Pelbagai Produk Usahawan Tempatan ditawarkan di kedai Cookies by Yusa Sunway Putra Mall

Saya memang peminat produk tempatan apatah lagi produk makanan. Ini kerana saya percaya produk lokal kita pasati menggunakan segala ramuan yang 100% HALAL dan paling penting sumbernya adalah hasil tanaman, ternakan, perikanan dan perladangan daripada Malaysia. 

Tidak dinafikan, kini sudah ada banyak platform pembelian atas talian yang menawarkan pelbagai produk tempatan. Namun begitu bagi mereka yang ingin mendapatkan produk usahawan tempatan dengan membelinya dari kedai bolehlah dapatkannya di Kedai Cookies by Yusa di Sunway Putra Mall.


Dan untuk pengetahuan semua majlis pembukaan kedai Yusa Food Products Sdn Bhd terbaru ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 4 Disember 2018.

Bagi saya ini adalah satu usaha yang patut dibanggakan kerana Syarikat Yusa Food mampu mengumpulkan produk-produk makanan tempatan terbaik di bawah satu bumbung. Ianya bukan sahaja memberi banyak pilihan bahkan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan.

Dari bahan masakan seperti rempah, produk masakan segera (instant) sehinggalah makanan yang boleh dinikmati terus ada ditawarkan di sini. Jenama produk adalah seperti Yusa, Awie, Serantau, Freezy Layer Cake, Fatihah, BB'S, Fruitissimo, Softa, Munif Hijjaz, Mosha, Krunchy Karamel, Wansha, Samza, Shweet, Aluyah, Tasnim, Hilies, Lickat, Sambal Bawang & Bilis dan BR Renggunang & SB Sambal Pecal. 

Memang banyak sebenarnya produk makanan yang ditawarkan. Dan antara produk yang mencuri perhatian saya seperti:-

Cookies by Yusa. Ada pelbagai jenis biskut yang ditawarkan di bawah jenama Cookies by Yusa. Produk biskut  ini adalah dari Yusa Food Products Sdn. Bhd.yang mana pelopornya (founder) adalah Puan Norli Yusop. Dalam variasi pilihan biskut yang ditawarkan, tart nenas antara yang paling popular. Ini kerana biskut tart nenas merupakan keluaran pertama dari Yusa Food Products bermula dari berbelas tahun yang lepas. Pada ketika itu penjualan adalah dari rumah sahaja. Dan siapa sangka hari ini bukan sahaja ditawarkan hanya tart nenas semata bahkan terdapat biskut-biskut lain seperti nestum coklat, biskut suji badam, biskut butter dan pelbagai lagi. Paling dibanggakan biskut keluaran Yusa Food Products sudah menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

OmmaSon. Peminat hidangan korea pasti teruja jika mereka dapat menyediakan sendiri hidangan kesukaan mereka dengan menggunakan pes 'homemade' yang halal dan enak. Antara produk OmmaSon seperti kimchi, Gochujang, Tteok Ricecake, Kochukaru, Bulgogi Marinade dan Bibimbab Sauce.

Tak sabar nak cuba masak sendiri dan sediakan hidangan menggunakan produk dari OmmaSon hasil keluaran Faiza Amer Ent. Disediakan juga resepi di belakang pembungkusan untuk dirujuk dan korang juga boleh layari laman FB OmmaSon untuk idea hidangan korea menggunakan produk  mereka.

Nature Potion. Menggunakan ramuan utama iaitu halia bentong yang kita sedia maklum tentang khasiat dan kebaikannya. Ini terutama mereka yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi, sembelit dan pelbagai lagi masalah dalaman haruslah mengambil produk ini secara konsisten. Terdapat dalam bentuk cecair dan juga serbuk tau.

Feveret saya air jus pure durian belanda. Memang sedap terutama jika dinikmati dalam keadaan sejuk.  Ianya dihasilkan daripada 100% jus asli yang mampu memberi kesegaran badan.

Terdapat juga acar ikan, sambal tomato, bentong serunding halia dan pelbagai lagi.

