KITKAT Ruby Kini Di Pasaran Malaysia, Korang Kena Cuba
Bagi saya yang sememangnya "hantu" coklat, menikmatinya umpama satu terapi yang sungguh bermakna. Apatah lagi menikmati coklat KitKat yang kita tidak akan pernah lupa dengan slogannya yang agak catchy iaitu 'Berehat Sebentar, Bersama KITKAT".
Kenapa ramai orang gemarkan coklat???
Antara sebabnya adalah coklat dapat memberikan kesan mood yang baik.
Kajian sains juga membuktikannya terdapat kebaikan anti-oksida dari koko juga sangat membantu pengaliran darah ke kulit sekaligus dapat melindunginya daripada kesan daripada pengcahayaan matahari.
Dan paling penting produk coklat daripada jenama Nestle termasuklah KitKat sememangnya dijamin HALAL. Ianya sangat penting terutamanya kepada masyarakat Malaysia yang sememangnya mencari makanan yang HALAL dalam setiap hidangan yang dinikmatinya.
Tapi tahu tak korang yang coklat sebenarnya terdapat 4 jenis (sehingga kini) yang telah dikenal pasti. Dan varian atau jenis coklat ini hakikatnya telah dicipta sejak 80 tahun dahulu. Antaranya seperti :-
Dark Chocolate : Ditemui sejak tahun 1819. Bagi yang kurang minat dengan rasa manis, pasti akan memilih coklat jenis ini yang lebih rasa pahit coklat.
Milk Chocolate : Coklat susu antara yang menjadi kegemaran ramai orang. Ditemui juga pada tahun 1819.
White Chocolate : Coklat putih yang jika dilihat banyak digunakan dalam pembuatan biskut dan sebagainya. Ianya telah diperkenalkan pada tahun 1936 dan antara varian coklat yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Ruby Chocolate : Yerppp, ini adalah varian terbaru coklat. Coklat Ruby ini dihasilkan tanpa sebarang pewarna, perasa, aditif mahupun pengbahsuaian genetik. Untuk pengetahuan semua coklat Ruby ini dihasilkan melalui pemprosesan coklat dari koko Berry Callebaut. Yang mana ianya dihasilkan daripada biji-biji koko yang terpilih daripada negara tanaman koko seperti Ivory Coast, Ecuador dan Brazil.
Saya sendiri telah merasai coklat dari varian Ruby ini. Contohnya yang ini adalah jenis coklat Ruby Paraline. Sedap juga terutama rasa lemak susu paraline didalamnya. Memang lembut di luar cair di mulut :-)
Dan yang paling dinantikan adalah KITKAT Ruby!!! Di mana coklat KitKat ini adalah antara versi siri terbarunya di pasaran.Secara jujurnya bagi saya rasanya agak enak. Kepingan wafer ranggup disaluti dengan coklat jenis Ruby yang ada rasa masam-masam manis seperti buah beri.
Majlis pelancaran KitKat Ruby telah diadakan di KITKAT Chocolatory Store di Mid Valley Kuala Lumpur. Apa yang menarik pelanggan boleh mereka coklat mengikut citarasa sendiri melalui pilihan sebanyak 10,000 kombinasi coklat dan hiasan di bahagian atas (topping). Sememangnya menarik kerana kita dapat menghasilkan coklat yang mempunyai 'personal touch' dari diri kita sendiri.
Nestle juga menawarkan pakej pembungkusan dalam bentuk hamper dan kotak esklusif sekaligus boleh dijadikan sebagai hadiah atau cenderamata kepada rakan atau ahli keluarga yang tersayang.
Dan antara inovasi coklat KitKat yang agak 'rare' dan boleh kita rasai sendiri seperti:-
Coklat KitKat Nasi Lemak
Coklat KitKat Durian
Coklat KitKat Onde-Onde
Coklat KitKat Ais Kacang
Coklat KitKat Sirap Bandung
Terdapat juga KitKat Teh Tarik dan KitKat Green Tea:-)
Kebanyakana inovasi coklat ini adalah inspirasi daripada makanan dan minuman yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia.
Berehat Sebentar, Bersama-sama KitKat!
