SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT
Salam Jumaat hari penuh barakoh,
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebagai orang Islam adalah berkewajipan memberi nasihat yang baik lagi berfaedah kepada saudaranya sesama Islam daripada masa ke semasa, lebih-lebih lagi dalam perkara yang ada kaitan dengan Islam. Adalah kita perlu saling mengingatkan tentang amal kebajikan dan kewajipan akan dilimpahi rahmat Allah SWT di dunia dan juga di akhirat. Antaranya mendirikan solat, berZAKAT dan berbuat baik sesama manusia. Islam juga sangat menggalakkan setiap umatnya agar berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan negara.
Keterangan lanjut boleh layari portal PPZ - MAIWP iaitu www.zakat.com.my ataut hubungi talian zakat 1300-88-5757
Dan lebih menarik, PPZ- Maiwp telah melancarkan Kempen Tabung Didik Zakat. Yang mana suka saya kongsikan input dari PU Azman (video di atas) yang mana ada memberi penekanan tentang kesedaran 3 perkara melalui kempen ini kepada anak-anak kita.
1. Satu pendidikan kepada anak-anak tentang kesedaran melaksanakan salah satu daripada 5 Rukun Islam iaitu membayar zakat.
2. Memupuk kesedaran tentang keprihatinan membantu kepada 8 golongan orang asnaf seperti:-
- Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
- Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
- Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
- Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
- Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
- Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
- Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
- Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
3. Memberi motivasi kanak-kanak yang sedang belajar mengumpul kekayaan yang mana ada sebahagian kekayaan itu perlu dikeluarkan.
Jadi bagaimana caranya untuk dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?
Jadi bagaimana caranya untuk dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?
- Pertamanya korang kena buka akaun zakat dengan serendah RM10
- Ibu Bapa/penjaga boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP
- DanTabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA.
Keterangan lanjut boleh layari portal PPZ - MAIWP iaitu www.zakat.com.my ataut hubungi talian zakat 1300-88-5757
Jom ddik anak-anak kita untuk belajar dan faham mengenai zakat dari kecil.
'semai zakat , tuai berkat'
SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 21, 2018
Rating:
good info for Muslim friends in Malaysia. Yeah not sure if everyone knows about it, it's good sharing here. Now with Internet access we can easy to search online for info too, now they can click on website that you shared link here. :D
ReplyDeleteWah! Maklumat dan entry yang sangat bagus sebagai pendekatan dan peringatan kepada semua umat Islam bahawa zakat itu wajib dikeluarkan. Lagipun sekarang dah makin senang. Macam² yg diusahakn oleh pihak zakat untuk memudahkan kita. Bila kita berzakat, kita memudahkan perjalanan hidup orang yang kurang bernasib baik. Allah itu Maha Adil dan Penyayang, ada sebab Dia beri kita rezeki lebih tapi dalamnya ada bahagiam orang lain. Berzakatlah supaya adanya keberkatan. InShaaAllah
ReplyDeleteBerzakar adalah kewajiban bagi kita semua agar hidup penuh berkah. Banyak org lunya banyakmharta tp lupa berzakat padahal dalam harta kita ada hak orang lain ..
ReplyDeletegreat info for all the muslim friends... it's great to create awareness like this...
ReplyDeleteZakat really can helps lots of Muslims who really needed it. We could get tax rebate from the Zakat that we donate.
ReplyDeletebagus ada kesedaran macam ni untuk orang lain yang mungkin terlupa kepentingan zakat dan lupa nak bayar zakat tu. kadang2 orang ni kena ingatkan sikit kan haha
ReplyDeletewah why suddenly so many bloggers post about this zakat. anyway it's good that now they use social media to increase the awareness of zakat.
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Satu usaha yang sangat bagus di mana me yedarkan masyarakat mengenai kepentingan berzakat. Dan yang paling bagus kita juga boleh didik anak anak menabung dan menunaikan zakat sedari usia mereka masih kanak kanak. Saya setuju dan sokong penuh kempen yang diadakan ni
ReplyDeleteSis baru tahu ada tabung didik zakat ni, bagus jugak kan..atleast kita mendidik anak2 tentang zakat dan pentingnya membayar zakat
ReplyDeleteLengkap info berkaitan tentang muallaf dan sebagainya. Kadang2 tu sebut je pandai tapi maknanya tak tahu. Nak kena belajar lah bab zakat ni sebab tak tahu. Eloklah semai dr awal tentang kepentingan zakat buat orang Muslim
ReplyDeleteProgram ttg zakat ni kena dibuat sepanjang tahun. Biasa tengok hujung tahun yang lebih aggresif Good info kak
ReplyDeleteBagusla pihak maiwp buat kempen didik zakat ni. Ajar anak-anak berzakat, ajar anak-anak menabung. Comel je tabung dia. Rm10 okla tu kan. Ajar anak dari kecik tentang menabung memang bagus
ReplyDeleteZakat ni bagus sebenarnya selain dpt mengajar erti tanggujawab ia juga dapat membentuk peribadi seseorang utk lebih beramal
ReplyDeleteHopefully those who didn't do it in the past can start doing it now since it's easier and parents with kids should also open up a savings for their kids.
ReplyDeleteBagus lah ada usaha untuk mendidik dari kecil untuk berzakat.. Ada tabung ni bagus lah kita nak buka tabung juga boleh tak hehehehe
ReplyDeleteZakat kalau nak tarik perhatian kekanak, cuba sediakan merchandise macam tabung ke apa ke. Bagi minat kat bebudak ni. Pastu parent pi bayar zakat bawa le anak sekali. Tengok waktu akad tu mesti mereka bertanya apa tu apa tu. Ruby kalau jd lelaki, ruby bawa anak pi masjid tiap waktu utk mereka tahu Solat. Zakat pun begitu,bawa bersama. Proses belajar mereka berbeza dengan remaja dan dewasa ni. Pupuk masa kecil. Masa tengah explore segala. Hehe
ReplyDeleteWah memang bagus semai zakat dari awal lagi. Kanak-kanak kena perlu diberi pendedahan zakat supaya mereka lebih faham dan mengerti apa yang dimaksudkan. Nak tarik perhatian kanak-kanak bagus juga ada tabung yang menarik dan selitkan program-program yang sesuai.
ReplyDeletelhamdulillah. Suka dengan usaha PPZ-MAIWP dalam usaha mendidik anak dari kecil untuk berzakat :) Dah lah tabung dia pun comel sangat !
ReplyDeleteperkongsian yg bagus..jgn lupa tanngunjawab tunaikan zakat pada yang layak..ciktom berkenan plk tgk tabung comel tu..nak train jgk anak dr kecik utk menabung & kepentingan zakat.
ReplyDeleteDidik anak2 sedari awal lagi tentang berzakat dengan tabung comel.
ReplyDelete