Jenama Telekung Siti Khadijah Kini 10 Tahun! | Pelbagai Aktiviti dan Hadiah Menarik Ditawarkan :-)

Jenama telekung Siti Khadijah sememangnya cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia. Sentiasa menghasilkan telekung berinovasi, Nah! tidak hairanlah mengapa jenama Siti Khadijah sentiasa menjadi pilihan wanita Islam tidak kira tua atau muda. Dan lebih membanggakan untuk tahun 2019, jenama telekung Siti Khatijah sebenarnya sudah berada di pasaran selama 10 tahun lamanya (1 dekad). 

Bersempena dengan pencapaian 10 tahun di pasaran telekung Siti Khadijah #teamSK telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan program khas bagi menghargai penggemar jenama ini yang dikenali sebagai #familySK. Tema untuk tahun 2019 adalah "KESETIAN" sejajar dengan sokongan #familySK sejak tahun 2009 lagi :-)

Telekung Siti Khadijah juga telah melancarkan logo terbaru mereka di sidang media baru-baru ini. Logo baru ini adalah sebagai satu simbolik pembaharuan dan tanda kejayaan jenama SK yang telah menembusi pasaran samada tempatan mahupun luar negara.


Oh ya! Ada berita baik untuk semua. Bersempena dengan Ulangtahun ke 10 tahun #TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara PERCUMA sepanjang tahun 2019. Bestkan!!!! 



Dibawakan khas juga cerita pendek sebanyak 15 episod. Penonton juga boleh menonton drama pendek ini dari saluran Youtube Siti Khadijah juga tau. Jalan cerita drama pendek ini adalah inspirasi daripada kisah benar yang dilensakan dari 3 sudut yang berbeza dan ianya adalah perkara yang pernah berlaku di sepanjang penubuhan jenama Siti Khadijah. 


#TeamSK juga sangat berbesar hati untuk menjemput #FamilySK untuk sama-sama meraikan penubuhan jenama ini selama 10 tahun di Pertunjukan Fesyen & Malam Penghargaan bersempena dengan sedekad penubuhannya. Pemenang bukan hanya mendapat tiket jemputan bahkan bakal menerima telekung Siti Khadijah setiap seorang.


Caranya sangat mudah:

1. Tonton drama bersiri di Dahsedekad.com dan dapatkan kata kunci untuk setiap episod.
2. Hantarkan kata kunci tersebut di borang penyertaan secara online di Dahsedekad.com
3. Jawapan yangtepat dari episod 1 sehingga 15 akan berpeluang menerima tiket VVIP ke Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019
Contoh jawapan : EPISOD 1 SKSedekadDah

*Tertakluk kepada terma dan syarat


Malam Sedekad Siti Khadijah bukan sahaja untuk meraikan kecemerlangan SK selama 10 tahun, bahkan ianya malam penghargaan kepada semua pihak termasuklah pelanggan #familySK, para media, pembekal, vendor SK dan kakitangan SK yang telah bertungkus lumus selama ini.  Rentetan daripada itu tidak hairanlah ianya juga boleh dikatakan sebagai platform yang boleh merapatkan hubungan ukhwah antara satu sama lain.


Di Malam Sedekad Siti Khadijah turut diperkenalkan REKAAN BENTUK MUKA TERBARU daripada jenama telekung SK. Semua didalam koleksi terbaru ini memang cantik dan menarik. Paling penting fabrik serta rekaannya memang dapat memberi keselesaan.

Selain itu akan diadakan juga Jualan Mega Sedekad SK iaitu jualan amal yang bakal diadakan pada 6 April 2019. Ianya akan diadakan di Dewan Ballroom 2, Hotel Marriot Putrajaya bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Pelbagai diskaun menarik akan diberikan kepada #FamilySK dan pastinya #TeamSK sendiri begitu teruja untuk memperkenalkan pelbagai jenis produk dari label SK. 

So, korang jangan lupa terjah tau di Jualan Mega Sedekad SK pada 6 April 2019 nanti!

Jenama Telekung Siti Khadijah Kini 10 Tahun! | Pelbagai Aktiviti dan Hadiah Menarik Ditawarkan :-) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 16, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Tahniah pada #teamSK sudah mencapai 10 tahun dalam pasaran. Memang telekung SK ni menjadi viral dan dapat sambutan luar biasa sampai artis2 pun beli hihi. Wahh ada contest pula dapat hadiah satu telekung SK dan dpt jemputan ke pertunjukan fesyen..ok nak try mana tahu ada luck.

