Percutian 3 Hari 2 malam di Grand Lexis Port Dicksons

Tahun 2018 banyak meninggalkan kenangan manis dan juga pahit buat saya dan keluarga. Pahit sangat tu takdelah. Cuma di awal tahun saya terpaksa melepaskan kareer yang saya sayang untuk fokus pada keluaarga. Kehidupan Akid yang naik turun dekat asrama. Yana PT3 dan Anaqi SPM. Untuk tahun 2018 ini juga kereta kesayangan banyak buat hal yang mengejutkan. Akhirnya, gear box rosak dan masih tersadai di bengkel.


Hmmmmmm

Tapi sejenis saya adalah manusia yang malas memikirkan masalah dan bersikap negatif dengan ujian hidup. Harus move on, so saya memilih untuk merehatkan minda dengan pergi bercuti. Mujur ada voucher penginapan yang boleh digunakan. Jadinya percutian kali ini untuk tidur dan sarapan pagi bersama keluarga selama 3 hari 2 malam memang ditaja, alhamdulillah :-)

Dan saya memilih untuk bercuti bersama famili di Grand Lexis Port Dicksons. Ini merupakan pertama kali saya menginap di sini. Walaupun begitu tidak dinafikan saya sudah beberapa kali ke Port Dicksons cuma mengianp di hotel yang berlainan.

First impression bila sampai sini. WOW. Memang kagum dengan kecantikan dan persekitarannya yang  bersih. Apatah lagi fasiliti dan jenis bilik yang ditempah memang memenuhi citrasa anak-anak. Muka bahagia jer memasingkan bila dapat tidur hotel idamankan, hakhak.

Bilik kitaorang. Takdelah jauh sangat ke dalam. Dekat juga dengan lobi utama utama dan tempat parking kereta.

Muat tau kitaorang tido satu famili kat sini. hahahahah. Tido melintanglaaaaa. Air cond dia sejuk terok. Dedet la, pembawaan orang kutub sangat.

Bahagian mini kitchen. Port kegemaran saya terutama ketika nak feelingfeeling 'me time', makan biskut cicah kopi pun dah terasa besarnya nikmat. Datang sini memang sudah siap bawa maggi, roti dan keropok. Makanan ringgan yang boleh alas perut kalau lapar. Kaedahnya.

Depan bilik air ada disediakan sinki so kalau nak keluar secara ekspress setakat gosok gigi jer dulu memang tidak nafikan kitaorang memang gigih beratur depan sinki tunggu turn.

Ada sebuah bilik tandas dnn juga sebuah bilik mandi. Okla. Sederhana sahaja saiznya tapi sudah cukup memadai. Gambar bilik mandi lupa lak nak snap errkk tak penting, heheh.

Paling mengujakan ada 'indoor pool'. Yang mana kalau bercuti ke mana sahaja, kolam mandi memang menjadi tarikan utama. Tapi bila dah ada kolam dalam bilik memang syurga dunia betulla buat anak-anak.

 Perkara pertama yang dibuat lepas check-in adalah mandi kolam. Begitu juga perkara terakhir sebelum 'check-out' iaitu mandi kolam juga. Nampak tak betapa terujanya mereka dengan air dan kolam, hahahah.

Itu belum diambil kira waktu mandi yang boleh pada bila- bila masa sahaja. Malam haripun mereka duk melenjan mandi. Tapi saya memang dah kasi 'warning'. Mandi boleh tapi tak boleh lama.

 Di antara ruang katil dan TV,  ada cermin di permukaan kaki yang boleh kita lihat pemandangan laut di bawah. Merasalah tengok keadaan air berombak, waktu air pasang dan surut...

Banyak juga fasiliti yang disediakan di sini. Ada yang memang FOC dan ada yang perlu dibayar (ada caj). Antara yang menarik perhatian saya seperti sewa basikal. Untuk 1 jam adalah RM10. Menunggang kuda untuk kanak-kanak, memanah, pusat permainan indoor, bilik sauna, spa, pusat karaoke dan banyak lagi.

Di bilik permainan tingkat 2 bangunan utama. Kebanyakan games kalau nak main kena bayar untuk dapatkan token.

Penat gelak beria masa kitaorang anak-beranak main pingpong. Sebab gaya main memang belasah jer, ala-ala main badminton kesudahannya.

 Memanah. Antara aktivtii feveret anak-anak. Kalau tak silap 24 anak panah untuk harga RM18.

Biarpun ada kolam mandi di dalam bilik tetap juga bermain di kolam di luar yang disediakan oleh pihak hotel. Apa yang menarik untuk kolam di sini, ada kola khas untuk kanak-kanak. Siap ada gelongsor air juga. Berdekatan dengan kolam mandi si sini ada bilik sauna. Boleh guna secara percuma tapi kenalah daftar terlebih dahulu.

Apa yang lebih seronok, sepanjang ke bilik kita akan dapat lihat laut yang cantik. Paling best dapat mendengar hembusan angin laut. Memang menyegarkan minda, boleh hilang kekusutan fikiran. Serius.

Sarapan untuk 2 hari pun best dan sedap. Banyak pilihan. Dan pastinya saya dan famili memang puas hati beruti di sini. Siap berangan nak repeat lagi di tahun 2019. Doakan ya!

