TAHUN BARU CINA 2019 @ TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Tahun Baru Cina 2019 akan bermula pada 5 Februari 2019. Perayaan yang sememangnya sangat dinantikan oleh semuja orang! Dan tidak dinafikan sesi makan besar telah menjadi satu tradisi bagi keluarga kaum Cina semasa sambutan ambang Tahun Baru dan tradisi ini merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga.

Apa yang menarik semasa sambutan perayaan ini, masyarakat sekali lagi berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan dan menikmati detik-detik indah bersama orang tersayang. Saat-saat penting ini semestinya perlu disambut ndengan sesi makan yang tidak akan dapat dilupakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Untuk mengalu-alukan perayaan ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set, dan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang disediakan ekslusif oleh Chef Chinese Cuisine, Chef Patrick. 

Menu-menu yang menarik ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1 dari 15 Januari hingga 28 Februari 2019, bermula dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari manakala untuk makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam. Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina.

Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah kami iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang.
Harga bermula dari serendah RM40.00 +.
Selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set.

Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana Set A berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+, sesuai untuk 10 orang. Poon Choy ialah satu hidangan
tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” juga boleh didapati dengan harga RM680.00 + (termasuk Pot Stainless Steel).






Untuk melengkapkan lagi kerseronokan semasa Tahun Baru Cina, turut ditawarkan disini adalah Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang menyelerakan, ianya sangat sesuai buat seisi keluarga dan perjumpaan syarikat atau bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan. 

Disediakann empat set menu iaitu, Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+, Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+, Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+. Ketiga-tiga menu ini sesuai untuk 10 orang. Manakala, Super Value Auspicious Good Health ditawarkan dengan harga RM898.00+ dan sesuai untuk 6 orang.


Kalau korang nak makan di sini adalah digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu di Tung Yuen Chinese Restaurant melalui talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telepemasaran 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan. Selain itu,Tung Yuen Chinese Restaurant diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.


 Jom makan besar di Grand BlueWave Shah Alam!

TAHUN BARU CINA 2019 @ TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 31, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. sedap juga sesekali menikmati hidangan makanan chinese kan. salam new year 2019 =)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.