Samza's. Jenama sambal Samza's ini boleh terus dinikmati bersama nasi dan sebagainya. Dihasilkan mengikut resepi tradisi menggunakan bahan ramuan semulajadi yang halal. Terdapat 5 produk di bawah jenama Samza's, namun begitu untuk jualan di Cookies by Yusa hanya Sambal Hijau sahaja yang ditawarkan.

Aluya Kitchen. Peminat sambal bolehlah mendapatkan sambal dari jenama Aluya Kitchen. Terdapat 4 jenis sambal yang ditawarkan iaitu sambal hitam, acar ikan masin, sambal tomato dan dambal hijau.

Banyak sebenarnya pilihan sambal ada ditawarkan di kedai Cookies by Yusa Sunway Putra Mall. Kita boleh buat pemilihan sendiri jika ke sini dan boleh borong sekali, hehe.

 Bagi mereka yang sukakan masakan gaya barat seperti stik, ayam bakar dan sebagainya. Bolehlah mencuba produk keluaran pengusaha tempatan iaitu serbuk rempah BBQ Hilmie's.

Samada untuk perapan bagi daging bakar atau gril. Dinikmati bersama sos bbq menjadikan juadah ini begitu istimewa.

Ayam bakar juga enak diperap dengan serbuk BBQ ini dan untuk menambah kesedapannya kita campurkan sedikit mayonis. Selain itu serbuk BBQ Hilmie's ini juga boleh dijadikan salah satu ramuan dalam penyediaan sos.

 Turut ditawarkan pelbagai jenis kicap. Sambal kicap antara yang mencuri perhatian saya.

Saya juga memang menyimpan stok roti canai segera di rumah. Memandangkan sudah ada produk lokal yang menawarkan roti canai segera haruslah yang mendapatkannya pada masa akan datang. Saya juga sudah merasai roti canai biasa dan roti canai bawang putih (garlic) dari jenama Royale, ternyata kualitinya setanding jenama yang sudah gah di pasaran. Sedap!!

 Chef Ustazah. Dengan tema 'kini semua orang boleh masak', jenama ini menawarkan pelbagai jenis rempah yang pastinya menjadi kegemaran ibu-ibu seperti saya. Bayangkan kita boleh sediakan nasi arab maqlubah, nasi arab mandy dan nasi arab kabsah setaraf dengan hidangan di restoran arab terkemuka.

Coco-V. Sapuan lepaan coklat susu dan juga kacang hazel memang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak. Menikmatinya samada dengan roti mahupun dengan biskut memang enak! Jadi jika sebelum ini saya memilih produk jenama luar, kini saya mempunyai pilihan produk jenama tempatan yang halal dan kualitinya setaraf dengan lepaan coklat yang biasa kami nikmati di rumah.

Pak Chips. Terdapat 2 jenis produk yang ditawarkan iaitu Honey Jackfruit Chips dan Crispy Fried Banana. Kudapan ini saya sudah mencubanya sendiri dan memang sedap. Paling penting ianya berkhasiat kerana tidak menggunakan sebarang perisa tambahan.

Banyak lagi sebenarnya produk yang ada ditawarkan di Cookies by Yusa di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur. Korang kena datang sendiri di level LG, berhadapan dengan Restoran Fish Manhattan.

Samada untuk dibeli buat diri sendiri atau dijadikan cenderahati dengan harga yang cukup berpatutan mampu dibeli. Jom sama-sama kita menyokong usahawan tempatan dalam usaha mengembangkan jenama produk mereka bukan hanya di peringkat negara bahkan menembusi pasaran dunia.

Produk kita, kebanggaan kita!
Pelbagai Produk Usahawan Tempatan ditawarkan di kedai Cookies by Yusa Sunway Putra Mall Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 05, 2018 Rating: 5

15 comments:

  1. Sangat bagus bila Yusa support local product. Lagipun usahawan local makin ramai yang menyahut cabaran untuk kukuhkan ekonomi. Bila ada support macam ni, berbaloi setiap keringat local founder. Alhamdulillah. Semoga terus maju. InShaaAllah

    ReplyDelete
  2. good company with good platform to market the local products by smaller size entrepreneurs. if got chance to go to sunway putra mall i would drop by to have a look too!

    christmas buffet with discount promo code!