Sampai jumpa lagi Grand Levis Port Dicksons!
Percutian 3 Hari 2 malam di Grand Lexis Port Dicksons Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 30, 2018 Rating: 5

22 comments:

  1. Grand lexissss mmg bestttt sbb ada private pool..tisya dlu pn smp nk tido kt pool punya la xleh dipisahkan sbr je la...bila ntah nk repeat blk sbb rege bole tahan mahal kan...syok ayu cuti2 guna voucher kan...mmg sakan la ank2 berendam tu

    ReplyDelete
  2. Woww syoknya. Grand Lexis ni salah satu lokasi penginapan yang memang emi teringin sangat nak pergi. Almaklum, ada indoor pool. Memang suka la. Tapi belum ada rezeki lagi nak menginap di sini.

    ReplyDelete
  3. Yes yes yes, Grand Lexis ni yang lawa. I suka yang ini, macam Avani di Sepang. Tapi laut di Avani... tidak bersih. Manakala Lexis Hibiscus, senibinanya terlalu normal. Bagus-bagus, nanti kalau ada teman saya dari Jakarta tanya mana nak tinggal di Port Dickson, saya boleh rekomenkan yang ini.

    ReplyDelete
  4. huargh bestnya private pool. airah ada plan haritu nak datang sini tapi tak ada masa lagi. suka sangat dengan suasana dia selesa kalau nak bercuti

    ReplyDelete
  5. Bestnyer. Pernah menginap kat sini dulu tapi masa tu swimming pool dalam bilik masa tu dalam pembinaan. Suka cuti tepi laut ni. Nyaman je. Boleh la merehatkan minda sebelum anak2 semua bersekolah.

    ReplyDelete
  6. BEST giler. Ya~ada private pool kan? Harap-harap boleh menginap kat sini suatu hari nanti. Memang saya dan family bercadang nak visit lar.

    ReplyDelete
  7. Best kan penginapan kat situ. Dulu Rawlins stay sana dengan friends - memang riuh perangai jakun memasing haha. Seumpama bebudak bila mandi non stop tak kira masa haha

    ReplyDelete
  8. Private pool memang best wei boleh terjun bila2 masa haha!Lagi grand lexis ni memang cantik dan selesa. Memang bercuti sakanlah ya :)

    ReplyDelete
  9. Apa lagi!! terjun!! I love grand lexis sebab more privacy pool dia compare to lexis hibiscus. Besar kan bilik kat sini. Muat untuk ramai orang pun.

    ReplyDelete
  10. Alaaa bestnyaaa! Selalu sgt teringin nak bawak anak-anak check in kat sana tapi tak de rezeki lagi. Harap2 dapat laa tunaikan impian diri sendiri tu nanti huhu

    ReplyDelete
  11. Never stayed at Grand Lexis even though I am from Port Dickson. Maybe because the home is here. But from your experience, I feel tempted to go stay there. Should plan a holiday soon.

    ReplyDelete
  12. Saya yang orang PD pun tak pernah stay lagi kat Grand Lexis ni. Tapi ramai orang suka stay sini sebab ada pool dalam bilik tu. Boleh mandi puas puas katanya. Nantilah ada masa nak bawa family sray sini mandi kolam dalam bilik walaupun saya orang PD. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Wahh.... Syiokkk nya ada voucher Grand Levis Port Dicksons! Dapat stay sini di taja lagi laaa rasa bertuahnya badan kannnn? Sini antara tempat yang Nina teringin nak stay Bersama family. Indoor pool tu jer dah cukup buat anak-anak happy! Mak Pak pun tak yah risau anak main dalam rumah jer kannn. Alaaaa... Cemburunya! Hehe.. Juju kita kan. Nanti nak kumpul duit stay sini gak laa, kerr tunggu Ayu sedekah kita voucher free? Eh.. HAhaa

    ReplyDelete
  14. Husband liez pun br je menyuarakan rasa nak g bercuti dkt grand lexis.. so liez dh baca entry ni boleh tunjukkan dekat dia.. liez pun sebenarnya nak stay kat sini sbbkan pool tu.. anak2 sibuk nak mandi pool padahal dkt rumah sendiri ada pool jugak.. tp lain rasanya kann

    ReplyDelete
  15. Wahhhhh satu team bola baling dah sampai GL PD. Bestnya Kak Ayu !! Teringin jugak pergi sana. Tapi harga agak hurmmm. Tapi facilities sangat tiptop. Padanlah dgn rate satu mlm dia.

    ReplyDelete
  16. Teringin juga nak datang sini.. Wishkist salah satu tempat peecutian.. Memanng syok dpt pergi. Lagi teruja tengok swimming pool.. Harap ada la rezeki dtg sini.. Seronok anak-anak akk ty.. Hebat satu bilik boleh muat tu.. Hehe

    ReplyDelete
  17. wahhhh bestnya...meriah sungguh...paling best mesti sebab pool dia dalam bilik kan....

    next time nak ajak kawan vacay kat sini kalau ada rezekinya..takpun surprise pasangan masing2 ker celeb any........

    ReplyDelete
  18. yesss the best way to move on is to go for a getaway to forget all the shit happened! hahaha anyway i always wanted to go grand lexis with the pool in the room and nice view at the sea!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  19. nice la this Grand Lexis. whole family can have fun time over there and with the private pool some more. I wish to bring my kids there one day

    ReplyDelete
  20. Bestnya .. ada private pool yea.. terbaik lah Grand lexis ni.. kalau ada rezeki nak try gak menginap kat Grand lexis ni.. bawak familyh merasa.. mesti syok kan..

    ReplyDelete
  21. RAB adalah peta menuju rumah impian. rab pembuatan gudang
    Contoh RAB banyak di internet, bisa jadi inspirasi. jasa pembuatan rab renovasi rumah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.