Shopping Baju Sekolah di BB Kim Wah Subang Perdana
Tahun ini agak saat akhir juga saya dan dedet menyiapkan barangan keperluan anak-anak ke sekolah. Kebiasaannya memang saya akan beria sediakan di awal minggu bermulanya cuti sekolah. Tapi kali ini seminggu sebelum sekolah dibuka baru mencari, hehehe.
Kebetulan ada 2 helai lagi baju Afiq dan Amani masih baru. Manakala Yana tidak mahu dibelikan baju baru memandangkan beliau pun merasakan bajunya masih elok lagi. Anaqi sudah tidak bersekolah, tamat sudah SPM maka berakhirlah dirinya sebagai pelajar sekolah menengah. Akid pula saya tengah berkira-kira untuk mendapatkan lagi sepasang baju baru. Ini perlu dibeli di Medan Mara KL. Ameer pula persiapan baju dan yuran sekolah sudah diselesaikan pada akhir bulan November lepas.
Dan saya telah bertanyakan pada kawan2 FB untuk direkomenkan kedai mana yang boleh didapatkan pakaian sekolah pada harga yang berpatutan. Pada tahun sebelum ni memang saya beli samada di Tesco dan Kedai Pakaian Hari-Hari. Dan tahun ini saya cuba mencari kedai yang lain, mana tahu rezeki dapat yang lebih murah. Zaman ekonomi tak menentu haruslah saya mencari yang terbaik dari segi kualiti dan harga yang mampu milik.
Tq Alin sebab rekoman Pasaraya BB Kim Wah Subang Perdana. Ada juga pilihan kedai yang lain (yg direkomenkan oleh rakan FB, tq tq tq tau) tapi saya dan dedet berpakat untuk kita terjah kedai ini dahulu memandangkan ianya paling dekat dengan kawasan Shah Alam.
Masa sampai di sini, memang ramai gila orang yang shopping baju sekolah. Kiranya berplastik jugalah diaorang datang membeli di sini. Bila masuk sahaja di pintu utama kedai, saya terpandang baju sekolah biru memang saya dah excited. Sebabnya bukan mudah nak dapatkan baju seragam biru (pengawas). Jenama Canggih dan juga Jony & Jeny (jenama dari pakaian hari-hari) antara yang sering saya dapatkan untuk pakaian warna biru sejak zaman Yana sekolah rendah lagi.
Memang aim baju kat sini. Yang bestnya harga baju biru kain cotton atau licin adalah sama. So, saya haruslah memilih kain fabrik jenis licin. Sebab senang nak gosok. Lagipun jenis licin ala cotton, macam tak nampak mudah renyuk jugak.
Ni antara tarikan utama, rasanya paling berbaloi dan harus dibeli, hahaha. Iaitu stokin yang dijual 3 pasang RM3.90 sahaja. Kualiti stokin juga 'not bad', sangat berbaloi dan haruslah saya memborong banyak juga di sini. Untuk stokin hitam ada banyak pilihan dan saya ambil yang 3 pasang pada harga RM6.90 (1 set) tapi pilihan saiz dah tak banyak sangat.
Ni kira jumlah belanja dekat BB Kim Wah, lebih kurang dalam RM135.90. Sebab tolak harga RM9.90 selipar Amani. Itupun beli sepasang baju serta tudung Amani, 2 helai baju dan 1 seluar Afiq dan tudung Yana. Serta stokin 3 set.
Untuk kasut setakat ni semua dah ada dua pasang kecuali Ameer, hehehe. Tahun ni pakai kasut PALLAS dan kasut Asadi beli di jualan harga runtuh di Giant, iaitu RM12 sahaja untuk sepasang kasut hitam.
Sekarang ni tengah fokus untuk duit yuran MRSM Akid, mahal jugaklahhhh.....aishhh....tapi perkara melibatkan pendidikan anak-anak ni memang ibubapa kena bersiap sedia. Dengan adanya zaman peralihan kuasa macam-macam kemungkinan perkara boleh berlaku. Dengan harga barangan pasaran tak menentu dan banyak lagilah.Huhu. So, sebagai ibubapa yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak, kena tabah menghadapinya...
Shopping Baju Sekolah di BB Kim Wah Subang Perdana
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 25, 2018
Rating:
Tadi 3 pasang kasut 5 pasang stokin...rm117.
ReplyDeleteBeli part by part
azian..
ReplyDeletebetul tu..kita pun beli sikit2, untuk kurangkan rasa beban nya...huhu
Kami dah 2 thn ke sini. Salah satu sebabnya baju kemas tabila dhia dan keduanya. Harga kat sini murah juga
ReplyDeletealin- mmg best ..kualiti kain bagus dan harganya sgt berpatutan
ReplyDelete