    ReplyDelete
  3. Packaging dia up-to-date semuanya ya. Suka sangat paratha tu!! Senang dan practical nak buat kat rumah bila lapar. Nak buat breakfast/minum petang pun boleh. Just panaskan je atas api. Rangup pun rangup. Memang sesuai siapa yang suka makanan on-the-go ni. Congrats Yusa!

    ReplyDelete
  4. Bagus la produk usahawan sebegini. Ini yang diimpikan oleh semua pengusaha agar produk mereka berjaya. Yang penting adalah usaha dan berani untuk inovasi. Chaiyok!

    ReplyDelete
  5. waa...banyaknya cookies...sy memang peminat cookies...tak raya pun boleh makan cookies raya. palaing suka cari semperit kampung...biskut hipster2 ni kurang minat sikit.

    ReplyDelete
  6. Bestnya. Kita memang support barangan macam ni. Kalau packed elok2 macam ni sesuai la kalau nak bawak travel. Ada 1 Petronas kat Bangi ni ada barangan macam ni juga. I suka beli. I suka jackfruit chips tu tapi payah juga nak cari. Tak kira la brand apa pun...

    ReplyDelete
  7. Hebat! I pernah try yang kimchi tu. Sedap! Good that they have place where we can get offline rather than online. Hope all fresh la. I memang interested nak pegi jenguk tempat ni.

    ReplyDelete
  8. nice sharing! qeela pon suka jugak carik produk usahawan tempatan mcm ni, especially yg jenis organic & all natural ingredients hehe. usually follow diorang punya expo or order online direct je, now bagus juga if ada mcm ni kan. dlm bnyk2 tu ada satu brand yg qeela familiar which is OmmaSon tu hehe mmg nicee kan. Anyway bagus laa tu bnyk variety mknn kat kedai tu boleh pilih mana yg berkenan & kena dgn tekak kan. senangla org yg berdekatan nk stock up anything from there je kan. 😊

    ReplyDelete
  9. Ya Allah seriously teruja sangat-sangat dengan barangan yang ada di sini. Dah rasa gatal kaki nak jejak Sunway Putra Mall, nak singgah Cookies by Yusa. Bukan sebarang kedai biskut, macam-macam ada !

    ReplyDelete
  10. Teruja baca entry ni sebab banyak sangat produk disediakn. Mudahnya nak dapat ntk org terdekat. Kalau dekat muar ada kan best. One centre semuanya ada. Diyakini n berkualiti. Kalau ena pegi ni mesti banyak borong sambal. Hehe..

    ReplyDelete
  11. Sangat menarik! Saya teruja sangat dengan segala pes Korea, nasi mandy dan lain-lain tu which is kita boleh masak sendiri kat rumah dengan mudahnya. Yelah kalau nak makan di restoren menu macam tu sedia la duit banyak haha. Ni kalau dapat buat sendiri kat rumah kan dah jimat :P

    ReplyDelete
  12. They carry such a big variety of food, I'm really interested with the Korean sauce, wonder what it taste like. Just got to try it out myself

    ReplyDelete
  13. Tertarik dengan produk makanan korea drp Ommason..lepas ni tak perlulah nak beratur panjang kt restoran korea halal kalau craving makanan diorg..semoga bisnes mereka terus maju!

    ReplyDelete
  14. Wahh!!! Sangat bagus program cenggini.Selain membantu usaha, AM sebagai pengguna dapat mendekati dan merasai sendiri keunikan makanan yang ditonjolkan dan dipamerkan disini..

    ReplyDelete
  15. Wow.. Siap ada gochjujang lagi ehhh
    Terbaik lahh...
    Bagus buat mcm ni utk ushawan tempatan..
    Support local product

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.