Little Rimba Cafe TTDI

Saya rasa kan...orang mula mengenali Little Rimba Cafe sebab muralnya yang cantik. Sekilas kalau pandang kita pasti ingatkan ini tadika. Dengan lukisan ala-ala komik memang mencuri hati pada siapa sahaja yang memandangnya.

Kafe ini agak baru. Sebelum ini premis ini menjalankan aktivti perniagaan yang lain. Oh ya! Little Rimba ini terletak berhampiran dengan Tadika Dayana TTDI atau lebih spesifik lagi, lokasinya betul-betul di bahagian belakang Butik Pakaian Omar Ali (memang popular butik ini) 

Saya memang kagum dekorasi dalaman dan luaran kafe ini. Namoak sangat 'simple' tapi tetap menarik (sedap mata memandang)/Ada pelbagai jenis pilihan meja dan kerusi makan yang boleh kita pilih ikut keselesaan.

Sempat juga saya terjah kemudahan bilik air yang disediakan. Sangat bersih dan kemas. Paling menarik perhiasan menggunakan 'wording' yang sangat 'catchy'. Bersungguh saya membaca setiap satu

 Buku menunya pun comel. Pada pandangan peribadi saya, pemilik Little Rimba ni mengambil kira semua aspek yang dapat menarik minat dan keselesaan pelanggan. Ton warna sesuai dan susun atur perabut semuanya memang kemas dan teratur. Begitu juga dengan perhiasan didalam restoran, semuanya unik dan mempunyai maksud tersirat.


Saya order soto dan teh tarik. Memang sedap! Terutama rasa teh\tariknya cukup sederhana dari segi kepekatan teh dan susu pekat. Harganya pula takdelah murah sangat atau terlampau mahal. Tapi bagi saya agak mahal jugaklah, hahaha. Semangkuk ni RM10 ke atas (saya lupa berapa harga yang dikenakan). Saya perhatikan hidangan set nasi lemak antara yang mendapat permintaan tinggi. Begitu juga lontong. Banyak juga sebenarnya pilihan makanan dan minuman yang ditawarkan di sini tau.

Korang datang sendiri dan cuba. Bagi saya OKla...tapi tak mampulah kalau nak makan kat sini setiap hari, hehehe.

Little Rimba Cafe TTDI Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 10, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Brand Omar Ali ni arwah papa I suka sangat. Ohhh belakang OA ye?. Boleh la terjah. Kawan i ni dok ajak soh pi 1 family kat sini. Memang maju business kawan I ni dan kawan2 dia.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.