    ReplyDelete
  2. ala..selai pun belum sempat beli. hihihi... nnt nak tgk kontest ni..kot kot rezeki nak dpt free

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada jenama sk. Dah lama sudah tahu tentang telekung sk ni tapi tak tahu pulak dah 10 tahun. Maksudnya bisnes memang baik dan dipercayai oleh orang ramai.

    ReplyDelete
  4. Jutaan tahniah buat team SK atas kejayaan ini dan SA memang suka telekung SK sebab sejuk jer material dia dan tak panas. Selalunya beli untuk jadikan hadiah kepada mak dan teman- teman yang rapat...eh ada contest la..SA nak cuba la

    ReplyDelete
  5. 10 years is indeed not a short period.. their biz must be going stable, standing 10 years and still going on..

    ReplyDelete
  6. Congratulations. 10 years is a very good achievement. Good luck and all the best for more success in future.

    ReplyDelete
  7. Wahh.. dah 10 tahun?? ingatkan dah lagi lama actually.. hahaa but lately ni mmg nmpk banyak marketing dia.. so i think they doing very well... Congrats to them!

    ReplyDelete
  8. wow cepat gila dah 10 tahun dulu pernah viral habis SK ni pasal cetak rompak siap ada cakap kalau tak mampu jangan beli kalau tak mampu tak payah pakai cetak rompak... apa pun tahniah SK jenama telekung yang mempunyai kualiti kain yang penuh keselesaan... I pun masih tiada sehelai lagi telekung SK ni..mana tahu ada satu rasa kot kot bersemangat pula nak lakukan solat dengan penuh khusyuk gitu..

    ReplyDelete
  9. Baru tahu produk siti khadijah ni dah masuk 1 decade. Sbb baru perasan telekung dieorg few years back bila nmpk kt billboard besar tu. Semoga terus maju SK!

    ReplyDelete
  10. Lama dah rupanya telekung Siti Khadijah ni ehh. Tertarikh kita tengok gambar last yang telekung warna maroon tu. Tengok fikir-fikir juga nak beli telekung dari mana untuk hantaran nanti. Teringin nak join contest tu, tapi jenuh nak tengok 15 episod semuanya, nanti mesti ada yang tertinggal hahaha.

    ReplyDelete
  11. Pejam celik pejam celik kisahnya dah 10 tahun ya. Semoga terus maju jaya. Sejak tahu pasal telekong Siti Khadijah ni memang teringin sangat nak dapatkan satu untuk diri sendiri, tapi dah sedekat dah masih belum jugak dapat..huhuhu

    ReplyDelete
  12. wow dah sepuluh tahun dah telekung siti khadijah nie rupanya. sy ingatkan baru lagi sebab baru dengar nama SK nie sejak 3 tahun kebelakangan ini. semoga perniagaan telekung SK terus maju. ramai betul peminat telekung SK ya. tak sangka saya.

    ReplyDelete
  13. Ada satu telekung siti khadijah ni..
    Memang sedap pakai la...
    Tak panas... Sejuk ja...
    Memang fav sangat...

    ReplyDelete
  14. wow 10 years only? i tot i have heard about it long time ago. haha anyway only good companies can survive for a long time, so i supposed it is a good company.

    ReplyDelete
  15. Lamanya dieorang ni kan. Sebenarnya teringin jugak nak pakai sk ni. Orang cakap selesa sangat. Mane tau ade rezeki saya kot. Tapi nak beli jugak satu untuk mak ngan mak mentua

    ReplyDelete
  16. cantiknya logo baru.. nampak mcm produk antarabangsa.. SK ni mmg berkualiti kainnya. corak punbanyak yg cantik

    ReplyDelete
  17. lama dah telekung siti khadijah ni ye..terbaikla..teringin nak pakai tapi harga boleh tahan..mungkin kain dia sedap kot..okla nak join contest dia..mana tau luck..hehee

    ReplyDelete
  18. Wah nak jugajoin contest niboleh dapat telekung brand yg dikenali ramai ni. Mana tau ad rezeki bila join contest ni. Kejap je dah 10 tahun bukan senang nak bertahan.

    ReplyDelete
  19. Diam x diam dh 10 tahun telekung siti khadijah ni bertapak dia bumi malasysia...syabazz atas kejayaan sebagai pelopor telekung dgn potongan cantik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.