu memberikan kesan bunyi yang terbaik. Dan juga menjadi kegemaran studio-studio utama, pengarah-pengarah dan penganjur
pameran di seluruh dunia.  Buat masa ini, terdapat lebih 1,000 filem ditayangkan dan telah diumumkan menggunakan teknologi Dolby Atmos.

Kerusi di panggung Big Screen memang selesa dan bergaya :-)

MBO Samsung Onyx Hall

Skrin LED pertama MBO Cinemas di negara ini menggunakan resolusi 4k yang mengagumkan dengan teknologi High Dynamic Resolution (HDR) dan ianya dapat memberi persembahan warna yang jelas serta bebas distorsi dengan audio yang sama seperti kehidupan nyata. Skrin dengan piksel resolusi ultra 4k (4,096 x 2,160) menghasilkan butiran yang jelas dan terperinci, sekaligus memberikan pengalaman sinematik yang lain daripada lain kepada peminat fanatik filem.

Bukan sahaja didatangkan dengan kualiti skrin yang menakjubkan, bahkan di dewan pawagam ini urut menggunakan teknologi pembesar suara JBL Surround Sound System oleh Harman yang membolehkan penonton di setiap baris mendengar bunyi yang jelas dan sekata.

Coca Cola Freestyle
Kalau menonton wayang tidak sah rasanya kalau tidak membeli bertih jagung (popcorn) dan minuman soda. Di MBO Cinemas turut memperkenalkan konsep minuman revolusioner baru Coca Cola di lebih 46,000 cawangannya di seluruh dunia. Penggemar filem boleh memilih pelbagai perisa daripada lebih 50 kombinasi pilihan minuman melalui mesin dispenser minuman interaktif dengan paparan skrin sentuh.

Perkhidmatan unik ini juga akan diubah-suai untuk memberikan perisa yang kena dengan selera rasa rakyat Malaysia seperti Laici, Mangga, dan beberapa seleksi daripada A&W. Hokeh! Saya telah mencuba A&W Cherry + Vanilla. Sedap jugak tau, hahahah

Yag bestnya MBO Cinemas juga telah memperkenalkan kiosk layan diri yang pertama di Atria Shopping Gallery. Ini memberikan pilihan alternatif kepada pengunjung panggung wayang dalam memilih cara untuk membeli tiket sekaligus dapat menjimatkan masa daripada beratur menunggu giliran. Kiosk layan-diri ini turut membolehkan ahli ALLSTAR menggunakan kad kesetiaan mereka untuk terus mengutip mata serta menebus mata ganjaran. Yerrpppp memang banyak kelebihan untuk mereka yang menjadi ahli dan mempunyai kad MBO ini seperti saya.

MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery menawarkan 4 skrin standard di samping 4 skrin khas
yang menjadikan keseluruhannya 8 skrin dan 1229 tempat duduk agar penonton filem selesa dan memberi banyak pilihan.

Oh ya, disediakan juga Cafecito iaitu sebuah kedai kopi unik bertemakan hidangan konsesi yang menyajikan makanan ringan dan minuman mewah. Contohny minuman kopi dan sebagainya.

Nak rasai pengalaman menonton di pawagam yang menyediakan fasiliti dan teknologi terkini, datanglah ke MBO Cinema Atria Shopping Gallery, gerenti puas hati!
MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery Banyak Keistimewaannya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 24, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Very nice cinema. Looks very comfortable and suitable for kids too. Sure will go for a movie here soon.

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka bawa ank pergi tengok wayang kat MBO Kecil jugak, mmg sesuai utk keluarga yg ada ank kecil mcm kami ni. Suhu penghawa dingin yg sesuai dgn lighting yg sesuai.

    ReplyDelete
  3. a lot of ppl share about MBO Atria Shopping Gallery recently haha. look like so meriah the launch. hmm I have not visit Atria for month. maybe time to visit it again for the new cinema there

    ReplyDelete
  4. Bagus nya ada MBO kecil tu. Dah tak perlu risau anak depan mata dan paling penting tak ganggu orang nak menonton. Baru tahu boleh celebrate birhday dekat dalam wayang tu. Camne la keadaan dia. Bergelap sambil tengok la agaknya kan? Apa pun MBO doing great job sebab memahamk ibu bapa ada anak kecik nak tengok wyang jugak.

    ReplyDelete
  5. Wah!! Bestnyer leh baring sambil menonton wayang.. Siap ada playground utk anak2.. Confirm meriah n suka la anak2 cenggini.. Ada masa nanti AM pun na bawa anak2 ke MBO Atria nie juga la..

    ReplyDelete
  6. Akak nak tanya MBO kecil tu semua cerita je ada? Atau cite utk kanak2 je?
    Dan sound dia tak kuat sangat kan?
    Nak g tgk wayang tapi faham3 jela bila ada anak kecik ni hehehe
    Kena fikir 10x sblm beli tiket
    Takut da beli di tak nak bg kerjsaama hahaha

    ReplyDelete
  7. Wahh seronoknya.. boleh celebrate my cucu next upcoming birthday ni kat sini. Thank for sharing the info

    ReplyDelete
  8. Seriously tak penah pegi 5tahun da.haha.. tapi bila tengok sekarang cinema da mesra kanak2. Lepastu ada kiosk layan diri pula, sangat2 membantu parents. Paham2 je la budak2 kadang susah control 1tempat. Haha. Harap dapat pegi bawa anak nanti..

    ReplyDelete
  9. Menarik juga ketiga tiga jenis panggung yang disediakan. Macam saya ada anak kecil memang wayang kecil jadi pilihan. Sebab budak kecil tengok wayang memang tak reti duduk diam kan. Bila ada wayang kecil macam ni memang sesuai sangat satu keluarga datang menonton. Anak bosan te fok wayang diorang boleh enjoy main dekat playground yang disediakan.

    ReplyDelete
  10. ni dekta dengan ofis ni. Boleh lari sekjeap gi tengok wayng kt MBO la nanti hahah

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. Kids friendly.. Hope kat penang pun nanti ada mcm ni... Senang skit nak bwk anak2 lepak tgk wyg sama2

    ReplyDelete
  12. Laaa tak perasan akak ada masa pelancaran MBO ni. Best kan hall kecil tu. Ruby belum lg bawa anak-anak. Confirm suka.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.