KITKAT Ruby Kini Di Pasaran Malaysia, Korang Kena Cuba
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 17, 2019
Rating:
seriouly kitkat nasi lemak?memang takde jual eh kat pasaran?semalam tertengok pasal pelancaran kitkat ruby ni..mmg suka sgt coklat kitkat..paling suka green tea punya hey
ReplyDeleteBanyaknya variant dia dah..last time 1 tu jer kan which is SA suka sangat..lama dah tak makan choc ni...dah ada kat pasaran kan?nak pi cari la
ReplyDeletesyok nya dapat pergi event kit kat dan makan kit kat yang begitu yummy sekali.. yummy!
ReplyDeleteLajunya up entry! Kita nampak akak haritu tapi segan lak nak tegur hehe. Personally, perisa KitKat Ruby ni memang masuk sangat dengan tekak Nad. Terus jadi favourite. Bukan sekadar rupa je menarik, tapi rasa dia pun memang sedap.
ReplyDeleteI saw their launching at MV the other day while walking out for lunch. Kit Kat now has many variants now. I would love to try out all these. I am a big fan of kit kat.
ReplyDeletePernah try Ruby Nasi Lemak..igtkan ada cicah sambal..haha..banyak kitkat Ruby yg sedap sedap..tapi tak leh mkn selalu, nipis poket nanti haha
ReplyDeleteAlamak Coklat Kit Kat memang Fav sy.. hari tu nak pergi event nih! tapi tak berkesempatan.. banyak pula halangan kalau tak bole rasa produk baru tu.. tunggu keluar dekat pasaran je laa
ReplyDeletesedapnyaaa tapi kitkat ni kena makan jarang2 sebab manissnyaaa oiii hahaha
ReplyDeleteTapi nak try jugak kitkat ruby ni macam sedap sangat nampak
Menyelerakan betul tgok coklat pilihan Kitkat Ruby baru ni. Setelah sekian lama kitkat tak kuar flavour baru. Memang nk kene try ni sebab nmpk menyelerakan betul. huhuhu
ReplyDeleteUikkkk.. Menariknya kak.. Durian la. Nasi. Lemak la.. Cendol la...
ReplyDeleteNak cari jugak la... Nak rasa gak
Ehh.. Kitkat baru ke ni.. Menariknya mcm2 perisa ade.. Nmpk perisa bandung la.. Serius lah ada perisa tu? Mcm2 ade ye.. Xleh jd ni.. Kita dh la suka kitkat.. Bahaya la kitkat ni.. Mengundang kita mengidam nk cuba .. Hahaha
ReplyDeleteWow... kit kat ada flavor baru... rugi liez tak join hari tu... kitkat mmg brand yang bertahan dan sedap.. anak liez suka sgt kitkat tapi kena control diaorg makan klaylu tak memang jenuh la cepat je habis.. hihihi
ReplyDeleteohmyyyyy kit kat tu my favorite!!! still remember the tagline, take a break, have a kitkat! hahaha too bad i tengah keto tak boleh makan chocolate unless it is dark chocolate 90%. but dont think kit kat ada. haha
ReplyDeleteWaaa.. Kit Kat ni antara kegemaran TB gak ni.. teringat kalau dah makan satu rasa tak boleh stop.. nak lagi nak lagi.. bahaya betul.. hahaha.. punya suka kit kat sampai buat hantaran pun ada kit kat.. hahaha.. eh ada yang terbaru ke? macam best je.. nak try laa
ReplyDeleteBestnye kak ayu. Saya pun kaki makan coklat ni. Kalau makan seketul je memang tak jadi. Kene makan berketul ketul sehari baru on
ReplyDeleteRugi rasanya tak pergi, sis penat sangat sebab siangnya banyak kerja, memang tak larat nak gi. Tapi bila tengok korang bergambor dengan kitkat tu rasa rugi bebenor. Dahlah sis ni gila ceklat..huhuhu
ReplyDeleteMy fav ! sebab tu tak hairanlah lemak pun suka sangat melekat dalam badan ni haha
ReplyDeleteI wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post. jewels for me
ReplyDeleteIts a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work. garnet engagement ring
ReplyDelete